Bukti ‘Cinta Sejati’, Isteri Sanggup Turun Naik Tingkat 4 Gendong Suami OKU

Share

‘Tak perlu JADI yang sempurna untuk bahagia, cukuplah dengan menyempurnakan orang lain’. Ungkapan ini bersesuaian buat insan yang mendirikan rumah tangga di mana mereka saling melengkapi kelebihan dan kekurangan masing masing.

Lazimnya dalam berumah tangga, pasangan suami isteri pasti akan diuji dengan pelbagai dugaan yang menjadi ‘asam garam’ kehidupan. Ada yang sanggup hidup susah senang bersama-sama, tetapi apabila sudah mula berharta, ada pasangan akan mula lupa jasa dan pengorbanan pasangan mereka.

Kata orang, kesetiaan seorang isteri diuji di saat suami tidak mempunyai apa-apa lagi dan kesetiaan seorang suami diuji di saat dia mempunyai segalanya. Hakikatnya, tidak ramai pasangan yang sanggup susah dan senang bersama.

Artikel berkaitan: Bapa OKU Gigih Lindung Anak Dari Hujan, Buat Netizen Tersentuh

Kekuatan luar biasa seorang isteri

Namun berbeza buat wanita ini yang sanggup menjaga suaminya, seorang kelainan upaya (OKU). Pengorbanan serta kegigihan wanita ini ketika menjaga suaminya telah mengundang perhatian dan sebak orang ramai.

Foto Cikgu June bersama suaminya

Kisah wanita yang dikenali sebagai Cikgu June itu dimuat naik di laman TikTok oleh seorang aktivis kemanusiaan iaitu Hamsatul Hamzah yang tampil menghulurkan bantuan kepada pasangan tersebut baru-baru ini.

@hamsatulhamzah Memahami kepayahan yg dialami olh Cikgu June, seorg is3 yg tabah dan setia, kami membantu semampu mungkin. Dgn kerjasama Persatuan OKU Berdaya, kini Cikgu June tidak perlu lg mengendong suaminya turun ke bawah. #ziarahkebajikan #MuslimatBangi #AndadiHatiKami #prihatin #bersihdanstabil #CapCut ♬ Doaku Untukmu Sayang – Wali

Menerusi perkongsian melalui TikTok tersebut, dilihat Cikgu June sedang menggendong suaminya, Mazlan Othman turun dan naik dari tingkat empat. Difahamkan, Cikgu June sering menggendong suaminya dan telah menjadi rutin setiap kali suaminya perlu mendapatkan rawatan susulan di hospital.

“Memahami kepayahan yang dihadapi oleh seorang isteri yang tabah dan setia, di mana setiap kali adanya rawatan susulan di hospital, dia akan menggendong suaminya yang sakit dari tingkat empat kediaman mereka sehingga ke bawah.

“Tanpa jemu sentiasa berada disamping suami tiap kali adanya janji temu berjumpa dengan doktor,” tulis Hamsatul Hamzah.

Hamsatul Hamzah yang memuat naik video tersebut telah mendapatkan kerjasama Persatuan OKU Berdaya Hulu Langat untuk meringankan beban pasangan tersebut.

“Kini, beban itu dapat dikurangkan apabila Persatuan OKU Berdaya Hulu Langat bersama-sama membantu dia membawa suaminya ke hospital.

“Semoga Allah mempermudahkan segala urusan Cikgu June sekeluarga dan Allah mengurniakan sebaik-baik kesembuhan buat suami dia,” katanya.

Tangkap layar TikTok Cikgu June

Hasil pemerhatian Hijabista, tidak diceritakan dengan terperinci mengenai keadaan dan masalah kesihatan suami Cikgu June ini. Namun Hijabista menjumpai TikTok Cikgu June sendiri, dan wanita tersebut dilihat aktif memuat naik hantaran dan sekali sekala dia berkongsi keadaan suaminya itu.

Ramai turut mendoakan

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar wanita tersebut terus kuat menghadapi ujian dan mendoakan agar suaminya sentiasa sihat. Setakat ini, perkongsian video yang tular itu telah meraih lebih 305.5K tontonan, 21.7 kesukaan, 2733 perkongsian dan 3164 komen.

“Ya Allah berilah kekuatan berterusan kepada isterinya untuk menjaga

“MasyaAllah Allahuakbar… Moga Allah ganjarkan syurga buat makcik.. Dan moga makcik dan pakcik juga sabar atas ujian ini… 😢😢” suaminya…” 😭😭😭😭

“Hebat cikgu ni. Sebelah kaki dah dalam syurga Inn shaa ALLAH..”

“Sungguh mengharukan pengorbanan seorang isteri”

“Ya Allah kurniakan lah kebahagiaan berpanjangan utk kedua mereka..aamiin”

Artikel berkaitan: Isteri ‘Ride’ Motosikal Atas Highway, Suami OKU ‘Follow’ Dari Belakang, Sweetnya Pasangan Ni

MasyaAllah, sesungguhnya besar pengorbanan seorang wanita yang bergelar isteri ini. Apa yang dilakukan bukanlah sesuatu yang mudah, tapi atas dasar cinta dan kasih, dia tidak pernah mengeluh. Semoga pengorbanannya dibalas di syurga kelak.

Sumber: TikTok 

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
S.Amira