Dr. Amalina Bakri nama yang cukup dikagumi dan menjadi idola buat hijabi muda. Kebijaksanaannya dalam bidang akademik memang tidak dipertikai sejak mencapai keputusan cemerlang dalam SPM tahún 2004. Kini beliau menyambung pengajian dalam bidang kedoktoran di luar negara. Baru-baru ini Dr. Amalina turut berkongsi empat cara mudah buat mereka yang mahu lancar dalam berbahasa Inggeris.
Menurut doktor muda ini, ada 4 cara dilakukan olehnya bagi membolehkan beliau fasih berbahasa Inggeris. Dan perkongsiannya di laman twitter miliknya DrAmalinaBakri ini sangat berguna bagi mereka yang mahu memahirkan diri dalam bahasa kedua ini.
#1. Kena yakin bercakap walaupun hanya broken English. Jangan hirau sesiapa jika ada yang cakap berlagak jika sedang bercakap English.
#2. Boleh juga gunakan plarform online. Kalau dulu sangat popular MSN dan Yahoo yang boleh kita gunakan untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan dari luar negara. Menurutnya beliau dulu menulis surat kepada mereka sewaktu usianya 12 tahun.
#3. Belajar melalui drama, filem dan lagu. Sangat membantu. Ini cara terbaik untuk belajar bahasa Inggeris. Banyakkan melihat drama, filem atau lagu dan daripada situ akan mempelajari sesuatu perkataan atau ayat baru.
#4.Teruskan berlatih dengan orang sekeliling terutama mereka yang sangat fluent bercakap English. Melalui cara ini dapat mengetahui kesilapan memperbetulkan struktur tatabahasa mereka.
Artikel Berkaitan: Dr. Amalina Selamatkan Pesakit Jantung Di UK
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
5 Trik Ini Boleh Bantu Masalah Rambut Sering Terkeluar Dari Tudung. No 4 Paling Penting Untuk Jaga Aurat Hijabi.
Apabila menyarung hijab, benda paling tidak selesa adalah apabila anak rambut mula menjalar keluar dari hijab. Ini berlaku apabila kita memakai hijab untuk satu jangka masa yang lama. Kadang kala kita punya masa untuk membuka hijab dan memperbetulkan ikatan rambut tetapi selalunya masa yang kita ada sangat terhad. Lebih-lebih lagi jika kita mengenakan inner neck yang sudah longgar. Hijabi usah risau kerana ada beberapa trik boleh dilakukan dalam menyelesaikan masalah rambut terkeluar dari hijab dan memastikan aurat tetap terjaga.
1. Gunakan klip rambut, bobby pin ataupun cekak getah
Hanya mengikat rambut tidak mencukupi untuk mengelakkan anak rambut dari terkeluar. Gunakan klip rambut, bobby pin ataupun cekak getah untuk memastikan rambut sentiasa dalam keadaan rapi. Tapi jangan pin terlalu ketat ya. Sakit nanti!
2. Pakai anak tudung ataupun bandana
Ada juga di antara kita yang tidak biasa memakai anak tudung tatkala berhijab. Bagi anda yang lebih sukakan selendang, pilih anak tudung yang berleher dan pakai cekak getah di dalam agar rambut anda kekal rapi. Jika anda mahu bersukan, penggunaan bandana sangat sesuai. Ia bukan sahaja menyerap peluh, rambut anda tidak akan mudah terlihat jika hijab anda basah. Kalau boleh anda perlu tukar anak tudung yang sudah longgar kerana boleh membuatkan rambut lebih banyak terkeluar.
BACA JUGA: 3. Periksa gaya potongan rambut anda
Jika rambut anda tetap terkeluar walaupun sudah berklip rambut dan beranak tudung, cuba periksa stail rambut anda. Jika rambut anda panjang dan ‘layer’, cuba ikat tocang. Ia mungkin akan membantu sedikit. Sebolehnya elakkan dari rambut anda terkeluar tatkala berhijab. Rambut itu aurat yang wajib ditutup jadi peka akan keadaan hijab anda. Pastikan anda selesa sebelum melangkah keluar dari rumah.
4. Pakai tudung yang disertakan dengan inner neck
Jika anda tidak mahu menggunakan inner neck, boleh terus membeli tudung yang direka dengan menyertakan inner neck sekaligus. Ini memudahkan anda terus menyarung dengan kemas tanpa memikirkan masalah anak rambut yang akan keluar. Biasanya tudung instan begini sangat selesa dan mudah sekali digayakan.
5. Penggunaan inner neck diikat ke belakang
Boleh juga gunakan inner neck yang mempunyai tali di kiri kanan dan boleh diikat dengan kemas di belakang. ada juga tudung yang mempunyai inner neck rekaan begini dan memudahkan penggunanya untuk menggayakan hijab tanpa ada sebarang rambut terkeluar.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Maafkan Mommy Adik”- Isteri Chot Xoxo Pertama Kali Dukung Anak Dilahirkan 2 Hari Sebelum Dijemput Illahi
Kehadiran cahaya mata memang ditunggu bagi merapatkan lagi hubungan kasih sayang antara suami isteri. Kalau boleh kita mahu anak itu lahir membesar dengan sihat dan sempurna. Namun kita hanya merancang, tetapi Tuhan juga yang menentukan. Begitu juga dugaan yang dihadapi oleh wanita ini, Siti Zafirul Azzah apabila anak yang dilahirkan meninggal dunia pagi tadi, setelah hampir empat bulan bulan bertarung nyawa disebabkan penyakit dihadapi. Lebih menyedihkan, ibu muda ini hanya berpeluang sekali sahaja untuk mendukung anaknya sejak dilahirkan dua hari sebelum Tuhan menjemputnya.
Sebelum ini, Siti Zafirul banyak berkongsi perasaanya di laman sosial Instagram sebaik anaknya itu sakit sejak dilahirkan Jun lalu.
Dapat merasai hati dan perasaannya sebagai ibu yang melahirkan tetapi tidak dapat memeluk, sebaliknya hanya mampu melihat sahaja di sebalik wayar yang berselirat di badan anaknya itu.
Isteri kepada bintang Maharaja Lawak Mega, pelawak Hazmeer Hassan atau dikenali Chot XOXO atau dilihat juga mengakui tidak kuat berdepan ujian ini, tetapi begitu tabah sepanjang menjaga anaknya di hospital. Walaupun sedih, namun dia akur dan reda dengan ujian Tuhan.
Sherharraz, maafkan mmy ye sebab tak dapat jadi mmy yang baik untuk adik .. Mmy tak nak cakap banyak².. Nanti mmy sebak.. hanya doa yang mmy kirimkan pada adik.. Mmy sayang adikallahuakbar
Ya allah.. kuasamu dan doa kalian.. maha hebat.. terima kasih semua tang xhenti doa takat ini.. esok akan dicabut tiub oksigen kiranya harraz boleh bernafas.. doktor akan sahkan hayat ye ke IJN..
Allahuakbar.. Terima kasih semua
Alhamdulillah syukur ya allah Adik kuat kan , ade keajaiban allah bagi.. Hope adik boleh terus survive
Allahuakbar , baru hari ni dapat merasakan semua ni.. Harraz dah lemah
Allahuakbar , hanya dia yang memahami
Terima kasih semua
Al fatihah Allahuakbar , harraz pergi dengan sangat tenang . Maafkan mmy adik
Anak sulung mereka, Muhammad Sher Harraz Hasmer sebelum ini telah bertarung melawan sakit jantung (injap jantung terbalik) sejak dilahirkan lagi.
Sebelum ini juga di laman Instagram milik Chot memberitahu anaknya itu perlu menjalani pembedahan jantung di Institut Jantung Negara di mana kos yang diperlukan adalah sebanyak RM18,000.
Anaknya itu juga sudah menjalani pembedahan pada bahagian hidung bagi membetulkan tulang pada bahagian berkenaan yang menyukarkan dia bernafas.
Ternyata penderitaan anak pasangan ini mendapat perhatian ramai rakan artis yang setia mengikuti perkembangan anak syurga ini di media sosial.
Namun Tuhan lebih menyayanginya apabila anak syurga ini yang meninggal dunia jam 8.40 pagi tadi dan dikebumikan di Felcra Ramuan Cina, Lubuk Cina, Melaka.
Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat baby Harraz.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM SITI ZAFIRUL AZZAH & CHOT XOXO
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jagalah Solat, Kerana Air Tangan Orang Yang Tidak Solat Akan Menggelapkan Hati
AIR TANGAN ORANG YANG TIDAK SOLAT.
Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar, malahan orang yang tidak solat lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa a.s.
Kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), “Kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam.” Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam.
Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barang siapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu. Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya.
Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam. Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu. Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi.
Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi.
Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu atau isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dan sebagainya. Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak tergamak kan?
Tapi lain pula halnya dengan kita hari ni. Pagi petang, mamak. Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia. Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik. Hati- hati dengan apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra’ Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril a.s.
Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), “As-solah as Solah wa amalakat aimanukum”. Maksudnya, “Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu..”
Ambillah pengajaran dari kisah ini untuk ahli keluarga kita bersama. Moga kita terhindar daripada melakukan perkara yang dimurkai Allah SWT.
sumber: Rahsia Hawa
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI