Bukan Sekadar Duta, Iman Troye ‘Tour’ Sekolah Bantu Pelajar SPM, Dari Gagal Hingga Skor A

Share

Penyanyi muda, Iman Troye pernah tular, menghadiahkan wang tunai RM300 kepada pelajar yang menunjukkan peningkatan dalam mana-mana mata pelajaran bagi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM 2022). Namun 2023 sokongan penyanyi yang popular dengan lagu Teman dan Nang ini tidak berdiam diri.

Iman Troye sebagai duta dan Ikon Pusat peningkatan akademik dan pakar dalam membantu pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), PTTI terus komited dalam membantu pelajar SPM di seluruh negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Hijabi Hafaz Quran Cetus Inspirasi! Raih Tempat Kedua Peperiksaan Acca Dunia!

Tangggunjawab yang harus dijalankan

 Iman atau nama sebenarnya Siti Nur Alyssa Sahabudin, 21, berkata, kehadirannya bukan sekadar duta dan ikon, tapi menyifatkan ia adalah tanggungjawab yang perlu dijalankan dengan sebaiknya.

Hadir memberi semangat dan motivasi kepada lebih 1,000 pelajar SPM menerusi program Seminar Roadtour Skor A+ SPM yang diadakan di Hotel Grand Renai, Kota Bharu, Kelantan.

“Pada program ini sebanyak 1,020 pelajar terdiri daripada pelajar tingkatan 4 dan 5 terbabit dalam program Seminar Roadtour Skor A+ SPM Kelantan. Bagi saya, penyertaan itu cukup memberangsangkan selain melihat usaha mereka untuk lulus cemerlang pada SPM akan datang.

Siri Jelajah Misi Skor A

Persediaan yang dibuat PTTI ini selaras dengan pengumuman dibuat Kementerian Pendidikan (KPM) mengenai SPM yang diawalkan bermula 5 Disember depan (peperiksaan amali SPM). Misi membantu pelajar- pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM sehingga mereka mendapat skor A, dengan kehadiran Iman Troye sebagai penyuntik semangat pada mereka yang memerlukan.

“Saya berharap kehadiran saya bersama pasukan PTTI dapat memberikan semangat yang jitu kepada mereka. Saya mahu apa saja usaha yang dilakukan bakal membuahkan hasil terbaik kepada mereka.

“Apa yang pasti, saya bersama PTTI komited untuk terus membantu pelajar yang bakal menduduki SPM ini agar mereka berada di landasan betul,” katanya.

Pada Seminar Roadtour Skor A+ SPM Kelantan, mata pelajaran yang diajar adalah Matematik, Bahasa Melayu, Sains, Kimia dan Matematik Tambahan. Dalam masa sama, PTTI akan meneruskan siri jelajah sempena cuti sekolah di IDCC Shah Alam pada 2 September ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Hijabi Ini Pernah Dapat 9% Bagi Subjek Kimia, MK Bangkitkan Semangat Pelajar SPM 2022

“PTTI dalam misi nak membantu 100,000 pelajar SPM seluruh Malaysia untuk tingkatkan prestasi akademik dari Gagal ke A menerusi kelas tuisyen dalam talian.

“PTTI turut mengadakan siri jelajah ke sekolah di seluruh negara secara percuma dalam usaha membantu KPM dan negara bagi memastikan standard pencapaian murid tercapai,” katanya.

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini

Published by
SH