Jika kita lihat masyarakat kita hari ini kalau boleh semua perkara mahu dikongsikan di media sosial. Pendek kata apa sahaja yang diperolehi tidak kiralah naik pangkat, dapat bonus, dapat hadiah barang kemas besar daripada suami, pindah rumah mewah dan sebagainya semuanya dikongsikan di platform media sosial.
Kesenangan dan kegembiraan dunia hanya bersifat sementara, malah penuh dengan tipu daya. Firman Allah SWT dalam al-Quran bermaksud: “Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahan dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang yang terpedaya.” (Surah Ali ‘Imran, ayat 185)
BUKAN SEMUA NIKMAT DITAYANGKAN
1. Dialog Nabi Ya’qub dan Nabi Yusuf sangat menarik untuk direnungi. Nabi Ya’qub berpesan kepada anaknya Nabi Yusuf agar jangan menceritakan mimpi beliau kepada abang-abangnya kerana bimbang ia akan disalah erti atau nikmat yang dikurniakan kepadanya akan menimbulkan perasaan dengki dan iri hati.
“Wahai anakku! Janganlah engkau ceritakan mimpimu kepada saudara-saudaramu, kerana aku khuatir mereka akan menjalankan sesuatu rancangan jahat terhadapmu. Sesungguhnya syaitan adalah musuh yang nyata bagi manusia.” (Surah Yusuf: 5)
Ads
2. Ketika menghuraikan ayat ini, Sheikh al-Tantawi menjelaskan bahawa adakalanya nikmat yang dikurniakan kepada kita perlu untuk tidak ditayangkan, apatah lagi diceritakan kepada orang ramai kerana ia berupaya menimbulkan reaksi yang tidak dijangka.
Kata al-Tantawi:
أنه يجوز للإنسان فى بعض الأوقات أن يخفى بعض النعم التى أنعم الله بها عليه ، خشية حسد الحاسدين ، أو عدوان المعتدين
“Sesungguhnya harus bagi seorang insan itu dalam sesetengah keadaan untuk menyembunyikan nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepadanya, kerana bimbang (nikmat tersebut berupaya) menimbulkan hasad dengki atau permusuhan dari orang yang memusuhi.” (Tafsir al-Wasit)
Ads
3. Perhatikan juga lafaz yang digunakan oleh Nabi Ya’qub ini adalah mengenai penyampaian secara verbal, iaitu jangan diceritakan perkara itu kepada orang lain. Apa yang berlaku pada hari ini terkadang bukan sahaja diceritakan malah ditayangkan dalam platform media sosial yang mungkin mengundang respon yang berbeza.
4. Pada hakikatnya tidak salah berkongsikan nikmat yang dikurniakan kepada kita. Namun sekiranya kita bimbang akan reaksi yang negatif, maka sewajarnya kita pertimbangkan semula hasrat tersebut.
Kata al-Imam al-Qurtubi:
Ads
وفيها أيضا ما يدل على جواز ترك إظهار النعمة عند من تخشى غائلته حسدا وكيدا
“Dan daripada ayat ini juga terdapat pengajaran bahawa harus bagi kita untuk meninggalkan (menjauhkan) diri dari menzahirkan nikmat yang dikurniakan kepada kita sekiranya kita bimbang dengan perkara tersebut akan menimbulkan hasad dengki dan tipu daya.” (Tafsir al-Qurtubi)
5. Dan ayat al-Quran ini ditutup dengan peringatan bahawa syaitan adalah musuh manusia yang nyata, yang berperanan meniupkan api kebencian dan dengki dalam jiwa manusia sehingga mereka saling berbalah sekalipun dalam kalangan adik-beradik sendiri. Semoga Allah membimbing kita.
Tatkala kita lalai dengan kehidupan seharian, janganlah lupa mendirikan solat yang menjadi tiang agama. Kita selalu mengejar dunia hingga penat namun kita lupa sebenarnya Tuhanlah yang memberi segala nikmat dan rezeki.
Ketikan menunaikan solat, hijabi janglah lupa untuk berdoa dalam sujud terakhir. Doa ini antara doa yang dimakbulkan Allah kerana waktu itu kita sangat dekat Allah. Marilah sama-sama kita amalkan.
Tak susah pun untuk berdoa. Jangan pernah segan untuk meminta dariNya.
kredit: baituljannah
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Hidayah atau petunjuk dari Allah SWT merupakan salah satu ganjaran yang diberikan kepada hamba-hamba yang dikhendaki-Nya. Sebagai umat Islam, usahlah kita berhenti berdoa untuk sentiasa diberikan petunjuk dari-Nya kerana ia merupakan kunci untuk masuk ke syurga-Nya.
Petunjuk ataupun hidayah dari Allah SWT merupakan intipati penting dalam kehidupan kita. Sebagai manusia biasa kita sering mengalami rasa bimbang dalam menentukan suatu hal. Malah, iman kita juga ada kalanya berkurang dan ada kalanya meningkat. Kadang-kala juga kita melakukan sesuatu hanya dengan mengikut hawa nafsu yang menyebabkan kita melakukan dosa. Oleh kerana itu, senantiasalah berdoa kepada-Nya untuk selalu diberikan petunjuk hidayah!
Berikut ialah doa-doa yang boleh dibaca agar diberi petunjuk oleh Allah SWT :
Robbanaa aatinaa min ladunka rohmatan, wa hayyi’ lanaa min amrinaa rosyadaa.
Ertinya: “Wahai Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu, dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami.” (QS Al Kahfi [18]: 10).
Doa Kedua:
اللَّهُمَّإِنِّىأَسْأَلُكَالْهُدَىوَالسَّدَادَ
Allahumma inni as-alukal huda was sadaad
Ertinya: “Ya Allah, meminta kepada-Mu petunjuk dan kebenaran.” Doa ini diambil dari hadis riwayat Muslim No 2725.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Sebagai umat Islam, kita disuruh berpegang pada ajaran serta ilmu yang telah disampaikan melalui kitab suci Al-Quran. Kitab suci ini memang banyak fadilatnya sama ada mahu dimurahkan rezeki, bertemu jodoh, mengelak diri dari segala kejahatan dan juga turut menjadi penyembuh atau penawar kepada kesakitan. Namun kita hanya mampu berusaha tetapi Tuhan jualah yang akan menyembuhkan segala-galanya. Perkongsian wanita ini mengenai kelebihan Yasin 7 Mubin menarik perhatian. Dia dan keluarga mengamalkan surah berkenaan ketika berhadapan saat hampir kehilangan ahli keluarganya akibat kemalangan.
Perkongsian pengguna di laman sosial facebook, Atieqa Hod ini mendapat butang share lebih 7K dan juga ribuan like oleh netizen. Ramai yang berterima kasih kepadanya atas perkongsian ilmu cukup berguna ini.
Mengamalkannya ketika keluarga diberi ujian apabila adik mengalami kemalangan teruk hingga hampir meragut nyawa.
Saat kali pertama aku mendengar daripada ayahku tentang #Yassin#7_Mubin ini ketika keluarga kami ditimpa ujian besar dari Allah SWT.Waktu tu adik kami Muhammad Afiq mengalami kemalangan teruk yang hampir meragut nyawa.
Dibaca untuk mendapatkan semula barangan berharga yang telah dicuri atau hilang. Tidak boleh dibaca bagi barangan kurang berharga atau boleh luput.
Yasin 7 Mubin dibaca untuk mendapatkan semula barangan berharga yang telah dicuri atau hilang. Barang dalam hal ini perlulah barang yang berharga seperti anak, kenderaan, barang kemas dan sebagainya. Tidak boleh dibaca bagi barang kurang berharga ataupun barang yang boleh luput seperti buah durian atau yang sejenis dengannya.
Ayat mubin ni ada pada ayat 12,17,24,47,60,69,& 77,
Setiap kali berhenti di ayat #Mubin ini kami memohon doa agar adik kami dapat kembali sembuh.Membaca dengan penuh kesedihan seperti terasa akan kehilangan sewaktu tu dan hanya mampu menunggu sebuah keajaiban yang berlaku. Dari ayat MUBIN pertama sampai la yang ketujuh.Setiap kali berhenti di ayat mubin ini,kami akan berdoa dan meminta pada Allah SWT untuk kesembuhan adik kami waktu itu.
Setelah tiga tahun berlalu, kini adik semakin pulih walaupun melalui pelbagai fasa pembedahan.
Alhamdulillah hampir 3 tahun perkara itu berlalu.Kini adikku semakin pulih.Setelah melalui pelbagai fasa dari majar operation sebanyak 4kali dan koma sebanyak 2kali.Kesembuhan yang tidak terjangka dan doktor sendiri terkejut dengan perkembangan positif adik.
Sentiasa berpesan untuk mengamalkan ayat 7 Mubin ini bagi yang berhadapan dugaan luar biasa, insya-Allah
Sejak itu.. Sesiapa yang ditimpa ujian atau dugaan luar biasa aku selalu berpesan pada mereka agar mengamalkan 7mubin ini.Mintalah pada NYA kerana segalanya yang berlaku dari NYA teruslah meminta In Syaa Allah Dia akan menjawab segalanya.
Status terbaru, adiknya sudah sembuh. Apa juga yang berlaku adalah dari Allah dan Allah jugalah menentukan kesembuhannya. Sebagai hamba-Nya hanya mampu berdoa kerana satu hari nanti doa akan dijawab oleh Yang Maha Esa.
Kisah 3tahun lalu yang dilalui oleh keluarga kami.Kadang tak sangka perkara itu sudah berlalu begitu lama.
Alhamdulillah adik Muhammad Afiq semakin sembuh.Kesembuhan diluar kotak ilmu perubatan.Sesungguhnya ibuku Nora Amin berserah 100 peratus kesembuhan dari keajaiban Allah SWT.Jika apa yang berlaku Allah yang tentukan sudah pasti kesembuhan itu Allah juga tentukan.Kita sebagai hamba hanya mampu terus berdoa dan meminta sehingga la waktu itu kita sedar doa kita telah dijawab oleh Allah SWT.
Itulah bertapa besarnya kuasa ayat² suci Al-Quran.Siapa yang buat bersungguh² dia akan dapat merasai nikmat kemanisannya. In Syaa Allah.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Kisah mualaf cantik dari Indonesia, Arnita Rodelina Turnip boleh dijadikan inspirasi. Sering mendengar ceramah agama di saluran Youtube telah membuka hati Arnita yang menuntut...