Lambakan pusat kecantikan menjadi tumpuan ramai wanita moden demi mengekalkan kecantikan luaran, namun ramai yang lupa kecantikan seorang wanita bukan diukur dari luaran sahaja malah dari dalaman iaitu fizikal mahupun rohani.
“Cabaran dunia hari ini amat memberi tekanan kepada kaum hawa, bukan sahaja dari segi fizikal malahan mental. Mana lagi mahu berjaya dalam kerjaya, membina keluarga apatah lagi menjaga keintiman bersama suami.
“Pembukaan pusat kecantikan dan kesihatan ini, khas untuk wanita dapat bersosial tanpa segan silu sambil mendapatkan rawatan kecantikan termoden, terkini dan selamat di dunia.”
Menurut pengasas Kireina Wellness, Puan Azizah Salleh berkata, beliau ingin wanita di luar sana mempunyai tempat selamat untuk berkongsi apa sahaja, dari perkara rutin hinggalah intim.
Kireina Wellness tidak lokek berbelanja lebih RM 1 juta untuk ruang selesa serta peralatan canggih yang tidak invasif (non invasive) untuk wanita.
Bukan itu sahaja, Exilis mesin canggih yang bernilai jutaan ringgit ini, turut menawarkan rawatan Femme 360, yang mampu mengetatkan bahagian vagina dan juga membentuk semula libia wanita.
Selebriti, Shikin Maembong antara yang mendapatkan rawatan tidak invasif menggunakan mesin Exilis untuk membentuk tubuh dan juga mengetatkan bahagian intimnya.
“Proses menggunakan Exilis mengambil masa tidak lebih 8 minit untuk satu sesi dan tidak menyakitkan. Paling menarik, kesan dapat dirasai terus selepas satu sesi dan tidak perlu waktu rehat (down time) sebelum melakukan hubungan intim,” kata Doktor Ainna.
Dr Ainna dan Puan Azizah turut memperkenalkan rakan-rakan Kireina Wellness lain yang menjadi antara pelanggan awal mereka iaitu penyanyi, Zur Eda, pelakon, Nadia Brian serta penyanyi dan pelakon, Cat Farish.
Kireina Wellness menawarkan rawatan-rawatan yang merangkumi bahagian rambut, muka dan badan antaranya, Vagina Tightening dan Vulva Remodelling.
Turut disediakan adalah rawatan PRX Face Lifting, Fat Loss & Body Contouring, Brightening Facial, Oxy Hydra Facial, Stemcell Booster dan AGF Hair Growth.
Kesemua rawatan yang ditawarkan adalah tidak invasif dan menggunakan bahan serta mesin medical grade, gred paling tinggi dalam industri kecantikan.
Kireina Wellness beroperasi di 209, Blok 2, Persiaran Sukan, Laman Seri Business Park, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor
Ia dibuka Selasa hingga Ahad dari jam 10 pagi hingga 7 malam.