Obesiti ialah masalah kesihatan yang dialami tidak kira wanita mahupun lelaki. Ia adalah satu penyakit yang kompleks dan berlaku apabila terdapat lemak berlebihan pada tubuh hingga menyebabkan individu itu mengalami berat badan berlebihan.

Tidak dinafikan, obesiti boleh membawa kepada implikasi buruk lain terhadap kesihatan seseorang individu. Obesiti boleh meningkatkan risiko mendapat penyakit lain seperti kencing manis, hati berlemak, sindrom metabolik, masalah tidur dan kesukaran untuk bernafas.

Bukan Hanya Untuk Kurus Semata, Pembedahan Bariatrik Lebih Kepada Pemulihan Kesihatan
Photo by Moe Magners from Pexels

Pembedahan pintasan perut, bukan sekadar untuk kurus. Adakah anda sudah berusaha untuk mengurangkan berat badan namun masih tidak menemui jalan keluar. Penyakit yang berpunca dari berat badan berlebihan mula hadir dan anda benar benar mahu melakukan perubahan?

Ini mungkin satu solusi yang boleh dipertimbangkan. Pembedahan Bariatrik atau mengecilkan perut sesuai dijalankan ke atas mereka yang indeks jisim badan (BMI) melebihi 35 dan gagal mendapatkan penurunan badan kekal dan konsisten dengan cara lain.

Bukan Hanya Untuk Kurus Semata, Pembedahan Bariatrik Lebih Kepada Pemulihan Kesihatan

Pembedahan ini BUKAN sebagai pemebedahan kosmetik ya, fungsi utama pembedahan bariatrik bukan sekadar tampak kurus tetapi lebih kepada pemulihan kesihatan kerana obesiti punca pelbagai penyakit kronik

Ads

Apa yang berlaku selepas anda menjalani pembedahan ini?

Selepas pembedahan, pesakit akan berasa cepat kenyang dan kurang selera makan serta menyebabkan sistem tubuh mengambil tenaga daripada lemak pada badan sebagai ganti kepada makanan yang biasa diambil.

Hasilnya, berat badan akan berkurangan. Pesakit akan dapat melihat kesan positif seperti pengurangan berat badan yang ketara, tekanan darah menurun, memulihkan pesakit yang mengalami diabetes tahap 2 serta merendahkan kolesterol.

Ads

Bukan Hanya Untuk Kurus Semata, Pembedahan Bariatrik Lebih Kepada Pemulihan Kesihatan

Selain itu, ia dapat memulihkan masalah pernafasan ketika tidur, pedih ulu hati, memperbaiki pergerakan anggota badan malah menghilangkan sakit teruk pada sendi-sendi tulang akibat berat badan yang berlebihan.

Masalah kitaran haid wanita obes yang tidak teratur sehingga mengganggu kesuburan juga dapat diperbaiki. Dari segi psikologi juga semakin bagus kerana ia meningkatkan keyakinan diri dan pengawalan emosi.

Ads

Bukan Hanya Untuk Kurus Semata, Pembedahan Bariatrik Lebih Kepada Pemulihan Kesihatan

Pembedahan pintasan perut telah terbukti mampu mengurangkan berat badan sebanyak 60% dalam tempoh 2 tahun. Bukan sahaja penampilan fizikal akan bertambah baik, kebanyakan penyakit metabolik seperti kencing manis, kolesterol dan darah tinggi berjaya dikawal.

Beberapa selebriti tempatan popular seperti Aishah, Chef Zam, Rahim (sepahtu) , Micheal Ang telah menjalani pembedahan ini dan hasilnya boleh dilihat hari ini.

Sumber kredit: Public Health Malaysia Top image: Photo by Moe Magners from Pexels

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI