Kian mendapat tempat di hati pengguna baik lelaki dan wanita, Erna Elliyana Rosli,33, pengasas Kamya Glow yang pernah menerima anugerah The Brandlaureate-Bumiputera Best Brand Award bagi kategori Health And Beauty rupanya sebelum ini pernah terlibat dalam bidang seni sebelum memberi fokus penuh terhadap dunia perniagaan.
Seronok hasilkan produk namun hati belum tertutup…
Sebagai seorang usahawan yang berjaya, dalam bidang perniagaan yang sentiasa memastikan produk berkualiti bersama manfaat baik yang terkandung di dalamnya. Meski sudah pun mempunyai beberapa cabang perniagaan lain sejak 2015, namun Erna akui hatinya masih belum tertutup untuk kembali memeriahkan bidang nyanyian dan lakonan. Bagaimanapun Erna berkata, sekiranya punya ruang masa untuk kembali aktif, penglibatannya dalam dunia hiburan tidaklah serius, sebaliknya hanya untuk projek istimewa.
Erna sebelum ini aktif menyanyi selepas menyertai sebuah pertandingan nyanyian dan muncul dengan beberapa single selain berlakon.
“Saya bersama suami, Syed Mahadzir Fadaak mulai menceburkan diri dalam bisnes sejak 2015 lagi. Sejak itulah kami beri komitmen penuh terhadap apa yang dilakukan sekarang. Memang masih minat menyanyi, cuma sampai satu tahap, saya merasakan adakah ini yang saya mahu.
Lalui cabaran berniaga bersama
Erna ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka Alpha Raya di The Marquee @ Puteh Subang, berkongsi segala cabaran dan kerjayaan bukanlah dihadapi berseorangan malah sokongan kumpulan dan suami buat dia lebih komited dalam perniagaan kecantikan ini.
Ads
“Tempuhi cabaran demi cabaran, akhirnya saya kongsikan hasrat kepada suami untuk terus komited fokus dalam bisnes. Ramai yang bertanya mengenai perkara ini sebenarnya. Jadi itulah jawapan. Saya percaya dengan aturan dan rezeki Allah SWT.
“Kalau buat lagu sekali pun selepas ini, ia hanyalah untuk penuhi minat. Tidaklah untuk meletakkan harapan sebagaimana sebelum ini. Begitu juga dengan lakonan meski ada di antara ahli keluarga pun terlibat secara langsung dalam dunia hiburan,” katanya.
Majlis rumah terbuka ini bersempena dengan ulang tahun pertama Kamya Glow yang turut disokong oleh Alpha Capital Berhad. Ia turut diserikan dengan persembahan oleh Ayu Damit, Datin Alyah dan Ziana Zain.
Ads
Imbas balik perjalanan..
Daripada awal sehingga sekarang, rupanya sudah banyak yang dilakukan dalam usaha memperkenalkan jenama ini. Erna bersyukur, puas hati dan berbangga dengan pencapaiannya. Ujarnya apabila menonton video ulang tahun pertama perjalanan Kamya Glow.
“Kalau nak diikutkan, Kamya Glow masih lagi ‘bertatih’ dalam industri lingkungannya, akan tetapi kami tidak bersaing dengan produk kesihatan dan gaya hidup sedia ada. Sebaliknya, saingan kami adalah diri sendiri. Kami hanya mahukan yang terbaik dari semasa ke semasa. Sebab saya percaya, siapa yang laju dialah yang akan maju.
“Malah, penerimaannya di kalangan pengguna yang kami gelar sebagai KamyaLovers juga positif. Setiap hari, ada sahaja maklum balas yang diterima sama ada menerusi telegram atau di media sosial,” katanya.
Ads
Malah, Erna pada masa sama optimis meneruskan legasi Kamya Glow menerusi beberapa projek terbaharu meski pada peringkat awal pelancaran, mereka berdepan kekangan susulan penularan Covid-19.
“InsyaAllah dalam beberapa bulan yang akan datang, kami akan mengeluarkannya dalam bentuk tablet dan kolaborasi bersama dalam kosmetik serta penjagaan rambut. Usaha ini dilakukan bagi memperkukuh seterusnya memperkenalkan jenama ini kepada lebih ramai pengguna di luar sana.
“Jujurnya saya tidak nafikan risiko mengeluarkan jenama ketika negara berdepan fasa pandemik bukan mudah. Mahu tidak mahu, kami kena teruskan pelancarannya. Jadi formula promosi lain perlu difikirkan.
“Kami banyak lakukan strategi menerusi media sosial bersama Remy Ishak (bekas duta) ketika itu dan terbaru Datin Alyah serta beberapa wajah wakilan lain. Saya faham bila jual produk, kita tidak boleh bergantung kepada dalam talian sahaja. Perlu berjumpa dengan pengguna dan sebagainya.
“Tapi itulah cabarannya pada waktu itu. Kalau tidak belajar susah, bagaimana nak berjaya. Banyak yang kami pelajari, apa yang perlu ditambah baik. Penghargaan juga saya dedikasikan kepada ‘team’ Kamya Glow. Syukur sekarang semuanya kian baik,” katanya lagi.
https://youtu.be/HioBxAQaWRU
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Nabil Ahmad bersyukur kerana diberi peluang untuk meneruskan ibadah puasa pada Ramadan tahun ini, dan beliau bercadang mengerjakan umrah pada 10 malam terakhir bulan tersebut.
Nabil akan ke tanah suci, Makkah, bersama isterinya Nazirah Ayub pada 12 April. Dia mahu berehat dan mencari kekuatan.
Menurut Gempak, Nabil sangat gembira kerana dapat bertemu lagi di bulan Ramadan. Sebab tu beliau habiskan semua shooting sebelum puasa.
“Sepanjang puasa ini saya nak berehat dan tenang. InshaAllah, 10 malam terakhir saya akan menunaikan umrah sekali lagi. Saya akan bertolak ke tanah suci pada hari esok’
“Tapi saya akan pergi bersama isteri sahaja. Anak-anak tinggal di rumah sebab masih bersekolah,” katanya kepada gempak
Nabil berkata bahawa dia akan pergi menunaikan umrah pada sepuluh malam terakhir Ramadan sejak tahun 2015.
“Ikutkan saya dari 2015, setiap 10 malam akhir bulan Ramadan akan tunai umrah…Alhamdulillah cuma tak dapat masa PKP saja. Tahun lepas pun saya dapat tunai umrah.
“Tapi tahun lepas saya beraya atas kapal terbang sebabkan raya mengejut. Pertama kali saya dapat pergi umrah pun pada 10 malam terakhir Ramadan.
“Lain macam perasaan, seronok, ketenangan.. Walaupun berkumpul berjuta-juta orang dalam masjid itu. Jadi setiap tahun ketagih nak dapat rasa benda itu balik.
“Bagi saya, bukan saja dapat buat umrah tapi sama seperti nak ‘healing juga la.” – Nabil Ahmad
Sekadar info, Nabil berkahwin dengan Nazirah Ayub pada 30 September 2011. Mereka mempunyai tiga anak perempuan: Nayla Mikayla , Leyla Medyna , dan Mishall Imani.
Sumber : Gempak
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
AIR TANGAN ORANG YANG TIDAK SOLAT. Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar, malahan orang yang tidak solat lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa a.s.
Kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), “Kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam.” Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam.
Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barang siapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu. Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya.
Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam. Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu. Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi.
Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi.
Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu atau isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dan sebagainya. Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak tergamak kan?
Tapi lain pula halnya dengan kita hari ni. Pagi petang, mamak. Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia. Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik. Hati- hati dengan apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra’ Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril a.s.
Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), “As-solah as Solah wa amalakat aimanukum”. Maksudnya, “Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu..”
Ambillah pengajaran dari kisah ini untuk ahli keluarga kita bersama. Moga kita terhindar daripada melakukan perkara yang dimurkai Allah SWT.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini viral di media sosial apabila beberapa orang remaja Muslim mempermainkan dan mempersendakan nama Allah secara terbuka di akaun twitter masing-masing. Mungkin bagi sesetengah orang mereka berpendapat itu hanya gurauan biasa dan menunjukkan minda terbuka namun sebenarnya sangat berat hukumannya di sisi Tuhan. Ikuti penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri menerusi akaun twitternya.
Hukumnya jatuh haram sekaligus berdosa besar.
Patutkah kita mempermainkan nama Allah serta ayat-ayatNya?
Jangan persendakan hukum Tuhan hanya kerana ingin berseronok kerana ia membawa kepada kekufuran.
Selepas ini bolehlah kita muhasabah diri kita kembali kerana mungkin kita pernah terlanjur bergurau tanpa disedari. Oleh itu, sentiasa jagalah percakapan kita dan hanya ucapkan yang baik-baik sahaja. Sesungguhnya yang menjadi keutamaan dalam setiap apa yang kita lakukan adalah redha dari Tuhan agar kehidupan kita terus diberkati.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Tahun ini jenama fesyen terkenal tanah air, LEEYANARAHMAN menampilkan koleksi eksklusifnya sempena lebaran 2025 dengan cara tersendiri. Dengan kapasiti besar, LEEYANARAHMAN memilih Stadium Merdeka...