‘Tak perlu JADI yang sempurna untuk bahagia, cukuplah dengan menyempurnakan orang lain’. Ungkapan ini bersesuaian buat insan yang mendirikan rumah tangga di mana mereka saling melengkapi kelebihan dan kekurangan masing masing.
Lazimnya dalam berumah tangga, pasangan suami isteri pasti akan diuji dengan pelbagai dugaan yang menjadi ‘asam garam’ kehidupan. Ada yang sanggup hidup susah senang bersama-sama, tetapi apabila sudah mula berharta, ada pasangan akan mula lupa jasa dan pengorbanan pasangan mereka.
Kata orang, kesetiaan seorang isteri diuji di saat suami tidak mempunyai apa-apa lagi dan kesetiaan seorang suami diuji di saat dia mempunyai segalanya. Hakikatnya, tidak ramai pasangan yang sanggup susah dan senang bersama.
Namun berbeza buat wanita ini yang sanggup menjaga suaminya, seorang kelainan upaya (OKU). Pengorbanan serta kegigihan wanita ini ketika menjaga suaminya telah mengundang perhatian dan sebak orang ramai.
Kisah wanita yang dikenali sebagai Cikgu June itu dimuat naik di laman TikTok oleh seorang aktivis kemanusiaan iaitu Hamsatul Hamzah yang tampil menghulurkan bantuan kepada pasangan tersebut baru-baru ini.
Menerusi perkongsian melalui TikTok tersebut, dilihat Cikgu June sedang menggendong suaminya, Mazlan Othman turun dan naik dari tingkat empat. Difahamkan, Cikgu June sering menggendong suaminya dan telah menjadi rutin setiap kali suaminya perlu mendapatkan rawatan susulan di hospital.
Ads
“Memahami kepayahan yang dihadapi oleh seorang isteri yang tabah dan setia, di mana setiap kali adanya rawatan susulan di hospital, dia akan menggendong suaminya yang sakit dari tingkat empat kediaman mereka sehingga ke bawah.
“Tanpa jemu sentiasa berada disamping suami tiap kali adanya janji temu berjumpa dengan doktor,” tulis Hamsatul Hamzah.
Hamsatul Hamzah yang memuat naik video tersebut telah mendapatkan kerjasama Persatuan OKU Berdaya Hulu Langat untuk meringankan beban pasangan tersebut.
“Kini, beban itu dapat dikurangkan apabila Persatuan OKU Berdaya Hulu Langat bersama-sama membantu dia membawa suaminya ke hospital.
“Semoga Allah mempermudahkan segala urusan Cikgu June sekeluarga dan Allah mengurniakan sebaik-baik kesembuhan buat suami dia,” katanya.
Ads
Hasil pemerhatian Hijabista, tidak diceritakan dengan terperinci mengenai keadaan dan masalah kesihatan suami Cikgu June ini. Namun Hijabista menjumpai TikTok Cikgu June sendiri, dan wanita tersebut dilihat aktif memuat naik hantaran dan sekali sekala dia berkongsi keadaan suaminya itu.
Ramai turut mendoakan
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar wanita tersebut terus kuat menghadapi ujian dan mendoakan agar suaminya sentiasa sihat. Setakat ini, perkongsian video yang tular itu telah meraih lebih 305.5K tontonan, 21.7 kesukaan, 2733 perkongsian dan 3164 komen.
“Ya Allah berilah kekuatan berterusan kepada isterinya untuk menjaga
“MasyaAllah Allahuakbar… Moga Allah ganjarkan syurga buat makcik.. Dan moga makcik dan pakcik juga sabar atas ujian ini… 😢😢” suaminya…” 😭😭😭😭
“Hebat cikgu ni. Sebelah kaki dah dalam syurga Inn shaa ALLAH..”
Ads
“Sungguh mengharukan pengorbanan seorang isteri”
“Ya Allah kurniakan lah kebahagiaan berpanjangan utk kedua mereka..aamiin”
MasyaAllah, sesungguhnya besar pengorbanan seorang wanita yang bergelar isteri ini. Apa yang dilakukan bukanlah sesuatu yang mudah, tapi atas dasar cinta dan kasih, dia tidak pernah mengeluh. Semoga pengorbanannya dibalas di syurga kelak.
Pelakon dan pengacara terkenal Indonesia, Raffi Ahmad telah berkongsi berita duka pemergian nenek tercinta atau lebih dikenali sebagai “Mamih Popon” Sabtu lalu.
Berita kehilangan neneknya Hanifa Binti Dharma, 88, telah dikongsikan melalui laman Instagram miliknya sendiri. Raffi memberitahu bahawa neneknya meninggal dunia pada 31 Disember 2022, pukul 4.01 petang waktu Indonesia.
Terdahulu, neneknya sempat dirawat akibat strok untuk kali yang kedua diunitrawatanrapi sebuah hospital di Jakarta. Keadaan Mami Popon dikatakan memang menurun sebelum dia menghembuskan nafas terakhirnya.
Pelakon tersebut turut menitipkan doa buat Allahyarham neneknya supaya diampunkan segala dosa dan salah silap yang pernah dilakukan.
“Innalillahiwainailaihi raajiun.. Nenek saya hanifah Darma (Mami Popon) telah meninggal dunia pada pukul 4.01 petang, Sabtu 31 Disember 2022.
“Semoga Allah mengampunkan segala dosa dan kekhilafannya. Insya Allah nenek akan disemadikan di tanah perkuburan di Bandung,” tulisnya.
Melihat ke ruangan hantaran yang lain, terlihat pelakon tersebut sempat memuat naik video memberikan ciuman terakhir buat neneknya serta turut membantu menguruskan jenazah hingga ke liang lahad.
Melalui temubual bersama Insertlive, Raffi Faridz Ahmad atau lebih dikenali sebagai Raffi Ahmad,35, menyatakanhasratneneknyauntukkerumahbaharunyayang sedang dalampembinaan. “Kali terakhir,sebelumMamisakittenat,diamintapergikeAndara,naktengokrumahbaru.
Difahamkan, keadaanMamiPopon ketika itu sangatlemah.Walaupunbegitu, bonda Raffi, AmyQanitatetap menunaikan hasratnya serta memandunyakerumahbaharu tersebut.
Namun disebabkan masih tidak berdaya, Mami Popon hanyaberada dan melihat daridalamkeretanya. ApabiladitanyatentangrumahbaharuRaffiAhmad,MamiPopon dikatakan hanyamengangguk lemah.
Presiden Jokowi turut mengucapkan takziah
Berita pemergian neneknya turut mendapat perhatian daripada Presiden Indonesia sendiri iaitu Joko Widodo. Joko Widodo atau dikenali mesra sebagai Jokowi dilihat sempat menghantar jambangan bunga buat keluarga Raffi Ahmad.
“Terimakasihpa@jokowidanibu,”tulisnya.
SelainPresidenIndonesia,Raffijugamenerimabanyakjambanganbungadaripadaeksekutifstesentelevisyen,bankdan kelab-kelab serta persatuan Indonesia yang lain.
Rakan artis turut mengucapkan takziah
Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan selebriti termasuk Baim Wong, Acha Septriasa, Irwansyah, Luna Maya dan ramai lagi turut berduka cita dan mengucapkan salam takziah. Bahkan selebriti Tanah Air, Zizan Razak turut tidak ketinggalan menyampaikan salam takziah.
“Turut berduka citaaaaa semoga Allah menempatkan nya di tempat terbaik Allah” -Shireen Sungkar
“Innalillahi wa Innalillahi rajiun allahummaghfirlaha warhha waafihibwafuanha”-Irwansyah
” Turut berduka yang sedalam2nya Raffi dan Gigi…”-Astrid Sartiasari
“Innalillahi wainailaihi rojiun, turut berduka yg sedalam dalamnya 🙏🏻, Alfatihah menghantar kepergian mamih ke surga Allah SWT آمِيْن اللّهُمَّ آمِيْن”-Melly Goeslow
Sejak kebelakangan ini cuaca di Malaysia agak tidak menentu ada kalanya ia panas yang teramat dan juga sejuk di waktu malam. Kulit kita pun akan mula mengering dan tidak berada dalam keadaan yang stabil!
Sis! Kami tahu cara untuk kekalkan melembapkan kulit anda dengan mudah tanpa perlu memakai produk yang terlalu banyak! Hanya gunakan losyen ini dan anda pasti dapat kekalkan kelembapan pada kulit yang sempurna!
Losyen pelembap semula jadi lain dari kebiasaan!
Menjaga kelembapan kulit tidak kira cuaca panas mahupun sejuk adalah sangat penting. Jika anda tidak mula untuk menjaga kelembapan kulit sudah tentu anda akan alami masalah seperti kulit menggelupas, jerawat, pori-pori yang besar, bintik-bintik hitam, dan juga kulit yang kusam.
Jadi ia sangat penting untuk anda kekalkan pelembapan pada kulit supaya anda dapat menghindari masalah-masalah yang anda tidak ingini itu. Tak tahu macam mana nak mula menjaga kelembapan kulit? Jangan risau, kami ada satu produk yang khas buat anda!
Hada Labo Hydrating Lotion adalah produk yang bagus untuk anda mula menjaga kelembapan kulit! Kenapa kami syorkan produk ini? Sudah tentu kerana losyen pelembap Hada Labo ini sangat bagus dalam menjaga kelembapan kerana ia baru dinaik taraf kini mengandungi 5 HA yang sebelumnya ialah 4 HA.
Kenapa kandungan HA atau nama penuhnya Hyaluronic Acid, ini sangat penting untuk mengekalkan kelembapan kulit? Ia kerana sifat HA yang dapat membantu memberikan kelembapan kulit kepada anda terutama sekali buat mereka yang mempunyai kulit kering. Losyen pelembap hada labo tidak juga terkecuali untuk menggunakan HA sebagai bahan utama bagi membantu anda untuk mengekalkan kelembapan untuk kulit yang sihat!
Losyen pelembap Hada Labo juga bukan sahaja membantu mengekalkan kelembapan kulit, malah, ia dapat juga untuk mengurangkan hampir semua masalah kulit seperti bintik hitam yang jelas ternampak di kulit. Jika anda ingin tahu, punca garisan halus yang terdapat di wajah adalah juga berpunca dari kulit yang kering, maka dengan penggunaan losen ini anda dapat untuk mengurang serta membaiki masalah itu dengan mudah.
Tidak seperti losyen mahupun toner lain yang terjual di pasaran–Hada Labo Hydrating Lotion mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Losyen pelembap Hada Labo ini di buat dari ramuan khas yang memberikan fungsi yang bagus buat kesihatan kulit. Ia juga dapat membantu dari beberapa aspek kesihatan kulit seperti:-
Seimbangkan minyak & air kulit
Mengecilkan saiz pori
Meningkatkan keserian kulit
Meningkatkan keanjalan dan kelembutan kulit
Tingkatkan penyerapan produk penjagaan kulit seterusnya
Makeup tahan lebih lama dan tidak bercapuk
Juga tidak ketinggalan, Losyen pelembap Hada Labo ini juga di buat khas dari Fermented Hyaluronic Acid yang di mana ia merupakan satu bahan yang pertama di jumpai untuk membantu masalah kulit. Antara bahan aktif yang terdapat dalam losen pelembap ini adalah:-
Besar, Sederhana, dan Super HA — 3 jenis bahan HA yang kuat di gabungkan sekali bagi memberikan keberkesanan kelembapan kulit yang berganda
Nano HA — Molekul yang halus yang dapat memberikan kelembapan secara terus dalam membaiki dan menguatkan keanjalan kulit dan membantu penyerapan bagi produk kecantikan yang lain
Bagaimana untuk gunakan losyen pelembap ini?
Ia mudah sahaja untuk di gunakan, tidak perlu untuk ada masa dan juga beberapa langkah berjaga-jaga untuk anda kekalkan keberkesanan produk ini. Caranya mudah sahaja, anda boleh memakai terus selepas mencuci muka anda atau selepas mandi. Oleh kerana kandungan HA yang berbeza dalam losyen pelembap ini, ia dapat mengekalkan kelembapan kulit tanpa meninggalkan kesan yang kasar.
Losyen pelembap ini juga dapat membantu penyerapan yang optimum bagi penggunaan produk kecantikan wajah yang bakal anda gunakan selepas meletakkan losyen ini di muka anda. Letakkan sahaja di telapak tangan anda, ratakan di muka dengan lembut dan semudah itu anda dapat mengekalkan kulit yang sihat dan lembap.
Sedikit fakta buat anda yang suka akan mengenakan solekan, losyen pelembap ini juga bagus untuk di jadikan sebagai primer yang memberikan kelembapan kulit dari menjadi kasar dan tidak sekata. Ia juga dapat mengekalkan kelembapan yang berpanjangan pada kulit anda tanpa membuatkan solekan anda menjadi bercapuk.
Leher dan tangan sering menjadi bahagian badan yang mengkhianati usia anda dengan terlalu pantas. Ini kerana walaupun kita tidak mempunyai masalah untuk mengikuti semua langkah rutin penjagaan kulit, namun jarang kita memperluas perawatan yang sama ke kawasan leher. Hasilnya adalah leher yang kendur dan berkerut dengan tekstur kering dan rapuh yang kelihatan lebih tua dari wajah.
Untuk membantu anda mengelakkan senario itu, berikut apa yang perlu anda ketahui mengenai rawatan kedutan leher, dan mengapa leher lebih cenderung kepada kerosakan yang berkaitan dengan usia. Ikuti petua cara merawatnya dengan lebih baik, bersama dengan cadangan krim leher.
Mengapa leher “lebih cepat tua” daripada bahagian badan anda yang lain?
Kulit di leher anda lebih nipis dan kurang kolagen untuk menyokong struktur kulit dan menghalangnya daripada kendur dan membentuk kedutan di leher. Pergerakan berterusan di kawasan leher ketika anda menggerakkan kepala ke atas dan ke bawah, dari sisi ke sisi setiap hari juga menyumbang kepada peningkatan kedutan leher pramatang.
Bahagian leher juga hampir selalu terkena cahaya matahari, tidak seperti tubuh kita, yang bermaksud sinar ultraviolet dari matahari secara langsung dapat menembusi kulit yang sudah lebih nipis dan merosakkan sel dan mempercepat proses penuaan.
Faktor lain adalah kekurangan pengeluaran sebum pada kulit di leher. Anda sering mendengar bahawa mereka yang kulit berminyak cenderung memiliki kulit yang lebih muda, kerana kelebihan sebum mencegah kehilangan air dan kelembapan ke persekitaran. Oleh kerana leher anda tidak menghasilkan sebum, kulit di sini lebih terdedah terhadap kekeringan, yang boleh menjadikannya tekstur crepey.
Cara mencegah kedutan leher daripada muncul
1. Sapukan SPF di leher
Anda rajin menggunakan SPF pada wajah dan badan tetapi sering melupakan kawasan di antaranya. Perkara yang baik adalah, anda tidak memerlukan pelindung matahari yang berasingan untuk kawasan leher, selagi pelindung matahari wajah anda adalah spektrum luas dan memberikan perlindungan UVA dan UVB. Ingatlah untuk memohon semula SPF di leher secara berkala seperti yang anda lakukan pada wajah sepanjang hari.
2. Memakai Hijab / Topi
Tidak seperti badan anda yang ditutupi oleh pakaian, leher anda sering terdedah kepada cahaya matahari. Selain menggunakan (dan memohon kembali!) SPF, anda boleh memakai topi lebar untuk menyekat sebahagian sinar UV tetapi sekiranya anda berhijab maka kawasan leher anda selamat. Terutama sekali apabila anda berada di luar untuk jangka masa yang panjang atau pada waktu puncak UV.
3. Perbaiki postur badan
Berulang kali melihat ke bawah meregangkan kulit di leher anda. Seiring berjalannya waktu, bertambahnya kulit ia kehilangan keanjalan dan tidak dapat dibina semula setelah diregangkan untuk jangka masa yang lama yang menyebabkan garis leher dan kedutan. Itulah sebabnya penting untuk mempunyai postur yang baik dan mengelakkan memandang ke bawah semasa anda membaca atau menggunakan komputer dan telefon bimbit. Letakkan kedudukan komputer riba atau dudukan buku yang membolehkan anda membaca dan menggunakan peranti tanpa mengetatkan leher.
4. Tanggalkan alat solek dari leher
Kita semua tahu pentingnya mencampurkan bedak asas ke leher untuk memastikan leher dan wajah kita sama warna. Tetapi apabila tiba masanya untuk menanggalkan solekan, anda hanya cenderung fokus dari dagu ke atas dan mengabaikan kawasan leher. Sisa solekan yang berada di kawasan leher dari masa ke masa dapat mengelakkan kulit anda bernafas dan menyebabkan sel-sel kulit mati yang menyebabkan tanda-tanda penuaan pramatang seperti kulit kusam dan kendur.
Semasa membersihkan wajah, ingat juga untuk menjaga leher anda, kerana mencuci badan secara berkala tidak cukup kuat untuk menghilangkan semua solekan.
5. Panjangkan penjagaan kulit ke leher
Sebilangan besar produk penjagaan kulit mempunyai manfaat untuk leher dengan cara yang sama seperti wajah dari segi kelembapan dan penghidratan. Oleh kerana itu anda perlu menjalankan rutin penjagaan kulit harian, teruskan ke leher anda (dan juga bahagian dada) agar leher anda lembut dan lembap.
6. Sapukan produk dengan gerakan menaik
Semasa menggunakan produk penjagaan kulit di leher, gunakan gerakan ke atas untuk mengelakkan leher anda ke bawah. Berhati-hatilah untuk tidak menggunakan terlalu agresif supaya anda tidak perlu meregangkan leher.
15 krim rawatan leher terbaik untuk dicuba
Secara amnya, pelembap wajah biasa dapat melakukan pekerjaan yang baik dalam memberikan kelembapan dan penghidratan ke kawasan leher anda. Walau bagaimanapun, kerana kulit yang lebih nipis dan rawan kekeringan di kawasan leher, beberapa pelembap, terutama yang mempunyai bahan pencegah jerawat atau anti-penuaan yang kuat, terbukti terlalu keras dan kering.
Krim leher khusus diformulasikan untuk berfungsi dengan ciri khas kulit di leher anda. Cenderung sangat melembab untuk mengatasi kekeringan, dan lembut sehingga tidak merengsakan kulit yang lebih nipis. Sekiranya anda menganggap krim leher khusus adalah tambahan yang bermanfaat untuk rutin penjagaan kulit , berikut adalah beberapa krim popular yang mendapat ulasan positif dari mereka yang mempunyai masalah penuaan leher:
1. StriVectin TL Tightening Neck Cream
StriVectin TL Tightening Neck Cream adalah salah satu krim leher yang sangat dinilai dan dipercayai di pasaran. Ia mengandungi teknologi Gravitite-CF Lifting Complex terobosan untuk mengangkat kulit dan meningkatkan keanjalannya. Pada masa yang sama, teknologi NIA-114 yang dicipta menguatkan penghalang kulit untuk mencegah kedutan dan mengurangkan penampilan garis leher mendatar.
2. La Mer The Neck and Décolleté Concentrate
Balsem yang sangat melembapkan ini mengandungi Miracle Broth pembaharuan sel pekat untuk mendorong penghasilan sel serta mengurangkan kedutan dan tekstur kulit. Tekstur balsem yang mewah juga dapat membantu menjaga kesegaran dan penghidratan, menjadikan kulit di leher anda lembut dan lembap.
3. Sisley Neck Cream
Krim Leher Sisley didatangkan dengan bahan kuat untuk melawan kedutan leher dan kulit yang kendur. Ekstrak Oat Seed memberikan kulit anda kesan “pengetatan” serta-merta sementara Soy Fiber melawan kehilangan ketegasan untuk memberikan kulit lebih tahan lama. Vitamin E membantu mengatasi kerosakan radikal bebas dan menguatkan penghalang kulit untuk kulit yang lebih tegang dan lebih cerah.
4. SkinCeuticals A.G.E. Interrupter
Krim anti-kedut dari SkinCeuticals ini boleh digunakan di kawasan muka, leher dan dada, tetapi formula yang kaya menjadikannya sangat sesuai untuk kawasan leher dan dada kerana kawasan ini cenderung memerlukan dos kelembapan yang lebih berat.
Kemampuannya yang unik untuk mengganggu glycation dalam badan kita, yang merupakan proses di mana molekul gula yang berlebihan dalam sel bertindak balas dengan serat kolagen dan elastin, yang pada dasarnya melemahkan struktur kulit. Dengan mengganggu proses glycation, A.G.E. Interrupter mengembalikan ketegangan dan keanjalan pada kulit, mencegah kedutan dan kendur pramatang.
5. Estée Lauder Resilience Multi-Effect Tri-Peptide Face and Neck Crème
Peptida terbuat dari asid amino, yang membentuk protein di dalam badan kita dan bertindak sebagai blok bangunan kulit anda. Kompleks Tri-Peptida Lanjutan dalam Estée Lauder Resilience Multi-Effect Tri-Peptide Face and Neck Crème menguatkan struktur kulit dengan meningkatkan pengeluaran kolagen dan elastin. Hasilnya adalah kulit yang lebih tegang dan licin dengan kedutan dan garis-garis halus yang kurang jelas.
6. Elizabeth Arden PREVAGE Anti-Aging Neck and Décolleté Firm and Repair Cream
Formula mewah ini mengandungi kompleks pemulihan protein untuk meningkatkan pengeluaran kolagen dan elastin, yang menguatkan struktur kulit dan melicinkan garis-garis halus dan kedutan di kawasan leher dan décolleté yang halus. Campuran antioksidan Idebenone, Thiotaine dan Vitamin E Derivative menguatkan juga penghalang kulit dan melawan kerosakan radikal bebas untuk mengembalikan ketegangan dan cahaya pada kulit.
7. Algenist Firming and Lifting Cream
Anda yang mencari krim leher yang efektif dan juga vegan mungkin akan dengan Algenist Firming and Lifting Cream. Krim ringan menggabungkan sifat anti-penuaan asid alguronik dan peptida untuk memberikan kulit lebih tegang dan lebih ketat dengan warna kulit yang lebih sekata.
8. FRESH Black Tea Firming Corset Cream
Krim ringan ini menawarkan ramuan anti-penuaan terbaik. Ekstrak teh hitam, ekstrak daun blackberry dan ekstrak biji lychee untuk meneutralkan radikal bebas dan melindungi kulit sensitif di leher dari penceroboh luaran, dan ekstrak goji berry untuk mengembalikan ketegasan pada kulit yang kendur.
Anti penuaan yang berkesan, BareMinerals Ageless Genius Firming & Wrinkle Smoothing Neck Cream mengandungi peptida untuk meningkatkan pengeluaran kolagen pada kulit anda dan ekstrak alga dan edelweiss untuk mengembalikan keanjalan kulit. Pada masa yang sama, ekstrak alga, melati dan gardenia membantu melembapkan dan melicinkan garis halus untuk kulit lembut seperti bayi.
10. Revision Nectifirm
Mengandungi gabungan lima peptida, ekstrak tumbuhan, antioksidan dan campuran bioteknologi unik untuk mengencangkan dan mengangkat kulit sambil melicinkan tekstur kasar. Ia juga membantu mengaburkan bintik-bintik gelap di kawasan leher untuk memberikan warna kulit yang lebih sekata.
11. Murad Rejuvenating Lift for Neck and Décolleté
Formula yang dicipta dengan ramuan utama Retinyl Palmitate dan Brazilian Fruit Extracts yang melindungi kulit dari penceroboh luaran dan memperbaiki tekstur kulit untuk penampilan yang lebih halus. Sementara itu, ekstrak akar bearberry dan licorice root membantu mengurangkan penampilan bintik-bintik gelap dan hiperpigmentasi untuk kulit yang lebih cerah dan lebih sekata di kawasan leher dan décolleté anda.
12. Replenix Neckletage
Replenix Neckletage penuh dengan ramuan anti-penuaan yang kuat seperti biomimetic ceramidecomplex, peptides, niacinamide, botanical extracts dan antioksidan lain yang kuat. Gabungan ini membolehkan krim memberikan hasil yang kelihatan seperti garis leher yang lebih tegas dan licin, kulit yang lembut dan lembap dengan warna kulit yang lebih cerah.
Bagi mereka yang ingin secara khusus mensasarkan masalah tekstur seperti kedutan dan kulit kendur, Clarins Extra-Firming Neck Anti-Wrinkle Rejuvenating Cream adalah penyelesaian yang dicari. Formula tidak berminyak mengandungi Extra-Firming Complex yang digabungkan dengan ekstrak pisang hijau dan limau thyme untuk mengangkat dan mengencangkan leher, sementara ekstrak rumput laut hijau memberikan kelembapan pada kulit agar tetap lembut, lembap dan bebas kedutan.
14. UMA Oil Flawlessly Firming Neck Chest & Décolletage Serum
Krim ini secara teknikal bukan pelembap, tetapi formula berasaskan minyak sangat sesuai untuk kawasan leher kerana ia dapat menutup kelembapan dengan berkesan dan mencegah kulit kering. Serum ini mengandungi campuran minyak pati botani yang kaya dengan antioksidan dengan sifat anti-penuaan untuk mengurangkan penampilan kedutan dan bintik-bintik gelap di leher.
15. Tarte Maracuja Neck Treatment
Adakah anda tahu Maracuja Tarte yang popular menjalani rawatan leher? Minyak maracuja kaya dengan asid lemak penting dan vitamin C untuk melembutkan dan mencerahkan kawasan leher anda, sementara natrium hyaluronat dan ekstrak alga memberikan penghidratan yang kuat untuk memastikan kulit kelihatan awet muda, berseri, dan kurang terdedah terhadap kedutan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Sosok Khadija Omar mencuri perhatian ramai baru-baru ini apabila menjadi peserta berhijab pertama pada pertandingan ratu cantik MIss Universe 2024.Gadis yang berasal dari Timur...