Baju berwarna putih pasti akan ada kotoran atau kesan peluh yang terlalu banyak. Bahkan, ia akan berwarna hitam dan kelihatan seolah-olah seperti berdaki! Euw, gelinya.
Ha, susah betul nak bersihkan dan sental kotoran di baju putih anda, esok pulak nak pakai baju itu, tapi kotor sangat. Jangan risau kami ada solusi untuk menghilangkan ‘daki’ pada baju anda itu.
Payah betul nak hilangkan kotoran atau kesan peluh yang ada pada sekitar kolar mahupun di bahagian ketiak. Tempat-tempat tersebut pula menjadi sudut yang jelas jika orang sekeliling perhatikan kita.
Baju putih ini seolah-olah kanvas putih, bayangkan jika tercalit lipstik merah atau terpecik kuah laksa makan bersama kak Mila sewaktu lunch tadi, sudah corak baru di baju kita. Tidak ke orang akan tertanya, kita ini seorang yang makan comot ke?
Bila ada kotoran seperti ini di baju anda, solusi mungkin sudah ada seperti mencuci pakaian dengan rendaman clorox atau apa-apa bahan yang boleh memutihkan. Kadangkala, anda juga mahu gunakan alternatif lain jua untuk menghilangkan kotoran ini, betul?
Artikel berkaitan: Hijabi Kalau Salah Pakai Baju Putih, Boleh Menjadi Kotor Akibat Percikan Dosa.
Sudah tentu jika anda ingin cuba alternatif selain detergen, gunakanlah cuka putih untuk membasuh baju putih anda. Hanya satu dos sahaja boleh memutihkan baju putih kesayangan anda itu.
Anda tidak tahu ke kalau cuka putih itu boleh melembutkan fabrik anda, bukan sahaja ia mencerahkan malah boleh selesakan pakaian anda. Jadi, ambik saja cuka dekat dapur itu boleh jimat duit juga!
Peluntur mempunyai klorin ini sangat tidak bagus bagi menjaga kualiti pakaian anda. Tidak mahulah kena beli baju putih setiap dua bulan sekali sebab habis rosak baju putih yang sedia ada.
Anda boleh perahkan jus lemon dengan air panas dalam rendaman pakaian putih anda, ambik masa sejam sahaja! Ha, kalau kotoran ini dah degil dan susah nak hilangkan, lamakan masa rendaman itu untuk semalaman. Esok paginya anda boleh cuci pakaian itu.
Pelik memang pelik tetapi cecair pencuci pinggan itu berkesan untuk mencuci pakaian putih anda! Senang sahaja, hanya perlu campurkan sedikit pencuci pinggan dengan air untuk bersihkan pakaian.
Rendamkan pakaian anda selama sejam untuk memberikan kesan yang mantap! Agen pencerah dalam pencuci pinggan ini sangat bagus untuk berikan kesan sinar yang baik pada pakaian.
Sumber info: Hellodoktor
Artikel berkaitan: Dikatakan Gaya Fesyen Mula ‘Simple’ Selepas Dikecam, Aina Perjelas Konsep Baju Putih Di AME21!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.