Bukan Saja Pandai Mekap, Jurusolek Ini Kongsi Cara Buat Skrub Ajaib Guna Lemon Untuk Cantikkan Wajah

Share

Selalunya ramai yang menggunakan lemon untuk membuat air detoks. Tetapi sebenarnya lemon juga berfungsi untuk kecantikan wajah dengan menjadikannya sebagai skrub muka. Seperti perkongsian wanita ini yang juga seorang jurusolek membuat skrub ajaib menggunakan bahan dapur iaitu lemon. Dia turut berpesan mengamalkan skrub ajaib ini 3 kali seminggu dan hasilnya akan membuat kulit muka tampak glowing

dan putih bersinar.

Malah menurutnya skrub ini bukan sahaja boleh dibuat di muka, tetapi juga pada badan. Paling penting pesannya jika mahu kelihatan cantik, seseorang itu perlu rajin.

Berkongsi petua cantik ini di laman sosial dan dia juga turut menawarkan Kelas Mekup Murah By Akma AlQadri di kawan sekitarnya.

BAHAN-BAHANNYA:

2 SUDU BESAR SUSU TEPUNG
1 SUDU BESAR MADU
SEDIKIT PERAHAN JUS LEMON

CARA BANCUHAN :

ADUN SEBATI MACAM DALAM PIC NI

KEMUDIAN, AMIK SEBELAH BAHAGIAN LEMON MACAM DALAM PIC.. TEKAP PADA MANGKUK YG TELAH DIADUN BANCUHAN TADI.

SEBELUM SCRUB PADA MUKA MACAM AKMA BUAT NI, UOALSS BASUH MUKA DENGAN AIR SUAM DULU YE.. LEPAS TU SCRUB MACAM AKMA BUAT NI SECARA MEMBULAT..

ARAH LAWAN JAM.. BUAT LA DALAM 10 MINIT.. PASTU BILAS DENGAN AIR SEJUK..

BUAT 3X SEMINGGU & LIHAT HASILNYA.. KALAU KULIT ADA LUKA MEMANG AKAN PEDIH SEDIKIT..

SELAMAT MENCUBA!

Published by
Siti Zurina