Bukan Kali Pertama Mengundi, Wanita Ini Kecewa Nama Tidak Berdaftar

Share

Tanggal 19 November 2022 menjadi hari penantian setiap rakyat untuk menjalankan tanggungjawab untuk memilih pemimpin yang boleh dipercayai. Ramai yang tidak mahu melepaskan peluang untuk menyumbang dan berbakti bagi masa depan yang cerah.

Namun, hasrat seorang wanita tidak kesampaian apabila dia tidak dibernarkan untuk mengundi. Insiden itu berlaku di Setiawangsa, Kuala Lumpur.

Tidak berdaftar di pusat mengundi?


 Melalui perkongsian di laman sosial media Twitter, Aisha Adam, meluahkan rasa kecewanya oleh kerana tidak dapat untuk mengundi di Sekolah Kebangsaan Setiawangsa pagi semalam.

Dilaporkan oleh Says, Aisha menyatakan bahawa dia tidak tersenarai dalam manual pemilih berdaftar di pusat mengundi itu. Apabila di soal pada pegawai bertugas, mereka meminta Cik Aisha terus membuat rayuan kepada pengarah SPR.

Artikel berkaitan: ‘First Time’! Ramai Yang Bangga Hanis Dan Hairul Berkesempatan Mengundi, PRU14 Ralat dan Menyesal

Kejadian itu membuatkan wanita tersebut agak kecewa oleh kerana masalah dalam sistem pendaftaran undi. Dia juga terus membuat laporan polis berikutan kes tersebut.

“Saya dah 2 kali mengundi dan ini bukan first time saya mengundi,

“Yang peliknya, saya didaftarkan sebagai pengundi pos dan kertas undi saya dihantar ke Australia.” katanya.

Melalui temubual bersama Says, dia juga menyatakan makluman mengenai namanya didaftarkan sebagai pengundi pos dalam talian telah dikeluarkan tiga hari sebelum pengundian.

Artikel berkaitan: Ragam Siti Elizad Penat Beratur Mengundi Tapi Salah Sekolah, Buat Netizen Terhibur

Saya menelefon pejabat SPR, tetapi tidak berjaya. Kemudian saya fikir, daftar pemilih telah dimuktamadkan, tetapi saya tetap berharap ia kemungkinan adalah satu kesilapan,

Ini masalah besar. Ini maklumat peribadi saya dan pelanggaran data. Tambahan lagi, bagaimana SPR tiba-tiba boleh mendaftarkan saya sebagai pengundi pos? Ini penindasan terhadap hak pengundi.”ujarnya.

Sebelum ini, Aisha telah mengundi sebanyak dua kali pada pilihan raya umum 2013 dan 2018 menggunakan alamat dan maklumat peribadi yang sama, tiada pula masalah yang timbul.

Dia juga menunjukkan bukti yang menjelaskan nombor kad pengenalannya tidak di daftar ke akaun MySPR dalam talian yang memerlukannya untuk mengundi pos.

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Qee