Apabila kaum perempuan datang bulan, pastinya kebanyakan daripada kita akan mengalami emosi tidak menentukan? Ada sahaja benda yang rasa kita tak kena hingga membuatkan kita hilang mood.
Walaupun mungkin pelik di mata kaum lelaki, namun itulah realitinya yang mereka perlu hadapi dan fahami apatah lagi apabila sudah berkahwin nanti. Berkongsi pandangannya di twitter, Amaluddin Mahmood
merasakan persiapan seorang lelaki sebelum kahwin bukan hanya pada wang ringgit semata-mata, namun memahami emosi wanita ketika datang bulan juga adalah sangat penting untuk dihadam.Benarlah apa yang dikatakan olehnya. Jangan sesekali kita pandang remeh mengenai hal ini. InsyaAllah jika kita sama-sama ada rasa tanggungjawab, pastinya segala urusan hidup sebagai suami isteri akan dapat dilalui dengan baik.
kredit: twitter @_amaluddin