Isi Kandungan
ToggleBertuahnya Norman Hakim dan Abby Abadi dikurniakan anak-anak yang bukan sahaja bijak, tetapi juga terpuji sikapnya dan cantik. Jika anak sulungnya, Mohamed Danish Hakim sedang belajar di Turki dan dua anak daranya pula belajar di Maahad Tahfiz di Negeri Sembilan. Dan yang paling mencuri tumpuan netizen pastinya anak kedua pasangan ini, Marissa Dania Hakim.
Senyumannya memang cukup menawan dan gaya santun cukup memikat hati. Tidak hairanlah sebelum ini ramai juga netizen yang berkenan untuk menjadi Imam kepada Marissa Dania.
Baru-baru ini, anak gadis berusia 12 tahun ini menggembirakan ibu bapanya apabila menamatkan pengajian Hafazan dan diraikan dalam satu Majlis Konvokesyen Al-Quran, Hadith dan Turath As-Sofa ke 6.
Jom kita lihat beberapa foto menarik #OOTD Marissa Dania Hakim. Dia yang mempunyai follower ramai ini juga turut gemar berOOTD dalam gaya santun dan manis.
#1. s.zulaikazulkifli You are beautiful
#2. kimirul_ masyaAllah sistur, you are so cute
#3. kimikylez Cutee
#4. izrf._ ya Allah cantiknyer dia
#5. nurulain1323 Comeyy yee
#6. __hxikxl_ Sungguh cantik ciptaan allah….
#7. _.a4fa._ Cutenya awk
#8. nsyhftn_ pretty much 🙂
#9. syamilzainal_ Alahai comelnya
#10. zarazua0206 salam cantik sgt..
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kuat Berpeluh Terutama Sekali Para Hijabi? Ini 7 Cara Untuk Atasinya.
Isi Kandungan
ToggleCuaca di Malaysia sudah semestinya tidak menentu. Sekajap hujan dan sekejap panas. Selalunya apabila cuaca panas semestinya anda akan berpeluh. Buat yang kuat berpeluh, perkara ini agak memalukan bukan? Para hijabi pasti malu bila dah pakai tudung tapi duduk dekat berbau busuk pula. Jadi anda tahu tak ada cara untuk atasinya?
Semestinya kita akan berasa malu apabila berpeluh kerana orang lain pasti akan berkata tentang bau badan kita. Berpeluh pasti akan menyebabkan kita mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan. Selain dari badan, kaki juga peranan utama yang menyebabkan peluh akan berbau busuk. Selain itu, buat para hijabi pasti sukar kalau jenis yang berpeluh. Jadi ini adalah cara untuk mengatasi atau mengurangkan masalah peluh buat mereka yang mudah berpeluh:
1. Memakai ubat ketiak ‘higher strength’ atau ‘Anti-perspirants’
Jenis ubat ketiak atau deodarant ‘anti-respirant dan ‘higher strength’ boleh membantu dan menghalang proses berpeluh di kawasan yang senang berbau iaitu ketiak. Sebagai seorang hijabi kita tidak mahu orang mengatakan bahawa kita tidak tahu untuk menjaga bau badan. Bukan hijab sahaja nak cantik ya, ketiak juga.
2. Pengunaan deodarant waktu malam
Mesti anda pelik kerana selalunya deodarant digunakan waktu siang sahaja akan tetapi, anda juga boleh menggunakannya pada waktu malam juga. Menurut pakar, profesor Dermatology dari universiti St. Louis, apabila seseorang itu memakai deodarant pada waktu malam boleh membantu kandungan aktif pada deodaran untuk meresap dengan lebih cepat pada kawasan yang cepat berpeluh dan menghalang peluh berlaku dengan banyak.
Artikel Berkaitan: Kekalkan Kesegaran Dengan Penjagaan Kulit Badan Sempurna Untuk Hijabi Yang Aktif
3. Memilih baju fabrik kapas
Disarankan supaya memakai baju dari fabrik kapas (cotton) apabila anda ingin keluar. Sifat asal fabrik kapas adalah ‘breathable‘, iaitu boleh bantu menyerap peluh dan ianya tidak panas. Fabrik kapas juga sangat sesuai dengan cuaca di Malaysia, terutama sekali bagi individu yang mudah berpeluh.
Para hijabi, jangan memilih material yang panas hanya sebab nak nampak cantik. Ya cantik itu pasti tapi nanti berpeluh anda akan rimas dan berbau. Cuba menggunakan gaya yang ringkas apabila berhijab dan kurangkan bilangan lilitan kerana untuk elak bau yang tidak enak di bahagian kepala anda!
4. Kerap tukar stokin
Buat anda yang kerap peluh terutama sekali pada kaki, anda digalakkan untuk kerap menukar stokin agar kaki sentiasa dalam keadaan kering.
Salah satu tips lain adalah, pastikan anda menjemur kasut anda sekejap selepas digunakan. Selain itu, anda juga boleh membeli 2 kasut supaya anda lebih kerap menukar kasut dan memberi pengudaraan kasut.
5. Elak makanan pedas
Makan-makanan pedas semestinya akan membuatkan anda lebih berpeluh. Selain itu, jika anda seorang yang suka atau kerap makan makanan yang kuat bau seperti petai dan bawang, ia juga boleh menyebabkan bau badan anda.
Elak makan pedas terutama sekali apabila anda makan di luar atau di tempat yang panas!
6. Latih tangani stres!
Stres juga boleh menyebabkan anda cepat berpeluh. Semakin stres semakin berpeluh anda. Belajarlah untuk menenangkan diri dan menarik nafas panjang agar lebih tenang dan tidak menyebabkan peluh yang banyak.
7. Menggunakan sabun mandi Antibakteria
Sabun mandi antibakteria dapat membantu menghapuskan bakteria yang boleh menyebabkan bau badan anda. Lebih baik jika anda dapat mandi dengan lebih kerap supaya badan lebih segar dan selesa.
Selain itu, seminggu sekali anda boleh menggunakan skrub badan untuk membersihkan semua kotoran dan daki yang terlekat pada badan.
Artikel Berkaitan: Risau Dengan Masalah Bau Badan, Gadis Ini ‘Share’ Produk ‘Drugstore’ Bagi Atasinya!
Lebih konfiden!
Tampil lebih yakin dan konfiden apabila badan tidak berbau. Imej sangat penting terutama sekali apabila ingin berhadapan dengan orang. Buat para hijabi, penjagaan bau badan sangat penting kerana itu boleh menghapuskan pemikiran kolot sesetengah orang para hijabi tidak pandai menjaga bau badan.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tip memilih Kaca Mata Mengikut Bentuk Wajah Hijabi, Barulah Penampilan On Point !
Jika mahu memilih kaca mata tidak boleh sebarangan, lagi-lagi untuk hijabi. Kalau tidak sesuai dengan wajah, penampilan anda akan jadi pelik. Lebih-lebih lagi berhijab, banyak yang perlu dititikberatkan supaya cantik dan on point bila dipandang.
Oleh kerana apabila kita memakai hijab boleh mengubah bentuk wajah, jadi secara automatik kaca mata yang dipilih harus disesuaikan dengan betul. Kaca mata ialah aksesori yang akan tampak jelas di wajah, malah memberi efek yang berbeza terhadap imej si pemakai. Untuk itu, anda wajib tahu apa tip memilih kaca mata mengikut bentuk wajah, sesuai dengan hijabi seperti anda.
Tip yang pertama
Kenal pasti wajah anda, sama ada berbentuk bujur, petak, hati, segitiga ataupun bulat. Ini kerana setiap bentuk muka memerlukan frame atau bingkai kaca mata yang berbeza.
Tip yang kedua
Selepas sudah mengenal pasti bentuk wajah anda, sekarang anda boleh sesuaikan mengikut frame dan bingkai kaca mata seperti di bawah:
- Wajah bentuk bulat: Selalunya berpipi ‘chubby’, oleh itu anda perlu memilih bingkai yang berbentuk bersegi panjang dengan sudut yang tajam
- Wajah bentuk bujur: Mereka yang berwajah bujur atau ‘oval’ bebas untuk memilih bentuk frame apa saja, anda sangat bertuah jika memiliki bentuk wajah bujur!
- Wajah bentuk petak: Mereka yang berwajah petak sesuai memilih frame berbentuk oval, bulat dengan tepi melengkung, atau bersegi panjang
- Wajah berbentuk Hati: Mereka yang mempunyai wajah berbentuk hati lebih sesuai memilih bingkai berbentuk cat eyes,yaitu bingkai yang lebar di bahagian atas dan menyempit di bahagian bawah, dan berdiameter tebal
- Wajah berbentuk Segitiga: Mereka yang berwajah segi tiga boleh memililih kaca mata yang memiliki sudut melengkung atau oval.
Selepas anda praktikkan tip ini, pasti penampilan anda berkaca mata lebih wow dan menarik perhatian siapa sahaja yang memandang !
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dari Gerai Tepi Jalan Dan Van ‘Usang’, Kini Kafe ‘Hipster’ Hasil Renovasi Dua Hijabi Cetus Inspirasi!
Isi Kandungan
ToggleKalau tak dipecahkan ruyung, masakan dapat sagunya. Begitulah perumpamaan yang tepat bagi meraikan kejayaan dua gadis hijabi, Nor Fazrina Fazrin Hassan dan Iffah Irdina yang telah bertungkus lumus menguruskan perniagaan ‘Pulut & Kopi’ selama satu tahun.
Kedua hijabi ini memulakan langkahnya dengan ditemani sebuah van usang bersama sekaki payung comel berwarna putih, ditepi jalan di sekitar Kajang yang menjual makanan tradisi melayu iaitu secangkir kopi Arin dan Pulut Kuning Tradisi aneka lauk.
Cukup Setahun Meniaga, Rezeki Buka Kafe ‘Hipster’ Sendiri!
Hasil kegigihan dan titik peluh dua wanita muda ini yang tidak pernah mengalah dan berputus asa menghadapi cabaran, membuatkan perniagaan mereka berkembang pesat dan mengaut keuntungan di luar jangkaan.
Malah, Genap setahun mengusahakan perniagaan Pulut & Kopi, pasangan hijabi ini telah dikurniakan rezeki tak terjangka dari Allah iaitu mereka berjaya membuka kafe mereka sendiri, berbekalkan keuntungan perniagaan yang dikumpul sepanjang tempoh itu.
Terdahulu, kisah Pulut & Kopi ini tular dilaman sosial berikutan keunikan gerai jalanan mereka yang berkonsepkan ‘old school’ hingga berjaya meraih perhatian sekaligus menjadi sorotan ramai.
Memetik laporan sebuah portal infortainment, dua usahawan muda berjaya ini, Nor Fazrina Fazrin, 28, atau Arin berkata, dia dan juga rakan kongsi perniagaan yang merupakan sahabat karibnya sendiri, Iffah Irdina tidak pernah menjangkakan semua ini.
Artikel berkaitan: Lakukan Aktiviti Sunnah Bersama Adik, Heliza Helmi Cetus Inspirasi Hingga Netizen Kagum!
Jelasnya lagi, tidak pernah terlintas di fikirannya bahawa satu hari, gerai tepi jalan yang diusahakan mereka bakal menjangkau ke tahap lebih tinggi, apatah lagi hingga berjaya memiliki kafe sendiri dalam tempoh singkat satu tahun.
“Masa mula-mula buka kafe Pulut & Kopi, sejujurnya terlintas juga perasaan takut dan bimbang di kepala saya dan Iffah. Sebab sebelum ini tak terfikir berjaya ada kafe.
“Bila dah ada kafe, semestinya komitmen pun bertambah. Memanglah orang kata, senang berniaga tepi jalan sebab tak payah bayar apa-apa komitmen. Tapi sampai bila nak berniaga tepi jalan?
“Jadi, berbekalkan keberanian, kami mencuba. Adat berniaga, turun naik mesti ada tapi apa yang kami buat adalah cuba untuk kekalkan kualiti dan rasa seperti sebelum ini,” ujarnya.
‘Renovate’ Sendiri Cafe Tanpa Khidmat Kontraktor
Apa yang lebih menarik perhatian Hijabista adalah apabila Arin memaklumkan, mereka langsung tidak mengambil khidmat kontraktor bagi tujuan merenovasi kafe mereka, sebaliknya ia adalah hasil usahasama mereka berdua dengan bantuan dua lagi rakan lelaki.
“Dari bancuh simen, ikat bata hinggalah dekorasi, semuanya kudrat kami berempat. Sejujurnya, kami tidak mengambil sebarang loan untuk renovasi.
“Guna keuntungan dari rolling gerai saja. Jadi konsep kafe ini simple dan minimalis,” kongsinya.
Bagaimanapun, mengulas berkenaan perubahan menu kafenya itu, Arin menjelaskan bahawa mereka masih mempertaruhkan menu ‘signature’ iaitu kopi dan pulut kuning.
Cuma terdapat penambahbaikan menu kafe yang memperkenalkan menu baharu bertemakan makanan tradisi Melayu.
“Untuk menu makanan, kami tambah lempeng dan nasi impit untuk dipadankan dengan rendang ayam, rendang daging atau sambal ikan bilis petai. Ada juga kuah kacang. Dan terbaharu ada kek sarang semut dan roti kukus. Semuanya menu Melayu, tiada menu masakan barat.
Sejak beroperasi di kafe pada Mac tahun lalu, Arin menzahirkan setinggi-tinggi kesyukuran kerana sambutan menggalakkan yang diterima dalam tempoh kira-kira 10 bulan itu.
“Orang ramai yang mula-mula sokong sejak Pulut & Kopi bermula di rumah dan di gerai tepi jalan, masih terus menyokong sehingga ada kafe.
“Tak kurang juga, ada yang beritahu datang dari jauh selepas tahu dari media sosial.
Semua inilah yang membuatkan Pulut & Kopi sentiasa bersemangat waja untuk kekal berdiri megah meskipun terpaksa bersaing sengit dengan kafe-kafe hipster lain, yang wujud ibarat cendawan tumbuh selepas hujan.
Sebagai rekod, Kafe Pulut & Kopi terletak di Bandar Teknologi Kajang, kira-kira 300 meter dari lokasi tapak gerai sebelum ini. Ia beroperasi setiap hari kecuali Jumaat, bermula 9.00 pagi hingga 7.00 petang.
Sumber: Mstar
Artikel berkaitan: Menginspirasikan! Pelajar Perubatan Cemerlang Ini Berjaya Khatam Hafazan 30 Juzuk Al-Quran
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI