Lemon memang kita ketahui banyak manfaat dan khasiatnya. Bukan hanya sebagai penyedap rasa malah bagus juga untuk detoks. Namun bagaimana pula dengan kulit lemon? Takkan nak makan pulakkan?
Eh, sebenarnya kulit lemon juga boleh dimakan sis! Tak sangka pula. Selepas mengikuti perkongsian oleh Wan Mahani Abdul Latif ini di Facebook, rupanya kulit lemon ini sangat sedap untuk dimakan dan dijadikan kudapan. Jom kita cuba!
Ini cara-caranya :
Macam sedaplah pulak tengok sis ni makan. Kecur air liur dibuatnya. Buat kudapan waktu menonton TV mesti best ni! Balik kerja ni bolehlah terus cari lemon.
kredit: facebook WanMahani Abdul Latif
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Ingatkan Jatuh Kuda Je, Rupa-Rupanya Terjatuh Cinta Sekali” FARAH LEE Buka Cerita Kenal Suami
Sejak kembali bergelar isteri buat kali kedua pada 5 Januari lalu, aktivis dan personaliti media sosial Farah Lee dilihat berseri-seri dan sangat bahagia di samping suami baru.
Tujuh tahun bergelar ibu tunggal bukan tempoh yang singkat.
Banyak cabaran dihadapi oleh Farah apabila harus membesarkan anaknya, Maream Esaabel seorang diri.
Kini, Farah tidak lagi berseorangan apabila selamat diijab kabulkan dengan pilihan hatinya, Fuad Hashim yang merupakan seorang pelumba kuda handalan.
Terdahulu, Farah telah berkongsi berita pernikahan kali keduanya di Instagram.
Majlis bertemakan klasik itu berlangsung dalam suasana ringkas yang hanya dihadiri ahli keluarga, sanak saudara terdekat dan beberapa kenalan rapat.
Terbaharu, Farah atau nama sebenarnya Nurfarahin Romli, 31, berkongsi bagaimana detik pertemuan dengan suaminya Fuad. Jodoh memang tak salah alamat.
“Punyalah travel 40 negara cari jodoh, rupanya tengah tunggu kat kampung sebelah. Pastu ingatkan jatuh kuda je, rupanya terjatuh cinta sekali. Hiks..
“Tahun 2023 saya doa nak kahwin tahun 2024.”
Menurut Farah, bukan mudah untuk kembali membuka hati setelah tujuh tahun menjadi ibu tunggal anak satu.
Apa pun kalau dah jodoh tak ke mana, kan?
Rupa-rupanya jodoh Farah ada di depan mata. Sesungguhnya aturan Allah SWT itu sangat indah.
Malah, Farah sendiri tidak menyangka doanya untuk dibukakan hati kembali menerima jodoh termakbul.
“Semua orang tanya nak kahwin dengan siapa? Saya jawab entahlah, belum jumpa. Takpe doa dulu, supaya saya slow2 belajar untuk buka hati balik. Bla bla bla.. one year fast forward, first Jumaat 2024 terus saya kahwin. Haa tak dan dan kan.
“Bukan korang je terkejut, diri saya sendiri pun terkejut dengan berita perkahwinan ni kahkah..”
Dalam pada itu, Farah turut berkongsi dengan para pengikutnya amalan berdoa yang diamalkan.
“Mintalah apa yang korang nak, be specific with your doa, yet at the same time lapangkan hati untuk terima apa yang Allah takdirkan sebab Dia sentiasa tentukan yang terbaik untuk kita. Tapi always, be specific with your doa.”
Di akhir tulisannyaa, Farah sempat berseloroh tentang suaminya yang dianggap sebagai seorang yang pemalu dan introvert.
“Anyway Fuad ni sangatlah introvert dan pemalu, tak sure adakah Fuad memang be specific with his doa untuk dapat isteri opposite yang macam mengarut2 cani hmm apa2 pun #goodluckFUAD”
Untuk rekod, Farah mendirikan rumah tangga dengan pengacara Ally Iskandar pada 20 Januari 2012 namun bercerai pada 17 Ogos 2016.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan Maream Esaabel yang kini berusia 9 tahun.
Kredit Foto: Instagram Farah Lee
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Roti Canai Dinobatkan Makanan Terbaik Dunia! Netizen Takut Kena ‘Claimed’
Malaysia merupakan negara yang bukan sahaja kaya dengan pelbagai kaum dan budaya, malah kepelbagaian makanan di Malaysia menjadikkanya antara negara terunik di dunia.
Menariknya, makanan di Malaysia merupakan medium yang menyatukan masyarakat di sini. Antara yang popular sudah pastilah Nasi Lemak dan Roti Canai yang sering menjadi pilihan utama sarapan pagi.
Tahukah anda? Mulai September 2022 roti canai telah dinobatkan sebagai ‘Makanan Jalanan Terbaik Dunia’, manakala snek jalanan popular di Korea, Tteokbokki disenaraikan ditangga ke 50 oleh Taste Atlas.
Tak Sangka Roti Canai Jadi Juara!
Sumber Gambar: Aroma Asian
Doh roti canai dibuat menggunakan beberapa bahan mudah seperti tepung, telur dan minyak sapi. Sebelum ianya diuli dan ditebar membentuk roti canai, kemudian digoreng diatas kuali leper berminyak.
Roti Canai selalunya dinikmati bersama kuah dhal sebagai pencicah yang melengkapkan hidangannya.
Artikel berkaitan: Telur Balut Enak Di Makan? Ketahui Hukum Memakan Makanan Eksotik Ini
Siapa sangka, Roti Canai yang dibuat menggunakan bahan mesra dapur ini, akhirnya dinobatkan sebagai juara ‘street food’ sehingga mengundang rasa teruja masyarakat Malaysia.
Untuk rekod, resipi roti canai berasal dari India dan dibawa masuk ke Malaysia oleh buruh yang bekerja dan bermastautin di negara ini.
‘Kejap Lagi Negara Sana Claim’
Berita baik ini mendapat pelbagai respon dari masyarakat di Malaysia, ini antara komen yang ditinggalkan sebaik sahaja rakyat Malaysia mendengar perkhabaran tersebut.
Bagaimanapun kebimbangan yang ditimbulkan berkenaan “tuntutan hak cipta” itu hanyalah sekadar jenaka semata-mata.
Hijabista turut berbangga dengan pencapaian ini, kerana keenakan roti canai yang menjadi kegemaran ramai memang layak dinobatkan sebagai juara.
Artikel berkaitan: Gagal Kawal Gula Dalam Darah Dengan Makanan, Pakar Saran Kawal Dahulu Dengan Minuman.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kuih Seri Muka Cawan, Senang Tak Payah Nak Potong, Bentuk Kejadian Pun Elok
Apabila menyebut kuih seri muka fikiran tentunya membayangkan kuih yang mempunyai dua lapisan. Bahagian lapisan bawah mengandungi pulut manakala lapisan atas pula lembut dan sedikit manis. Kombinasi ini menjadikan kuih seri muka menu pencuci mulut yang cukup seimbang dari segi rasanya.
Membuat kuih seri muka tidak susah namun yang menjadi masalahnya ialah ketika hendak memotong kuih seri muka agar mendapat potongan yang cantik.
Bagaimana hendak dapatkan kuih seri muka yang cantik? Jom kita cuba cara yang dikongsikan oleh Faizatulazurani Ahmad Nezad ini.
Jika anda rasa yang anda tidak pandai hendak potong dari loyang, boleh cuba kaedah menggunakan cawan/mangkuk yang kecil (acuan kuih lompang) (rujuk gambar)
RESIPI KUIH SERI MUKA:
BAHAN-BAHAN:
Lapisan Bawah:
2 cawan beras pulut rendam 1-2 jam
2 1/2 cawan santan – dari 1 biji kelapa
1 sudu teh garam
CARA PENYEDIAAN:
1. Satukan kesemua bahan dan masukkan ke dalam loyang.
2.Kukus di dalam periuk pengukus yang telah mendidih airnya sehingga masak.
3.Angkat dan dipadat-padatkan dalam acuan cawan/mangkuk kuih lompang.
Lapisan Atas:
2 cawan santan pekat
1 cawan gula pasir
1 biji telur
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh garam
1 cawan air daun pandan
Sedikit pewarna hijau (jika suka)
CARA-CARA MEMBUAT:
1.Campurkan ke semua bahan. Kacau rata.
2.Masak di atas api perlahan selama 2-3 minit.
3.Tapiskan supaya tidak berketul. Tuangkan di atas pulut yang sudah siap dimampatkan di dalam cawan/mangkuk acuan kuih lompang.
4.Panaskan periuk pengukus. Kukus selama lebih kurang 30-40 minit.
5.5 minit terakhir, buka penutup pengukus dan kukus tanpa penutup untuk mengeringkan air di permukaan kuih.
6.Cucuk dengan lidi. Jka tidak melekat menandakan lapisan atas telah masak.
7.Keluarkan daripada cawan/mangkuk acuan selepas kuih sejuk. Hidangkan.
Sumber kredit: Faizatulazurani Ahmad Nezad
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI