Jika melhat penampilan Rozita Che Wan atau Che Ta yang kekal cantik dan langsing ramai yang inigin tahu apa caranya. Walaupun usianya sudah mencecah 45 tahun, tetapi pelakon yang juga merupakan ibu kepada tiga cahayamata ini tak pernah nampak tak cantik. Selain dari minum air masak selepas sejam makan, apa agaknya rahsia Che Ta mengekalkan kejelitaan, kesihatan serta kebahagiaan setelah hampir empat tahun berumah tangga.
Menurut Che Ta, dia memang menjaga kecantikannya walaupun ketika di dalam rumah. Dia tidak mahu hanya cantik ketika di luar sahaja, tetapi mahu suaminya tetap memanggil dirinya seperti bidadari sebaik bangun dari tidur.
Bukan itu sahaja, sejak dulu dia memang sudah terbiasa menjaga kecantikan dengan penampilan menarik. Jadi tidak ada masalah untuknya kekal menarik walau dalam apa juga situasi.
Tida dinafikan dia antara artis yang rajin berselfie tidak kira walau di mana berada. Malah jika bercuti dalam atau luar negara, kita akan disajikan dengan OOTD yang berlainan setiap hari.
Menurut Che Ta, dia mengambil masa sehari suntuk untuk mem’packing’ baju jika mahu bercuti. Sebagai ibu dia bukan hanya menyiapkan untuk dirinya seorang, tetapi juga untuk anak-anaknya termasuk yang dewasa.
Walaupun sibuk dengan aktiviti, pelakon bermata cantik ini sesekali tidak melupakan tanggungjawab sebagai ibu. Dia akan pastikan dapat meluangkan masa bersama mereka untuk bercerita dengan anak-anak.
Pelakon tinggi lampai ini juga tidak memikirkan untuk menimang cahayamata lain setakat ini dan cukup hanya tiga orang. Ini kerana dia akan lebih fokus dan ada masa melihat tumbesaran masing-masing.
Menurutnya ketika mereka besar inilah masa sesuai menjadi kawan untuk anak-anaknya. Ini kerana jika sudah berkahwin nanti pasti mereka hanya akan bercerita soal apa sahaja dengan pasangan masing-masing
Artikel Berkaitan: Umrah Che Ta Cipta Kelainan, Berdakwah Di Media Sosial
Jika bercerita soal Che Ta pasti tidak akan lari dari topik mengenai anak bongsunya Aaisyah Dhia Ranaa yang bukan saja comel tetapi juga petah bercakap
. Malah Aaisyah sering jadi perhatian netizen kerana gemar sekali meniru aksi orang dewasa terutama ibunya sendiri dalam soal bermekap dan melawa.Mengakui dia jarang berkongsi video melakukan aktiviti bersama Aaisyah tetapi tidak bermakna dia tidak meluangkan masa dengan anak bongsunya itu. Tetapi menurut Che Ta dia tak sempat nak merakam aktiviti kerana ketika bersama, dia tidak memegang telefon disebabkan mahu memberi perhatian dan fokus pada Aaisyah.
Che Ta juga turut membiasakan anaknya itu bergaul dengan orang ramai termasuk rakan-rakan Che Ta sendiri. Ini menyebabkan Aaisyah tidak takut dengan orang dan dia juga turut memberi pendedahan dan peluang kepada Aaisyah untuk bereksplorasi dengan persekitarannya.
Menurut Che Ta lagi walaupun begitu, dia tetap mengutamakan soal agama apabila memanggil ustazah untuk datang mengajar mengaji. Aaisyah juga menurutnya telah dihantar ke sekolah tadika bahasa Mandarin dan kini selain bahasa Melayu dan Inggeris, anaknya juga sibuk bercakap bahasa Cina.
Bertemu ketika pelancaran produk kecantikan Nell Aesthetica, Che Ta mengakui agak cerewet dengan pemilihan produk untuk menjadi dutanya. Mengambil masa agak lama sebelum mengambil keputusan untuk bersetuju bergelar duta produk ini selama setahun.
Dia turut melahirkan rasa bersyukur kerana kerjaya seninya tetap aktif dan terbaru turut dilantik menjadi Ikon Kedah. Dia diantik bersama Janna Nick dan akan turun ke Kedah dalam mempromosikan negeri itu hanya tiga kali setahun. Selain itu Che Ta juga turut bekerjasama dengan satu pemaju perumahan.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM ROZITA CHE WAN