Kaum wanita ini biasanya dikaitkan dengan soal kecantikan dan kesihatan diri. Tapi jarang yang mempunyai minat luar biasa atau sesuatu yang lasak dan sering dilakukan oleh lelaki. Bagi gadis ini dia lari dari kebiasaan apabila memilih hobi lelaki iaitu mengubahsuai kereta hingga sanggup habis beribu ringgit.
Gadis yang menamakan dirinya sebagai Auni di laman sosial facebook ini meminat hobi mengalahkan kaum lelaki.
Dalam perkongsiannya itu dia memang gemar sekali melakukan pengubahsuian terhadap kereta miliknya dan tidak sayang membelanjakan wang ringgit yang banyak demi kepuasan dirinya sendiri.
Uools mesti ada hobikan? Ada yang hobi dia kumpul barang makeup, ada yang hobi melancong, ada yang hobi dia suka makan, ada yang hobi pelik jenis suka mengumpat. Tapi hobi Auni ini lain sikit.
Selain makeup muka sendri, Auni suka gila makeup kereta bagi power, bagi cantik bagi unik.
Dia yang meminati kereta jenis sport kerana tergoda dengan bentuk bodynya. Dia memang cukup suka menyolek keretanya untuk mendapatkan hasi lebih ‘power’. Bagi Auni ia nampak unik setelah ubahsuai dilakukan.
Antara sebab-sebab Auni suka sport car, sebab Auni suka bentuk dia. Tergoda mak. Yang paling best part bunyi ekzos. Meleleh air liur kalau dengar. Ini antara kereta-kereta yang Auni dah beli tunai dari standart.
Kebanyakan kereta aan diubah suai bagi lebih menarik terutama untuk buyi ekzos, cat dan sebagainya. Malah kereta yang telah diubahsuai ini kemudiannya akan diijual dan membeli kereta lain dan juga akan dibuat perkara sama.
Dari rim tak ada yelek, warna pun tak menarik, semua Auni tukar buat lain. Makeup bagi cun dan unik. Bila dah tak ada benda nak dimakeup, Auni akan jual dan akan ulang benda yang sama untuk kereta lain. Ini lah hobi Auni.
Lebih membanggakan dia akan membeli kereta-keretanya secara tunai dan tidak suka berhutang kerana kaedah seumpamanya mempunyai faedah. Kos yang dibuat untuk ubahsuai ini ada kalanya mencecah RM15 ribu terutama untuk kereta Nissan 3.5 Nismo Fairlady Z miliknya.
Auni beli kereta tunai, Auni tak suka hutang sebab ada faedah. Biar kecil ke buruk ke janji tak hutang. Kalau tak mampu atau beban Auni tak beli.
Bukan dua jenama itu, Auni juga pernah membeli kereta Honda Civic FD 2.0, BMW350i, Chevrolet Cruze 1.8 dan Honda City 1.5 Full Spec.
Ini antara kereta-kereta yang Auni dapat kumpul, syukur sangat-sangat. Alhamdulillah. Jangan ingat lelaki saja hobi kereta, perempuan pun ada, sayalah orangnya.
Auni juga sebenarnya meminati hobi lain seperti juga wanita lain iaitu mengumpul alat solek dan bermekap serta melancong. Jadi tidak hairanlah kalau dia juga menggunakan kaedah sama tika ‘menyolek’ keretanya.
Walaupun hobi ini nampak mahal, tetapi Auni cukup puas hati dengan setiap hasil yang dilakukan setiap kali ubac suai dilakukan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI