Selalunya bila lihat pasangan kembar seiras, pastinya kita turut merasa teruja apabila pasangan kembar ini menggayakan pakaian yang sama dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.
Begitulah juga yang dialami oleh pasangan kembar duo Aishahanim apabila dari kecil mereka sering memakai pakaian dan aksesori sedondon. Malah, perkara inj terbawa sehingga mereka dewasa. Meski pun kini masing-masing sudah berusia 43 tahun.
Lebih menarik lagi, pasangan kembar ini tidak hanya berkongsi gaya fesyen senada. Tetapi apabila salah seorang mengalami masalah kulit. Mereka turut berkongsi produk rawatan kulit wajah (Skincare) yang sama!
Hijabista sempat menemubual pasangan kembar ini dan bertanyakan apakah tip mereka ketika berhadapan masalah kulit breakout ini respon Aishahanim.
“Biasa lah, kita manusia biasa dan wanita pula tu, ada masa naik jerawat dan kadang water detention atau bloated.
“Kalau ini berlaku, Aisha dan Hanim akan dapatkan tidur yang cukup, atau kami akan minum kopi hitam untuk atasi masalah ini.
Ketika ditanya adakah minum kopi akan membuatkan mereka mengalami kesukaran untuk tidur kerana, umum sedia maklum di dalam seuncang kopi mengandungi kafein yang tinggi dan membuatkan seseorang mudah untuk berjaga malam.
“Walaupun ada yang kata, kalau minum kopi ni akan jadi susah untuk tidur sebab ada kandungan kafein yang tinggi. Tapi alhamdulillah, kami tidak mengalami masalah itu, kami tidur lagi lena.
Artikel berkaitan: Hijabi Kembar Dedah ‘Rahsia’ Buang 13KG Lemak Hanya Dalam Masa 4 Bulan! Cuma Tak Makan Satu Benda Ni Je..
Mengulas lanjut berkenaan bagaimana menghadapi masalah kulit breakout, Hanim berkata dia dan Aisha lazimnya akan berkongsi skimcare yang sama bagi mengatasi masalah ini.
“Kalau macam Hanim hari tu bila balik dari overseas, ada alami breakout sikit, jadi Aisha dengan Hanim akan kongsi produk kecantikkan atau skincare yang baik untuk kulit dan bila pakai tu alhamdulillah okay.
Jelasnya lagi, masalah breakout yang dialami oleh mereka selalunya tidak memakan masa yang lama dan mudah untuk ditangani jika menggunakan skincare yang tepat.
“Selalunya masalah tu tak lama la, lagi satu tip dia, kita duduk la rumah jangan la keluar, tiada orang tau kita ada masalah kulit,” seloroh Aisha.
Aishahanim berkata demikian ketika ditemui Hijabista pada majlis sidang media konsert terulung mereka iaitu ‘One Night Only Aishahanim’ yang bakal berlangsung pada tanggal 6 Ogos 2023, bertempat di Dewan Tun Dr. Ismail, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.
Aishahanim, berkata penganjuran konsert pertama ini bakal disertakan dengan makan malam sebagai tanda penghargaan kepada keluarga, sahabat, rakan media dan peminat yang selama ini menyokong karier mereka.
Sekadar Info, pada konsert berkenaan sebanyak15 buah lagu akan dipersembahkan sebagai ‘buah tangan’ dari Aishahanim yang bakal menyingkap lembaran sejarah bagaimanana perjalanan Aishahanim sebagai anak seni untuk kekal relevan hingga ke hari ini.
Sumber: Instagram Aisha Hanim
Artikel berkaitan: Rancang Diet Gastrik Anda Di Bulan Ramadan, Ini Makanan Yang Perlu Dimakan Dan Dielakkan
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.