Gaya Hidup

“Bukan Tamak Atau Gila Harta” AISYAH HIJANAH Dedah Segala Aset & Harta Sepencarian Kini Miliknya Seratus Peratus

Share

Usahawan, penulis dan pempengaruh Aisyah Hijanah yang kisah rumahtangganya tular baru-baru ini telah berkongsi satu berita gembira di akaun media sosialnya.

Aisyah atau nama penuhnya Aisyah Hijanah Azhari mendedahkan segala harta sepencarian yang diusahakan bersama suami, Alif Teega termasuk rumah, kereta dan share perniagaan hijab Hijanah kini menjadi miliknya seratus peratus.

Memetik perkongsian di instagram peribadinya, Aisyah menitipkan pesanan usah biarkan emosi merosakkan kebijaksanaan. Usah buat keputusaan ketika marah mahupun sedih.

“Dont let your emotions defeat your intelligence. Betul, memang perempuan Tuhan jadikan lebih emosi berbanding lelaki. But never let your anger to destroy your intelligence. Jangan buat keputusan bila marah ataupun sedih, sebab itulah yang akan merosakkan semuanya. Sebab itu, Nabi saw pun ada pesan, yang paling kuat dalam kalangan kita adalah yang mampu menahan marahnya.”

Aisyah turut menasihtkan wanita khususnya para isteri yang dipoligami agar sentiasa beringat dan tidak terburu-buru untuk bercerai.

“Bagi wanita yang dipoligamikan, Aisyah harap posting kalini membantu untuk anda semua. Poligami bukanlah perkara yang Haram, tetapi tidaklah semua wanita boleh menerima. Always remember to secure yourself & the kids. Jangan terburu-buru untuk bercerai. Jaga kesucian hati kita. Sabar & cuba bertenang dahulu. Be mindful of whats happening & how you encounter every single thing.

“Biiznillah, Segala hasil titik peluh yang dibina from scratch bersama suami (aset harta sepencarian), telah dipindahkan 100% kepada milik Aisyah termasuklah share @hijanahofficial 100%, rumah, kereta & aset-aset yang lain. Jangan hancurkan semuanya hanya disebabkan amarah kita. Secure your rights & your efforts.

“Catat semua aset bersama & buat satu agreement khas. Kalau mampu hire lawyer, silakan. Pada awal mungkin kita akan blur, tapi bila kita cuba bertenang & berdamai dengan takdir, kita akan dapat jalan. Dont give up too early.”

Dalam pada itu, Aisyah turut menjelaskan dia bertindak sedemikian bukanlah menunjukkan dirinya tamak. Sebaliknya, sebagai jaminan masa depan buat dirinya dan anak-anak.

“Bukan bermakna kita tamak atau gila harta, tetapi kita nak secure & jaminan untuk diri & anak-anak.

“Sentiasa minta Allah beri petunjuk & cari jalan yang terbaik. You have to control your emotion & stay calm. If not, everything will ruin.”

Wanita berusia 25 tahun ini turut mendoakan wanita-wanita yang sedang berhadapan dengan situasi sama diberi kekuatan dan ketenangan.

“Aisyah doakan agar mana-mana wanita yang dalam ujian yang sama, diberikan kekuatan & ketenangan hidup bersama suami & anak-anak. Semoga membantu.”

Aisyah turut berterima kasih kepada suaminya yang telah memberikan kerjasama yang baik dalam tuntutan hak tersebut.

“Terima kasih @alifteega kerana kerjasama dengan baik & beri hak yang sepatutnya. Semoga Allah mudahkan urusan.”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata para pengikutnya bersetuju dengan tindakannya itu serta memuji kebijaksanaan Aisyah.

“Amat luar biasa BEAUTY WITH BRAIN ❤️ Yes you are “Perempuan Itu!”

“Bijak. Sebelum ke langkah nak cerai ke apa. Settle kan dulu bab2 harta sepencarian. Secure dulu hak isteri dan anak2. Setel semua baru lah cerai.”

“Sebab Aisyah ada Ijazah Psikologi thats why she can manage herself very well.. syabas Aisyah.. semoga awak terus memberi inspirasi kepada semua wanita seperti isteri Rasulullah”

Semoga Aisyah sentiasa di dalam rahmatnya, kekal tabah dan bahagia di samping insan-insan tersayang.

Kredit Foto: Instagram Aisyah Hijanah

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini

Published by
Amy Mohd