Bukan Saja Jaga Aurat, Niena Baharun Aka ‘Husna’ Juga ‘Maintain’ Cantik Lepas Lahirkan Anak Pertamanya

Share

Sebelum ini pelakon wanita yang jelita ini dibenci kerana wataknya dalam drama Jangan Benci Cintaku yang cukup trending beberapa bulan lalu. Dia yang ketika itu sedang hamil anak sulung ketika penggambaran masih kekal jelita dengan penampilan cukup santun dan kemas. Dan semalam Niena Baharun telah selamat melahirkan anak pertamanya di sebuah hospital swasta di ibu kota. Namun yang menjadi bualan netizen ialah penampilan yang ‘maintain’ cantik biarpun selepas melahirkan bayi lelaki yang dipanggil ‘Baby A’.

Dengan senyuman yang terpamir di bibir, nyata pelakon ini tetap kelihatan ceria dan cantik di bilik bersalin di samping suami yang turut setia menemani sepanjang proses melahirkan.

Niena telah muat turun status itu di laman sosial instagramnya dan postingnya dihujani ucapan tahniah daripada followernya.

syiema_ahmad94 Congrats kak niena.. 

eynaazlinaa Alhamdulillah tahniah kak niena 

hasiah_isma Thniah kak nina comel  

ienaazlin Alhamdulilah tahniah kak niena selamat berpantang

Masing-masing memuji wajah Niena yang maintain cantik walaupun selepas bertarung nyawa saat melahirkan anak pertamanya. Beliau juga turut dilihat menjaga auratnya sepanjang proses itu.

cassietakasima Tahniah niena…eahhh lps bsalin pn cntk mekap jgk ye…  

fatinzulkipli Tahniah sis….cantiknyaaa berlipstick lg.. 

zntlnrlhsna.s Tengah bersalin pun cantik  

byqeera Alhamdulillah. Tahniah niena! Wah cantik mommy 

mieyyaziz Bersalin pun cantik alahai  

azhani_adnan Bersalin pun cantik sis..tahniah niena..selamat berpantang

Sebelum itu, Niena yang berpenampilan cukup cantik berhijab ini telah mengadakan majlis ‘baby shower’

yang disambut meriah.

Apa pun Hijabista ucapkan tahniah ke atas Niena atau lebih popular dengan panggilan Husna gara-gara drama lakonannya yang mantap dan terus melonjakkan namanya dalam dunia seni.

KREDIT FOTO: INSTAGRAM NIENA BAHARUN

Published by
Siti Zurina