Bukan Saja ‘TERROR’ Di Bilik Bedah, Dr. Amalina Juga Tak LOKEK Kongsi 4 TIP Nak ‘Fluent’ Berbahasa Inggeris

Share

Dr. Amalina Bakri nama yang cukup dikagumi dan menjadi idola buat hijabi muda. Kebijaksanaannya dalam bidang akademik memang tidak dipertikai sejak mencapai keputusan cemerlang dalam SPM tahún 2004. Kini beliau menyambung pengajian dalam bidang kedoktoran di luar negara. Baru-baru ini Dr. Amalina turut berkongsi empat cara mudah buat mereka yang mahu lancar dalam berbahasa Inggeris.

Pencapaian beliau cukup dikagumi.

Menurut doktor muda ini, ada 4 cara dilakukan olehnya bagi membolehkan beliau fasih berbahasa Inggeris. Dan perkongsiannya di laman twitter miliknya DrAmalinaBakri ini sangat berguna bagi mereka yang mahu memahirkan diri dalam bahasa kedua ini.

#1. Kena yakin bercakap walaupun hanya broken English. Jangan hirau sesiapa jika ada yang cakap berlagak jika sedang bercakap English.

#2. Boleh juga gunakan plarform online. Kalau dulu sangat popular MSN dan Yahoo yang boleh kita gunakan untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan dari luar negara. Menurutnya beliau dulu menulis surat kepada mereka sewaktu usianya 12 tahun.

#3. Belajar melalui drama, filem dan lagu. Sangat membantu. Ini cara terbaik untuk belajar bahasa Inggeris. Banyakkan melihat drama, filem atau lagu dan daripada situ akan mempelajari sesuatu perkataan atau ayat baru.

#4.Teruskan berlatih dengan orang sekeliling terutama mereka yang sangat fluent bercakap English. Melalui cara ini dapat mengetahui kesilapan memperbetulkan struktur tatabahasa mereka.

Rajin berkongsi info berguna kepada followernya.

Artikel Berkaitan: Dr. Amalina Selamatkan Pesakit Jantung Di UK

Published by
Siti Zurina