Semua kaum wanita ingin memiliki wajah yang kekal muda biarpun usia semakin meningkat. Walaupun sudah banyak produk yang dipakai, namun bukan semuanya mampu menjanjikan rupa paras yang sentiasa kekal muda.
Sebenarnya, untuk memiliki rupa paras yang kekal muda, sihat dan berseri, tidaklah susah yang disangka! Malah, ianya mudah asalkan anda rajin untuk melakukan rutin kecantikan yang rapi setiap hari. Hijabista kongsikan kepada anda rutin terbaik yang boleh anda amalkan untuk mengekalkan wajah muda anda!
- Rajin membaca tentang masalah kulit wajah
Untuk memastikan kulit wajah anda terjaga rapi, pastikan anda rajin membaca tentang masalah kulit wajah anda. Tidak perlu mengambil masa yang lama. Cukup sekadar beberapa minit sebelum tidur, dan fahami kehendak masalah kulit anda. Harus diingat, kulit harus dibelai dengan penuh kasih sayang. Barulah ia sentiasa segar dan awet muda! Sama seperti kuntuman bunga! Jadi, fahami tentang kulit anda dan carilah solusi yang sesuai!
2. Usah ‘rambang mata’ memilih produk baru
Ini seringkali terjadi kepada kita semua, bila ada sahaja produk baru, pasti kita akan menjadi teruja untuk membelinya! Tidak kisahlah produk kecantikan ataupun solekan, pasti ada sahaja tabiat membeli tanpa berfikir! Awas ya! Usah bazirkan duit anda dan usah hancurkan kulit anda kerana nafsu anda yang membuak-buak ingin membeli produk baru. Ini akan menyebabkan iritasi kepada kulit sekiranya anda membeli produk yang tidak bersesuaian dengan jenis kulit anda!
3. Makan bahan semula jadi
Usah ketepikan khasiat bahan semula jadi. Ulam-ulaman dan sayur-sayuran sudah terkenal dengan pelbagai khasiat yang dapat memberikan khasiat kepada kulit wajah dan tubuh badan. Seperti yang kita ketahui, ulam-ulaman seperti pucuk paku, petai ataupun apa sahaja yang terkenal pada era nenek moyang kita, jadikan ia sebagai makanan tambahan anda!
4. Kebaikan yoga
Seperti yang kita tahu, senaman yoga bukan sahaja memberikan kebaikan pada tubuh badan, malah ia juga memberikan kesan positif kepada jiwa dan minda. Untuk kekal muda, bukan hanya memfokuskan kepada produk semata-mata, malah ia juga disebabkan oleh jiwa yang sentiasa bebas dari masalah dan minda yang lapang. Jadi, luangkan masa anda dengan melakukan senaman yoga tidak kira pada waktu pagi ataupun petang.
Baca juga: Susahnya Bersolek Bila Wajah Berminyak! Atasi Masalah Ini Dengan 7 Trik Solekan Yang Bernas Ini!
5. Sayangi diri sendiri
Seperti senaman yoga, lakukan apa sahaja yang membuatkan anda berasa gembira dan senang! Sayangi diri anda mungkin slogan wajib yang anda harus praktikkan dalam kehidupan anda untuk memastikan diri dan jiwa sentiasa rasa muda, berjiwa muda dan sihat seperti orang muda!
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI