“Bukannya Saya Memuja Sesuatu”- Gaya Hijab Macam ‘Sister’, Aina Abdul Bidas Kecaman Netizen!

Share

Baru sahaja selesai dengan sidang media konsert A Night With Aina Abdul 2.0 yang berlangsung semalam, kecoh pula dengan gaya fesyen tudung yang digayakan Aina semalam.

Gaya hijab Aina yang dikatakan persis biarawati gereja atau ‘sister’ mengundang kecaman netizen apabila ada yang beranggapan seperti Aina tidak menghormati agama dan pemakaian hijab itu sendiri.

Mengulas lanjut berkaitan isu ini, Aina tampil memberi kenyataan tegas dengan menyatakan bahawa ia merupakan simbolik penjenamaan dirinya sendiri, seorang Aina Abdul.

Sebenarnya look hari ini memang kita nak tampil seperti ini. Bukan sebab apa tetapi ini memang brand Aina Abdul.

Tambahnya lagi, peminat mahupun netizen pasti sudah kenal dengan elemen ‘surprise’ yang sentiasa dibawakan oleh penyanyi yang popular dengan lagu Semalam, Sepi dan Sumpah ini. Jadi, tidak ada yang perlu dipersoalkan tentang gaya hijabnya ketika mengadakan sidang media semalam.

Aina juga turut mengakui bahawa gaya hijabnya itu memang kelihatan seperti seorang sister, namun dia hanya menggayakan semata-mata sebagai sebuah gaya fesyen, bukan sebaliknya.

Saya suka fesyen walaupun nampak macam sister, saya hanya appreciate benda tu as fesyen only.

Mengenai isu gaya hijabnya itu juga, dia turut menegaskan bahawa ia bersifat sementara sahaja. Malah, dia juga tidak berniat untuk mengubah apa-apapun, jauh sekali tentang pegangan agamanya.

Fesyen just untuk staments semata-mata, temporary statement. Bukannya saya menggayakan gaya ini, saya berubah seperti memuja something.

Aina juga turut menegaskan bahawa gaya hijab yang digayakan itu bukanlah sebuah propaganda untuk orang lain mengikutnya. Malah, ia terpulang kepada orang ramai samaada ingin mencuba gaya hijab tersebut ataupun tidak.

Aina yang tampil menawan dengan busana rona putih rekaan pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini semalam bakal mengadakan konsert, A Night With Aina Abdul 2.0 pada 25 dan 26 Jun 2022 nanti. Tiket konsert yang dilaporkan habis terjual sebanyak 85 peratus itu akan diadakan di sebuah pentas tersohor di Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Sumber: Gempak Astro

Sumber gambar: Instagram Abu Shaef Hamza

, Ainations & Aina Abdul

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

 

 

Published by
Putra