Isi Kandungan
ToggleBaru-baru ini telah tular mengenai isu seorang anak muda Malaysia menerima emel scam mengatakan dia dianugerahkan biasiswa pengajian ijazah sarjana muda daripada NASA.
Ramai rakyat Malaysia yang terkejut dengan perkhabaran itu kerana sebelum itu sudah ramai yang berbangga dan mengucapkan tahniah kepadanya kerana bukan senang untuk ditawakan sesuatu yang begitu besar daripada NASA.
Walau bagaimanapun, sebenarnya sebelum ini sudah ada rakyat Malaysia yang menyertai NASA. Bukan calang-calang, beliau adalah Dr. Wan Wardatul Amani Wan Salim. Ikuti sedikit sebanyak kisahnya melalui thread di twitter ini.
Bukan senang untuk diteima pihak NASA dan peluang yang diberikan oleh mereka hanyalah sekali.
Banyak contoh teladan yang kita boleh beroleh daripadanya mahupun ayahnya iaitu Dato Seri Dr. Wan Salim Wan Mohd Noor yang merupakan Mufti Pulau Pinang.
Untuk mengetahui lebih lagi mengenai Dr. Amani, anda bolehlah mengikuti twitter beliau @kenisalim dan juga melayari laman web NASA untuk menerokai ilmu sains dengan lebih luas.
kredit: twitter @Pelabur_Bijak
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Barisan Top 4 Ratu Hijabista Berentap Di Pentas Akhir, Siapa Bakal Rebut Gelaran Ratu Hijabista 2020
Bahang semakin terasa. Siapakah yang bakal dinobatkan sebagai Ratu Hijabista 2020. Semuanya bakal terjawab apabila empat orang Ratu bakal berentap di pentas akhir Ratu Hijabista 2020.
Empat orang peserta yang berentap di pentas akhir malam ini adalah Mellya Azizi, Tina Aziz, Qila Shahirah dan Fiffy Afrina.
View this post on InstagramA post shared by Hijabista, KL MY (@hijabistamag) on
View this post on InstagramA post shared by Hijabista, KL MY (@hijabistamag) on
TINA AZIZ
View this post on InstagramA post shared by Hijabista, KL MY (@hijabistamag) on
FIFFY AFRINA
View this post on InstagramA post shared by Hijabista, KL MY (@hijabistamag) on
MELLYA
View this post on InstagramA post shared by Hijabista, KL MY (@hijabistamag) on
QILA
View this post on InstagramA post shared by Hijabista, KL MY (@hijabistamag) on
Untuk rekod, pertandingan realiti ‘Ratu Hijabista’ ini adalah kerjasama strategik di antara saluran Astro Prima dan pihak Nu Ideaktiv Sdn. Bhd. bagi mencari ikon wanita berhijab yang berinspirasi dan boleh menjadi contoh kepada segenap lapisan masyarakat.
Program pencarian ‘Ratu Hijabista’ ini bersiaran selama lapan episod pada setiap hari Rabu, jam 9.00 malam bermula 12 Ogos 2020.
Saksikan pentas akhir Ratu Hijabista 2020 di Astro Prima saluran 105/125 dan Astro Go jam 9.00 malam ini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Qila Dinobatkan Juara Ratu Hijabista 2020
Debaran peserta pentas akhir Ratu Hijabista sampai ke kemuncaknya dengan menyaksikan Qila atau nama penuhnya, Wan Nur Aqilah Shahirah Wan Lokman, 21, dinobatkan sebagai Juara Ratu Hijabista 2020.
Mahkota kemenangan disampaikan sendiri oleh Puan Sri Normala Samsudin selaku juri tetap, secara langsung di saluran Astro Prima saluran 105/125 dan Astro Go. Selain Puan Sri Normala, Pengarah terkenal, Michael Ang turut diundang sebagai juri jemputan untuk acara Pentas Akhir Ratu Hijabista 2020.
Selain gelaran juara Ratu Hijabista 2020, Qila juga menerima wang tunai sebanyak RM10,000, tiara, trofi dan selempang selaku pemenang.
Tempat kedua pula dimenangi oleh Tina Aziz atau nama sebenarnya Qistina Sofia Abdul Aziz, 24, yang membawa pulang wang tunai sebanyak RM5000, trofi dan selempang.
Sementara itu, kategori Ratu Inspirasi Safi Hijabista pula jatuh kepada Nurfiyanti Afrina Roslan, 23 yang lebih mesra dengan sapaan Fiffy Afrina membawa pulang RM3000, trofi dan selempang.
Manakala gelaran Ratu Favourite pula dimenangi oleh Mellya, pemilik nama penuh Shamellya Norazizi, 23 yang menerima wang tunai bernilai RM1000, trofi dan selempang.
Kemeriahan Finale Ratu Hijabista diserikan dengan persembahan istimewa Khai Bahar dan Siti Nordiana serta persembahan penuh tenaga oleh Faizal Tahir bagi menghangatkan lagi pentas akhir Ratu Hijabista 2020.
Penganjuran ‘Ratu Hijabista’ juga turut disokong oleh Safi Hijabista yang
hadir sebagai Penaja Utama untuk penganjuran musim pertama. Manakala ZAYAN pula turut menghulurkan sokongan selaku rakan Radio.
Walaupun acara pentas akhir Ratu Hijabista dilangsungkan dengan kawalan ketat mengikut Piawaian Prosedur Operasi (SOP), namun ia tetap berlangsung dengan meriah.
Program realiti Ratu Hijabista mula bersiaran pada 12 Ogos 2020 jam 9 malam di saluran Astro Prima. Ditayangkan selama sejam setiap minggu pada setiap hari Rabu, Ratu Hijabista bersiaran selama lapan episod.
Untuk info, pencarian Ratu Hijabista yang diadakan buat julung kali ini membuka peluang kepada semua wanita berhijab tanpa mengira status untuk mencuba nasib dan sekaligus mempertaruhkan bakat, rupa serta personaliti menarik untuk dinobatkan sebagai juara.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tiga Perkara Ini Penyebab Kenapa Siti Awe Pilih Menjadi Ahli Farmasi Walaupun Layak Bergelar Doktor.
Isi Kandungan
ToggleGayanya yang bersahaja sewaktu berceloteh dalam Video Dengan loghat utara mencuri perhatian ramai. Tapi aksi videonya Itu bukan sekadar omongan kosong sebaliknya dengan niat MAHu berkongsi ilmu kepada masyarakat, itulah Siti Hawa Mohd Nor, ataupun lebih dikenali sebagai Sitiawe.
Mempunyai pengikut melebihi 100,000 ribu di Instagram, ahli farmasi yang sedang bertugas di Pahang ini sering tular di media sosial. Videonya bersama ML Studios mendapat perhatian ramai tidak kiralah apabila dia berbicara mengenai isu kesihatan atau pun topik lain. Namun, dia juga tidak dapat lari dari dikecam malah ada juga yang mempersoalkan kredibilitinya sebagai ahli farmasi yang dikatakan tidak layak untuk memberi info kepada orang ramai seperti seorang doktor.
INGIN MEMBIMBING MASYARAKAT
“Sebenarnya orang Malaysia ini tidak terdedah dengan fungsi pegawai kesihatan selain seorang doktor. Mereka fikir hanya doktor sahaja yang bertugas dalam bidang kesihatan. Farmasi juga antara cabang dalam bidang kesihatan yang bukan remeh.
“Realitinya, ramai yang berkelayakan untuk menjadi doktor tetapi memilih untuk menjadi ahli farmasi. Macam saya sendiri saya tidak suka darah, nanah dan saya tidak suka waktu kerja seorang doktor yang panjang. Saya mahukan kehidupan yang lebih relaks jadi itulah sebabnya saya memilih bidang ini.
“Setiap profesion ada cabaran dan pengorbanan yang tersendiri. Sebagai seorang ahli farmasi, saya mahu orang ramai sedar peranan ahli farmasi yang sebenarnya. Sebab apabila kita ke hadapan dan bercerita, kita sebenarnya membantu adik-adik sekolah untuk fikir kerjaya mereka nanti.
“Contohnya kerjaya biotech, tidak ramai orang tahu mengenainya kerana di Malaysia ianya tidak begitu membangun. Jadi, jika ada orang yang memberikan pendedahan, pelajar lepasan sekolah lebih senang untuk menentukan kerjaya pilihan mereka secara realistik dan bukan hanya apa yang sekadar didengari sahaja,”ujar gadis yang pernah melakukan terjunan udara ini.
Melihat kepetahannya berkata-kata, pasti ramai menyangkakan dia seorang yang peramah. Namun Sitiawe menafikan tanggapan tersebut.
“Saya sebenarnya seorang yang pendiam. Saya hanya banyak bercakap dengan keluarga dan teman-teman rapat sahaja dan bukanlah mulut ‘bertih jagung’ seperti yang dilihat di dalam video. Saya hanya cakap bila perlu sahaja . Ramai juga menyangkakan saya dari utara tapi sebenarnya saya memang lahir dan membesar di ibu kota, hanya ibu bapa saya yang berasal dari Kedah,”tambahnya lagi.
TIDAK PEDULI KECAMAN
Ditanya adakah dia mengalami tekanan tatkala dikecam segelintir netizen, Sitiawe menjelaskan bahawa dia langsung tidak terjejas dengan perkara sebegitu.
“Sebenarnya dalam video itu hanya gimik sahaja yang menunjukkan saya stress jika orang merendahkan ahli farmasi sebab kita sendiri tahu nilai kita bagaimana. Kita hanya sekadar mahu memberi penjelasan kepada orang ramai. Sebenarnya, jumlah yang mengecam terlalu sedikit jika dibandingkan dengan mereka yang berminat dan ingin mengambil secara positif apa yang ingin saya sampaikan,’’ katanya yang gemar menonton drama Korea pada waktu lapang.
Kejayaan demi kejayaan yang dicapainya tidak datang bergolek. Sebaliknya, dia sudah melatih dirinya sejak dari dahulu lagi untuk sentiasa memberikan yang terbaik dalam setiap perkara yang dilakukannya.
“Sejak dari dahulu lagi prinsip saya ialah ‘belajar sampai muntah’. Itu bermakna kita harus buat sehabis baik dan good things will come. Kita buat yang terbaik dan kalau kita tidak dapat apa yang kita inginkan, kita pasti akan dapat balasan lain.
“Saya buat yang terbaik dan selebihnya perkara lain akan datang dengan senang. Contohnya, selepas tamat persekolahan dulu banyak tawaran penajaan pengajian tinggi yang saya terima. Jadi, kita hanya perlu berikan yang terbaik sahaja dalam setiap apa yang dilakukan,” katanya.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI