Kecantikan

Bukan Sekadar Bagus Untuk Diet Tetapi Dalam Masa Yang Sama Teh Hijau Rawat Jerawat & Lembutkan Kulit Wajah

Share

Amalan minum teh hijau bukan sahaja bermanfaat untuk kesihatan tetapi juga mempunyai khasiat lain untuk merawat kecantikan secara semula jadi. Teh hijau mengandungi banyak zat dan setiap zat mempunyai peranan yang berbeza untuk tubuh.

Selalunya ramai yang mengamalkan minum teh hijau ketika dalam proses menurunkan berat badan. Sebenarnya teh hijau bukan sahaja bermanfaat untuk membantu menurunkan berat badan sahaja tetapi dalam masa yang sama mencantikkan kulit wajah.

Berikut adalah beberapa cara untuk menikmati teh untuk kecantikan wajah dan tubuh anda.

Photo by Anna Pyshniuk from Pexels

KHASIAT TEH HIJAU UNTUK KECANTIKAN 

Mencantikkan dan melembutkan kulit wajah
Kajian Medical College of Georgia pada tahun 2013 mendapati bahawa amalan meminum teh hijau dapat mengeluarkan racun daripada kulit, mengurangkan keradangan, menyembuhkan luka, memudarkan parut dan meningkatkan keanjalan kulit. Teh hijau hijau juga digunakan secara topikal, dapat mengurangkan kerosakan kulit wajah akibat sinaran matahari.

Photo by Shiny Diamond from Pexels

Mengurangkan bengkak dan lingkaran hitam pada mata
Kandungan antioksidan dan tanin dalam teh hijau dapat digunakan untuk merawat mata bengkak dan mengurangkan lingkaran hitam di bawah mata. Khasiat semula jadi itu membantu untuk menyusutkan pembuluh darah di bawah kulit halus di sekitar mata yang akhirnya dapat mengurangkan pembengkakan dan peradangan mata.

Photo by Anna Shvets from Pexels

Mencegah penuaan


Antara kebaikan teh hijau ialah ia juga berupaya untuk mencegah penuaan awal yang terjadi pada kulit. Zat polifenol yang terkandung di dalamnya dapat membantu meneutralkan radikal bebas berbahaya penyebab kerosakan kulit dan melambatkan proses penuaan.

Photo by Sora Shimazaki from Pexels

Merawat jerawat
Teh hijau ampuh dalam merawat jerawat kerana kandungan catechin di dalamnya berfungsi untuk mengawal ketidakseimbangan hormon, bersifat anti bakteria dan anti inflamasi yang merupakan penyebab jerawat.

Photo by Andrea Piacquadio from Pexels

Melalui satu kajian yang diterbitkan dalam Journal of Investigative Dermatology pada tahun 2012 menjelaskan bahawa komponen dalam teh hijau, epigallocatechin-3-gallate (EGCG), dapat membantu merawat jerawat dengan cara mencegah pertumbuhan bakteria jerawat.

Mencantikkan rambut
Teh hijau juga boleh dijadikan rejim perawatan rambut. Untuk rambut yang lebih kuat, sihat dan berkilau, gunakan teh hijau yang telah disimpan semalaman tanpa gula, kemudian gosokkan air teh hijau ke seluruh rambut. Biarkan selama 15 minit, kemudian bilas dengan syampu. Kandungan patenol dalam teh hijau dapat mengurangkan kerosakan rambut dan hujung rambut.

Photo by Element5 Digital from Pexels

HIJABISTA: Teh hijau mampu menghilangkan bau ketiak. Gunakan hampas teh. Gosokkan pada bahagian ketiak. Amalkan setiap hari nescaya anda akan lihat hasilnya. Cubalah!

Sumber kredit: Emirilda Sani via If Diet Malaysia

Published by
Norhasliza