Sekalung tahniah diucapkan buat bekas pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kota Putra, Besut, Fakhirah Khairuddin kerana telah berjaya menjadi jurutera di sebuah syarikat automotif gergasi di Amerika Syarikat iaitu TESLA.
Menerusi perkongsian di Facebook oleh Dr.Zulkifli Hussain yang merupakan seorang kaunselor, Fakhirah yang kini menetap di Fremont, California bertugas sebagai Technical Training Robotics Engineering Instructor di syarikat Tesla yang dimiliki oleh Elon Musk itu.
FAKHIRAH KHAIRUDDIN BEKAS PELAJAR MRSM KOTA PUTRA (ULUL ALBAB) : JURUTERA DI TESLA USA
Ada sahabat bertanya pada saya, pelajar MRSM Ulul Albab ni selalunya kerja dalam bidang apa? Jadi ustaz/ustazah ke? Saya ketawa kecil. Mai sini nak story… hehe Sebelum tu, make sure korang baca sampai habis. Oh ye. Like dan share sekali, moga² story ni memberi inspirasi buat anak-anak kita semua nanti. Insya Allah! Penubuhan MRSM Ulul Albab bertujuan melahirkan pelajar MRSM yang bercirikan mukmin professional. Matlamat untuk melahirkan pelajar MRSM yang mengikuti bidang STEM (science, technology, engineering & mathematics) masih terguna pakai di MRSM Ulul Albab tetapi lebih daripada itu kita cabar anak-anak ini untuk menghafal dan menghayati al-Quran sebagai amalan harian.
Maknanya, kalau pelajar bergelar seorang jurutera, dalam masa yang sama dalam dada mereka ada al-quran. Setiap kerja yang dilaksanakan sebagai jurutera disulan dengan kesedaran ketuhanan yang tinggi. Harapannya begitu la… Tetapi ini tidak bermakna jurutera yang tidak belajar di MRSM Ulul Albab tiada kesedaran ketuhanan pula.. MRSM Ulul Albab adalah merupakan platform yang disediakan untuk memenuhi harapan tersebut.. Sesungguhnya, semua yang baik semuanya daripada Allah swt. Post kali ini saya bahawakan satu contoh pelajar MRSM Ulul Albab yang berjaya menjadi jurutera di sebuah syarikat gergasi di Amerika Syarikat iaitu TESLA. Kejayaan pelajar ini untuk bergelar jurutera di TESLA adalah sedikit sebanyak memjawab soalan daripada sahabat saya tadi.. hehehe
TESLA itu syarikat apa? TESLA ini syarikat besar yang menghasilkan kereta elektrik dan solar yang berpangkalan di California USA. Nak tahu lebih lanjut tentang TESLA, saya lampirkan video ringkas untuk memberi gambaran yang lebih jelas. https://lnkd.in/g3BR5ZQ FAKHIRAH KHAIRUDDIN ini merupakan pelajar Batch Pertama MRSM Ulul Albab di Kota Putra. Setelah tamat pengajian di MRSM, beliau mengikuti BS Aerospace Engineering 19′, University of California San Diego (Tajaan MARA) dan kemudiannya MS Mechanical Engineering 21′, University of California San Diego (Tajaan University). Dan sekarang sedang menetap di Fremont, California dan bertugas sebagai Technical Training Robotics Engineering Instructor di Tesla. Tahniah FAKHIRAH KHAIRUDDIN atas kejayaan anda. Kami di Malaysia sentiasa mendoakan anda. Teruskan menabur bakti dan kepakaran walaupun di mana anda berada. Sesungguhnya anda adalah salah seorang produk MRSM yang sangat membanggakan. Semoga ilmu yang dipelajari sebagai pelajar MRSM Ulul Albab kekal tersemat dalam diri anda. InsyaAllah…