Figura ini mula dikenali ramai, menerusi drama-drama bersiri di kaca tv, Anna Jobling salah seorang bekas pencarian Dewi Remaja 2018, mula menempah nama di persada seni dari seorang model dan kini seorang pelakon.
Baru-baru ini Anna Jobling tercalon antara gadis tercantik dunia 2022, ini telah menarik perhatian ramai apatah lagi pengasas Mutyara. Tya, 28, atau nama sebenarnya Nurtria Wulandari berkata, pemilihan pelakon drama Melur Untuk Firdaus itu tepat selain mewakili wanita bekerjaya.
“Anna Jobling ialah simbol wanita yang melakukan banyak aktiviti harian.”
Figura yang memiliki wajah yang cantik dan susuk tubuh menarik meskipun sudah mempunyai dua cahaya mata, kongsi dia melihat Anna mempunyai satu kelainan yang lain dari lain malah luahnya lagi cantik dan kekal bertenaga menjalani aktiviti seharian adalah kriteria yang dicari sebagai jurucakap jenama ini.
Anna Jobling duta Jamu Mutyara, perfect!
Seri wajah yagn dipamerkan dan kekal bertenaga, Anna Jobling pemilihan adalah sempurna. Demikian kata pengasas produk jamu Mutyara yang juga penyanyi dan pelakon, Tya Arifin apabila memilih pelakon Anna Jobling sebagai duta produk itu yang diumumkan baru-baru ini.
“Anna adalah wanita dan figura tepat untuk menjadi duta baru Mutyara kerana dia mencerminkan seorang wanita yang mempunyai banyak aktiviti dan memerlukan ‘energy booster’ atau tenaga tambahan harian iaitu jamu Mutyara,” katanya. Dalam masa sama, Tya yang juga isteri kepada usahawan terkenal Asyraf Khalid menyifatkan Anna seorang yang mudah bekerjasama.
Dedah rahsia kekal berseri dan bertenaga
“Sekarang ini saya nampak Anna seperti saya sewaktu di Indonesia dulu. Dia bekerja dari pagi hingga ke pagi esoknya dan memerlukan banyak tenaga. Sebab itulah saya pilih dia dan Anna akan mewakilkan seorang wanita yang bekerjaya dalam masa sama dia memerlukan tenaga. Kerana kalau Anna atau orang lain di luar sana itu tak ada tenaga, mereka tak akan boleh sampaikan dengan baik apa saja kerja yang dibuat.
Khasiat pemakanan jamu dalam rutin harian tidak boleh disangkal lagi. Jika dahulu ianya dimakan ketika dalam tempoh berpantang, namun produk dari mutyara memberi persepsi baru, bahawa jamu boleh sahaja dimakan atau diminum bila-bila sahaja tidak kira peringkat umur.
Dedah duta baharu Mutyara, dia sendiri gemar meminum jamu ini, terbukti ianya bukan seperti rasa jamu zaman dahulu.
“Anna juga wanita yang akan melebarkan khasiat jamu ini dan membuktikan bahawa ia tidak pahit. Untuk wanita di luar sana yang mungkin takut nak minum jamu, Anna sudah buktikan yang ia tidak pahit. Jadi orang akan lebih percaya jamu ini tak pahit seperti yang orang dakwa sebelum ini.
Tya mengharap dengan pelantikan Anna sebagai duta Mutyara yang sekian lama tak ada duta, boleh melebarkan lagi kesan pengambilan jamu ini. Bahawa khasiat jamu ini boleh membantu wanita yang lemah, letih dan lesu supaya mereka boleh dapatkan tenaga tambahan. Sementara itu, Anna, 22, atau nama sebenarnya Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman berbagga menjadi sebahagian keluarga baru jamu Mutyara.
“Selama lima tahun jamu Mutyara sudah membantu wanita mendapatkan tenaga lebih setiap hari dan juga membantu dari segi dalaman.
“Dengan formulasi baru jamu ini, sudah pasti akan memberikan lebih banyak khasiat kepada kita. la bebas gula, lebih sihat dan bertenaga,” katanya. Menariknya lagi tawaran untuk anda yang ingin merasa jamu ini, boleh layari laman rasmi Mutyara.
https://youtu.be/HwVUooOKPLU
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI