Tahun lalu pelakon popular ini pernah mencetus kontroversi apabila tampil berhijab dan juga memegang Al-Quran. Baru-baru ini sekali lagi bintang Mean Girls itu mencetus viral apabila tampil dengan imej bertudung di acara London Modest Fashion Week (LMFW). Bukan sahaja bertudung, Lindsay Lohan juga berpakaian kemas dan menutup aurat. Kehadirannnya itu mencuri perhatian ramai sepanjang acara berlangsung. Salah satu yang sempat merakamkan kenangan bersama adalah pemilik jenama pakaian Aere , Raja Nadia Sabrina.
Menurut Raja Nadia, sepanjang di LMFW itu dia cukup teruja dapat bertemu dengan ramai individu hebat dan secara tidak langsung boleh menjalin kerjasama erat untuk masa depan. Rata-rata datang dari negara, latar belakang dan agama yang berbeza.
Walaupun berbeza, tetapi matlamat dan minat yang sama iaitu dalam bidang fesyen dan menurutnya ia adalah satu perkembangan yang sangat bagus. Dan tentu sekali beliau cukup teruja apabila dapat bertentang mata dengan pelakon yang mengundang kontroversi Lindsay Lohan.
Dalam tulisan di blognya, www.RNadia.com berkata saat bertemu waktu itu terus terbayang filem Parent Trap lakonan pelakon itu dalam kepalanya. Malah sebenarnya filem itu yang sering diulang tayang ketika dirinya masih kecil. Jadi sememangnya beliau begitu menyukai Lindsay Lohan.
Bertemu Lindsay selepas petunjukan fesyen dari jenama Aere di belakang pentas dan pertemua sekejap itu memberi makna cukup mendalam. Raja Nadia Sabrina sempat menyerahkan goodies bag dan berharap pelakon itu akan menyukainya.
Daripada pertemuan itu juga Raja Nadia Sabrina dapat tahu pelakon itu sudah hampir 3 tahun tinggal di Dubai dan lebih mengejutkan Lindsay Lohan juga turut memakai halal kosmetik pada hari berkenaan. Pemilik jenama Aere ini juga turut berharap akan dapat bertemu Lindsay Lohan lagi satu hari nanti.
Dalam majlis itu Lindsay Lohan tampil dengan busana serba hitam lengkap mengenakan hijab dari designer Indonesia, Jenahara. Sebelum itu. Lindsay diberi beberapa pilihan hijab dan pelakon itu kemudiannya memilih scarf hitam satin maxmara dari koleksi Jenahara Scarf – Plain Editon. Koleksi anggun dan mewah ini memang sangat sesuai digayakan untuk majlis formal.
Menurut Sinar Harian Online, sebelum ke majlis berkenaan, Lindsay Lohan juga sempat membuat video live di instagramnya menunjukkan dia sedang belajar memakai tudung dengan betul dengan hijabi dari Indonesia, Tika Mulya yang merupakan Liaison Officer untuk Lindsay Lohan.
Bukan itu sahaja, dalam video berkenaan artis ini juga turut meluahkan hasratnya yang ingin memakai tudung secara tradisional.
Beberapa selebriti tempatan yang hadir ke majlis berkenaan juga tidak lepaskan peluang bergambar kenangan. Antaranya Datin Norjuma dan Lindsay Lohan begitu ‘sporting’ melayan tetamu yang mendekatinya.
Sebelum ini memang kecoh mengatakan Lindsay Lohan yang telah memeluk agama Islam, tetapi sehingga kini tiada siapa yang dapat mengesahkan status sebenar agamanya.
Apa pun, admin doakan Lindsay akan dibukakan hati untuk terus mendalami Islam. Dia juga sebenarnya cukup cantik dan begitu jelita mengenakan hijab dan berpakaian sopan.