Masalah berat badan memang sering menghantui kaum wanita. Pelbagai cara dilakukan untuk mengurangkan berat badan dan salah satu caranya adalah dengan menggunakan petua tradisional. Seperti perkongsian wanita ini yang berjaya menurunkan berat badan sehingga 12 kg sebulan.
Bukan sahaja berat badan hilang, petua yang digunakan juga boleh menyebabkan angin dalam badan keluar.
Dan paling menyeronokkan sekali perut yang boroi juga sudah hilang. Begitu juga dengan masalah sembelit turut boleh diselesaikan.
Cara yang dibuat cukup mudah, terjaminkebersihannya dan begitu menjimatkan.
Menurutnya tidak perlu beli poduk mahak kerana petua digunakan sangat berkesan. Minuman ini diamalkan minum pagi, petang dan selepas makan malam.
MEMANG BERKESAN! SAYA DAH TURUN 12KILO BULAN NI! TQ KPD YG MEMBERI RESEPI INI – YANA
Jom saya kongsikan sedikit tips untuk kurangkan berat badan
Angin-angin dalam tubuh terkeluar lepas minum jus ni. Lega weh
Yang paling best perut boroi dah tak de
Timbangan pun dah turun. syokkkk tauuu
Senang dan menjimatkan. Tak payah beli produk mahal2
Buat sendiri kebersihan terjamin.
Jom pakat-pakat amalkan. Semoga bermanfaat
Resepi di gambar yer
Tak faham nanti leh tanya tau
Sediakan bahan2 berikut
1-2 biji lemon (bergantung pada banyak mana kita nak buat)
Halia seketul ikut kesesuaian. Banyak pun takpe nanti angin lgi cepat keluar.. Haha
3-5 keping Asam
5-7 biji asam boi putih (bgntung pada masing2. Saya letak k asam boi sebab tak nak rasa msam asam keping tu banyak sangat. Nak seimbangkan rasa masam tuu)
Basuh bersih semua bahan tadi.. Toskan
Siap basuh dan potong bahan bahan tadi
Masukkan air sebanyak 5 cawan.. Rebuskan semua bahan2 tadi
Biorkan mendidih sehingga paras air surut mencecah 2-3 cawan
Kacau sebati. Tutup api
Biarkan sejuk suam2 gituuu.. Hihi
Jangan terus minum tau. Nanti melecur mulut susah pulak cari ubat lain.
Ok.. Bila dah sejuk leh lah simpan yang lebih dalam peti ais tau
Nanti nak minum keluarkan jer.. Biorkan habis suhu sejuk tu dulu baru leh terus minum..
Tadaaa
Dah buleh minum. Rasa sedap masam2 pedas gitu.
Masuk dalam mulut memang masam tapi masuk dalam perut terasa kehangatan nye tuu. Maklumlah ada halia kan..
Tak sampai 15 minit dah sedawwaa tau. Keluar sgala angin2 monsun dalam tubuh
Ingat. Jgn jauh dari tandas yer.. Nti nak membuang tau. Takut tak sempat. Hihihi
Amalkan minum pagi dan petang slps makan malam..
Memang terkeluarlah segala harta2 pusaka dalam tubuh tuu. Haha
Yang sembelit pun leh cuba.. Memang terbaikk
Selamat mencuba
Kredit: Lainatul Aisyah Via Petua Ibu
Cuba la!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Anak Kembar’ Bakal Jadi Pelengkap Keluarga, Wawa Zainal Berhasrat Lakukan IVF!
Usahawan kosmetik dan juga pelakon, Wawa Zainal memaklumkan bahawa dia teringin memiliki sepasang anak kembar, dan berhasrat untuk menjalani rawatan kesuburan serta menjalani prosedur Persenyawaan In-Vitro (IVF).
Memetik laporan Harian Metro, Wawa berkata sekiranya dia mempunyai rezeki melahirkan anak ‘kembar’, maka ia bakal menjadi pelengkap kepada impianya yang mahu mempunyai jumlah ahli keluarga besar.
Wawa Zainal Impikan Anak Kembar Dan Keluarga Besar!
“Saya memang inginkan keluarga besar dan jumlah yang ditetapkan ialah enam anak. Ia sesuatu yang amat saya impikan.
“Tapi bukanlah mudah nak mengandung, bersalin dan berpantang jaga anak. Banyak faktor yang kita kena tengok. Usia pun bukan lagi muda dan sekarang pun saya cepat penat,” katanya lapor Harian Metro.
Mengulas isu sama, jelas Wawa lagi, dia bercadang untuk hamil dalam tempoh masa empat tahun lagi setelah meneliti dan mengambil kira pelbagai faktor terutamanya kesihatan fizikal dan mental.
“Namun, insya-Allah tiga atau empat tahun lagi mungkin saya akan mengandung lagi dan nak anak kembar. Saya sedar ia berisiko tapi saya akan cuba,” ujarnya.
Artikel berkaitan: Berkorban Demi Anak, Wawa Aeril Mahu Hayla Sambung Legasi Perniagaan
Selain itu, wawa turut menzahirkan rasa syukur apabila rumahtangga dan perkahwinan yang dibina bersama suami tercinta, aktor kacak Aeril Zafrel semakin utuh walaupun telah memasuki tahun ke-12.
“Alhamdulillah, kami melayari rumah tangga dengan aman. Tiada isu yang buat kami sampai bergaduh teruk. Saya juga tak uruskan karier suami kerana nanti dikata ‘queen control’.
“Kami juga dah melalui fasa lima tahun dan 10 tahun perkahwinan. Sekarang kami memang dah jarang bergaduh. Kalau bergaduh pun setakat gaduh kecil dan kami tahu kendalikan,” katanya.
Tambah Wawa lagi, apa yang penting dalam melayari bahtera rumah tangga adalah sikap ‘tolak ansur’ yang menjadi pegangan antara satu sama lain.
Ini demikian kerana, sikap ini sedikit sebanyak membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan suami isteri, tanpa perlu meminta ‘buah fikiran’ mahupun melibatkan keluarga atau orang luar.
“Dalam rumah tangga kena bertolak ansur satu sama lain. Kami pun jarang rujuk masalah dengan sesiapa termasuk keluarga,” jelasnya.
Sumber: Harian Metro, Instagram Wawa Zainal & Aeril Zafril
Artikel berkaitan: Mahu Nampak Cantik, Wawa Zainal Tunaikan Hasrat Anak Pakai Gigi Palsu Di Usia 6 Tahun
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dayah Bakar Mengharapkan Rayanya Kali Ini Membawa Seribu Satu Momen Baru Sebagai isteri Meskipun Hubungan Jarak Jauh
Isi Kandungan
ToggleSentiasa bersemangat ketika mengacara dan tidak jemu mengukir senyuman, itulah Nur Hidayah Abu Bakar ataupun lebih dikenali sebagai Dayah Bakar. Bakal menyambut Syawal sebagai seorang isteri buat pertama kalinya, Dayah dan kakak sulung yang tercinta iaitu Nur Adelin (Lin) teruja berkongsi cerita buat pembaca Hijabista di lokasi yang indah iaitu di The Pearl, Kuala Lumpur mengenai memori raya mereka.
Walaupun teruja meraikan Syawal pertama sebagai seorang isteri, namun Dayah tetap tidak boleh melupakan memori rayanya sebagai anak bongsu apabila segala persiapannya pasti akan disediakan oleh kakak-kakaknya.
Akui Kak Lin, Dayah boleh sahaja duduk bersantai dan bermain lagi pada waktu kecil tatkala adik-beradik yang lain sedang sibuk membuat persiapan raya dek kerana posisinya sebagai anak bongsu.
Meskipun kini semua sudah berumah tangga, namun hubungan akrab itu tetap terjalin dengan cara berkumpul bersama di pagi raya selain mengadakan rumah terbuka pada setiap tahun. Untungnya, rumah mereka yang berdekatan memudahkan mereka untuk melakukan pelbagai aktiviti bersama.
Teruja Menyambut Raya Sebagai Seorang Isteri
Mengenai perkembangan Dayah yang terkini, ternyata sememangnya banyak yang telah dirancang dan akan dilaksanakan tidak lama lagi.
“Ketika ini, Dayah sedang giat mengacara bagi rancangan Borak Kopitiam untuk setiap minggu dan pada bulan puasa nanti pula, Dayah akan muncul dengan program terbaru iaitu Sembang Sahur. Ini memang istimewa kerana ia hanya disiarkan ketika bulan Ramadan sahaja.
“Dayah juga sedang sibuk menguruskan perniagaan Modesty by Dayah Bakar, istimewanya ia adalah rekaan Dayah sendiri dan pada tahun ini juga kita akan muncul dengan koleksi baru iaitu bawal bercorak.
“Dayah bukan buatnya dengan suka-suka tetapi setiap rekaan itu ada inspirasi dan certia bagaimana terhasilnya sesebuah rekaan itu. Selain itu, Dayah juga mengambil peluang sempena Raya dengan bakal mengeluarkan baju raya sendiri berkonsep batik dan istimewanya adalah ianya sangatlah terhad dan tak akan sama dengan orang lain dan Dayah sendiri yang memilih kain tersebut,” ujar anak bongsu ini.
Tak Sabar Ke Kampung Suami
Ketika ditanya bagaimana beliau mengimbangkan waktu di antara kerjaya dan keluarga, Dayah akui personaliti suaminya iaitu Kapten Hanif Hamidi yang begitu memahami memudahkan kehidupannya sehari-harian.
“Jujurnya, sebelum kahwin lagi dia sudah faham dan sentiasa memberi sokongan dalam setiap perkara yang dilakukan. Nak bahagikan waktu itu tidak susah asalkan masing-masing ada toleransi, kerja memang kerja tetapi tetaplah suami itu keutamaan. Kita kenalah bijaklah bahagikan antara dua perkara itu.
“Untuk raya kali ini, Dayah tak tahu apa untuk digambarkan kerana ini adalah raya pertama sebagai seorang isteri. Dayahlah yang kena pilih nak raya mana dulu. Mungkin kita akan ‘osom’ untuk raya di mana (ketawa). Ianya bukan satu isu. Persiapan baju raya pun belum difirkan lagi bagaimana.
“Dayah sebenarnya sangat teruja untuk ke kampung suami di Kuala Pilah kerana tak sabar mahu menikmati pengalaman di desa yang betul-betul rasa suasana kampung kerana selama ini Dayah beraya di Sg.Besi, Kuala Lumpur. Jadi, memang terujalah,” tambahnya lagi.
Gemarkan Masakan Ibu
Mengenai caranya meyambut Ramadan dan Aidilfitri, Dayah sememangnya gemarkan air tangan ibu dan jarang memilih makanan luar.
“Kalau waktu puasa, air soya wajib ada. Tak best kalau tiada. Begitu juga dengan tepung pelita. Boleh nangis kalau tiada. Tapi tidak elok makan tiap hari jadi Dayah cuba kurangkan. Dayah suka sekali masakan ibu Dayah macam nasi minyak bersama kurma ayah, ayam masak merah dan lain-lain lagi.
“Jika waktu raya pula wajib ada lemang bersama rendang ayam yang ada hati dan limpa dimasak pekat oleh ibu. Pergh! Itu memang favourite,” ujarnya yang teruja sekali sewaktu bercerita.
Dayah juga mengharapkan rayanya kali ini membawa seribu satu momen baru buatnya sebagai isteri.
“Ini kerana hubungan jarak jauh Dayah dan suami disebabkan kerjayanya, jadi tentulah Dayah berniat untuk masak buatnya setiap kali ada peluang apabila dia pulang. Walaupun mungkin hanya ikan goreng semata mungkin peluang itu hanya seminggu sekali tetapi saya berharap yang saya dapat menghidangkan masakan daripada air tangan sendiri untuknya.”
Menganggap hubungannya bersama kakak-kakaknya adalah sesuatu yang sangat istimewa, Dayah juga menganggap kakak-kakaknya sebagai teman karib yang tidak akan pernah hilang.
“Kakak tahu luar dan dalam diri kita. Merekalah orang yang boleh kita mengadu tanpa memberikan hukuman atau pandangan negatif terhadap diri. Dayah memang rapat dengan keluarga. Segala yang dilakukan adalah untuk keluarga. Jika ada masalah merekalah yang akan bantu. So, my sisters are my BFF, ujar Dayah dengan penuh terharu.
Jangan Pernah Mengalah
Ketika ditebak soalan bagaimana perjalannya dalam industri ini, Dayah akui ianya sememangnya bukan mudah dan ada cabaran tersendiri yang perlu dihadapi.
“Bukan mudah untuk Dayah tapi Dayah selalu fikir pasti ada orang yang lagi sukar jalannya. Cabaran untuk terus kekal relevan, bagaimana hendak jadi approachable. Tapi yang pasti, Dayah tak pernah berniat nak bersaing dengan orang lain, Cuma mahu menjadi versi diri yang lebih sahaja. It’s all about me.
“Pastinya Dayah pernah berhadapan dengan rejection, failure dan pengharapan tapi gagal. Jadi hos ini kena selalu pergi ujibakat macam kerja lain yang perlu menghadiri temuduga. Ada masa dapat, ada masa tidak. So, you must keep on going kerana ada jalan yang lebih sukar di hadapan. Bukan meminta, tapi haruslah bersedia,” jelas pelantun lagu Imamku ini.
Jika dilihat karakternya yang sangat bubbly dan ceria, ianya ternyata sama di realiti dan bukan dibuat-buat. Jelas Dayah ianya satu benda yang menarik apabila ramai orang yang berpendapat sedemikian.
“Dayah bersyukur bila orang kata begitu. Ia seumpama you will get what you see. Saya bukan buat ini untuk menghasilkan persona yang berbeza. Jadi, saya rasa seronok apabila orang dapat menghargai dan menerima diri saya yang sebenarnya,” ujarnya yang lahir pada bulan Ogos ini.
Ketika ditanya mengenai rutin kecantikan dan kesihatan, Dayah ternyata mempunyai pandangannya yang tersendiri mengenai hal ini.
“Ini isu yang penting sebab sekarang ini ramai wanita yang mempunyai inferiority complex termasuklah Dayah. Dayah bukannya rasa cantik dan sempurna sepanjng masa. Ada juga insecurity tersendiri. Sebenarnya, sangat penting untuk seseorang itu rasa yakin dan bagus tentang dirinya sendiri.
“Kalau rasa badan itu malas, pergilah bersenam. Dayah sendiri ada anjurkan aktiviti yang diberi nama ‘Fit Sis’. Dayah lakukan ini supaya mereka di luar sana rasa seronok untuk bersenam. Jangan fikir cantik itu hanya apabila flawless dan kurus sahaja. Yang peting hati itu haruslah cantik.
“Kalau cantik seperti model sekalipun, tapi hati itu sentiasa negatif, anda tak akan bahagia. Kesihatan itu nombor satu begitu juga dengan kecantikan dalaman. Melaluinya, anda boleh sebarkan kebahagiaan. Selain itu, makanlah secara sederhana. Jangan terlalu ekstrim. I love food! Tapi kita kenalah berpada-pada seperti mana ajaran Islam yang mementingkan keserdehanaan.”
Kak Alin Uruskan Semua Untuk Adik-adik
Sebagai kakak yang sulung, pastinya perwatakannya lebih matang kerana perlu bertanggungjawab terhadap hal ehwal adik-adiknya. Seperti Lin, beliau merindukan momen-momen rayanya sewaktu kecil apabila perlu menyiapkan keperluan adik beradiknya.
“Akak ada empat adik lagi di bawah, dua perempuan dan dua lelaki. Kak Ngah tidak dapat terlibat sekali dalam sesi fotografi ini kerana dia sedang dalam pantang. Dahulunya kita akan beraya sedondon. Ibu akan belikan kain baju kurung yang sedondon buat kita adik beradik perempuan. Sebagai sulung, kita haruslah menolong siapkan adik dan juga tolong di dapur.
“Sekarang ini, situasi pastinya berbeza apabila semua sudah berkahwin. Biasanya, akak akan raya di Kuala Lumpur dahulu dan selepas Zuhur barulah ke kampung suami di Kampar, Perak. Dulu sebelum kahwin kita pasti akan pulang ke kampung ayah atau ibu tetapi berbeza dengan keadaan masa kini,” tutur ibu kepada empat cahaya mata ini.
Ketika ditanya mengenai perwatakan Dayah, Lin akui sememangnya Dayah seorang anak yang manja dan ceria seperti mana yang dilihat di kaca televisyen.
“Dayahkan anak bongsu jadi dia memang manja. Sebenarnya, setiap adik beradik dalam keluarga kami melengkapkan satu sama lain. Ada yang pendiam, yang suka berlawak dan lain-lain lagi. Cuma kadang kala adalah juga orang kata ada persamaan sedikit di antara akak dan Dayah.
Jarang Bergaduh Sesama Sendiri
“Kami juga tiada sebab untuk bertelingkah waktu kecil kerana dia selalu dapat semuanya jadi sebagai kakak sulung memang selalulah akak mengalah. Kami adik beradik juga bertindak menjadi pelindung buatnya. Abang-abangnya pun tiada yang membulinya sebab terlalu sayangkan dia,” ujarnya juga yang menjadi jurusolek secara sambilan.
Hubungan akrab di antara adik-beradik ini juga sentiasa terjalin walaupun masing-masing kini sudah berumah tangga. Jelasnya, hubungan sisterhood ini sesuatu yang istimewa lebih daripada segala-galanya.
“Dulu masa kecil, Dayah relaks sahaja kerana dia ada dua orang kakak dan dua orang abang yang akan sediakan segalanya untuknya.
“Minat kami mungkin berbeza tetapi ada juga persamaannya seperti suka melancong. Hubungan ini istimewa kerana kita membesar dan keluar dari rahim yang sama. Jadi, kita kongsi segalanya dan tiada rahsia antara kita selain membantu antara satu sama lain. Kita ada untuknya sampailah bila-bila.
“Semua rancangan di televisyen kita akan tonton. Selalunya dia sudah pesan awal-awal pada kita supaya bersiap sedia di depan televisyen,” tambahnya lagi.
“Mengenai persiapan raya tahun ini, mungkin akak dan suami akan ulang pakai baju yang sedia ada. Persiapannya pasti lebih buat anak-anak. Kalau kuih-muih, akak lebih suka kuih ‘tunjuk’. Kita tunjuk je! Bukan apa, kerana masa yang tidak menginzinkan. Di samping itu, kita boleh juga membantu ekonomi negara dengan membeli daripada pengusaha-pengusaha kecil ini,”
“Jika waktu raya, juadah kegemaran akak ialah kuah kacang. Di rumah akak, ibulah yang akan masak macam-macam. Tetapi jika di kampung suami, akak yang akan masak dan semestinya hidangan wajib adalah laksa utara,” jelasnya lagi yang berkerja sebagai seorang penganalisis ini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Petua Untuk Memanfaatkan Face Oil Secara Maksimum Dengan Gabungan Produk Penjagaan Kulit Yang Lain
Isi Kandungan
ToggleMinyak wajah kini popular digunakan sebagai bahan penjagaan kulit kerana memberikan pelbagai faedah. Namun, dengan begitu banyak pilihan di pasaran, agak sukar untuk memilih minyak wajah yang sesuai untuk kulit anda.
Faedah minyak ini bukan sahaja boleh dimanfaatkan di wajah anda sahaja malah di bahagian anggota wajah anda juga. Berikut adalah manfaat minyak wajah yang anda boleh gunakan bersama produk penjagaan wajah yang lain.
1. Gunakan minyak wajah setelah menerapkan produk berasaskan air
Melabur dalam minyak wajah menambahkan satu lagi langkah untuk rutin kecantikan anda. Oleh itu, jika anda tertanya-tanya bila anda harus menggunakannya, disarankan untuk menggunakannya setelah menggunakan pelembap. Dengan cara ini, anda akan dapat meraih semua faedah yang dihasilkan oleh minyak muka anda.
2. Elakkan menggosok
Sekiranya anda menggosok minyak muka ke kulit wajah, anda sebenarnya merosakkan liang pori dan mengelakkan produk diserap dengan betul. Sebagai gantinya, tekan minyak muka dengan lembut ke wajah anda untuk hasil yang optimum.
3. Gabungan dua jenis minyak wajah
Anda boleh menggabungkan minyak wajah yang berbeza untuk faedah tambahan. Sebagai contoh, campurkan minyak pati pokok teh dengan minyak lavender. Yang pertama sangat berkesan untuk merawat jerawat sementara yang kedua mengurangkan penampilan bengkak di wajah anda.
4. Campurkan dengan pelembap
Sekiranya anda selalu dalam perjalanan, tidak mengapa mengabungkan minyak wajah anda dengan pelembap. Anda dapat menikmati peningkatan kekuatannya dan juga kulit yang bercahaya.
Petua: Sekiranya anda ingin mencapai kelembapan dan penghidratan tambahan, anda juga boleh mencampurkan minyak muka dengan foundation atau primer anda.
5. Sapukan beberapa titis
Sebilangan minyak muka mahal walaupun kandungannya sedikit. Namun, apa yang anda perlukan hanyalah beberapa titis untuk menuai pelbagai faedah yang diberikannya. Biasanya, anda perlu memohon antara tiga hingga enam titis minyak muka sekali sehari. Walau bagaimanapun, jika anda mempunyai kulit yang lebih kering daripada biasa, anda boleh menggunakan lebih sedikit.
6. Langkau Krim Mata
Langkau krim mata dan beralih ke minyak muka. Oleh kerana ia adalah produk kecantikan semula jadi dan organik, anda boleh menggunakannya di kawasan halus wajah anda, seperti bawah mata. Cukup titiskan setitis minyak di kawasan ini dan anda akan cepat terhidrat.
7. Hidrat bibir
Mempunyai bibir kering dan pecah-pecah? Jangan bimbang kerana anda juga boleh menggunakan minyak muka untuk menghidrat bibir dan seluruh wajah anda.
8. Cuba pada kening dan bulu mata
Cuba sapukan satu atau dua minyak pati pada kening dan bulu mata. Minyak argan, khususnya, dapat melembapkan dan merangsang pertumbuhan rambut di kawasan ini.
BACA JUGA ARTIKEL INI: Ramai Yang Tak Tahu Fungsi Face Oil Dan Ini Pilihan Terbaik Mengikut Jenis Kulit Anda. Rugi Tak Guna!
Minyak muka membawa banyak faedah untuk kulit anda. Walau bagaimanapun, penting untuk memilih yang sesuai untuk jenis kulit untuk mendapatkan faedah kecantikan yang terbaik sahaja.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI