Pernah tak hijabi mengalami masalah gangguan tidur atau dalam bahasa saintifiknya Insomnia? Meski terkadang badan terlampau penat dan otak menghantar signal untuk lelapkan mata dan berehat tapi masih gagal untuk tidur.
Jika pernah, di sini Hijabista berkongsikan beberapa manfaat yang terdapat dalam secawan cokelat panas (Hot Chocolate) yang enak dan mampu memberi kehangatan kepada tubuh badan anda!
1. Mengandungi Tinggi Nutrisi
Menurut kajian, serbuk koko yang digunapakai untuk membuat Hot Chocolate kaya dengan sumber serat dan zat besi yang baik untuk badan. Ini kerana serbuk koko diproses menggunakan coklat gelap (Dark Chocolate) yang mengandungi 70 hingga 85 peratus koko serta mengandung Kalsium, Magnesium, Phosphorus, Potassium, Vitamin A, dan Vitamin K.
2. Mengandungi Antioksida
Selain itu, Koko juga mengandung antioksidan yang dikenali sebagai flavonois. Menurut saintis dari Cornell University, koko mengandung anitoksidan dua kali ganda lebih banyak berbanding segelas anggur merah, dan tiga kali ganda lebih banyak berbanding teh hijau (Green Tea).
3. Meningkatkan Kesihatan Jantung
Dalam satu kajian sama yang dijalanka. Oleh Persatuan Jantung Amerika (American Heart Association), terbukti bahawa koko juga dapat membantu menggurangkan risiko serangan jantung dan strok.
Malah kajian ini turut disokong oleh European Food Information Council (EUFIC) yang mendedahkan bahawa flavanol yang terkandung dalam setiap cawan koko panas mampu mengurangkan kadar kolestrol dalam darah, sekaligus melancarkan peredaran darah dan menggelakkan pembuluh darah dari tersumbat.
Artikel berkaitan: Resipi ‘Rahsia’ Milo Lori Terbongkar! Jom Ubati Rindu Zaman Persekolahan Dengan Buat Air Ni Di Rumah
4. Memperbaiki Daya Ingatan
Lebih menarik lagi, pada tahu, 2013 sebuah kajian telah membuktikan bahawa penggemar minuman hot chocolate mempunyai daya ingatan yang kuat sekaligus memperbaiki ketahanan otak untuk lebih mengingati sesuatu.
Justeru pakar menyarankan untuk meminum dua cangkir hot chocolate sehari dapat membantu mencegah pengakit Alzheimer. Kajian yang dilakukan pada tahun 2014, juga menemui bahawa mereka yang meminati minuman hot chocolate mempunyai kemampuan kognitif yang tinggi.
5. Memberi Ketenangan Dan Mudah Untuk Tidur
Tidak hanya mempungai rasa yang enak dan lazat, koko juga memberikan kesan positif kepada otak. Kandungan yang terdapat di dalam serbuk koko akan melepaskan neurotransmitters yang akan membuat kita merasa tenang. Bahkan, ia dapat mengurangkan rasa sakit serta sebarang tekanan yang dialami badan (stress).
Memetik laporan Washington Post, hot chocolate dapat membuat kita merasa tenang kerana mengandungi kafein yang meningkatkan tenaga, serotonin yang boleh memperbaiki mood dan emosi seseorang, malah tryptophan juga membuatkan otot lebih relaks!
Di sini Hijabista kongsikan sedikit tip untuk membuat minuman hot chocolate yang sedap, lazat dan menyihatkan. Sebaiknya anda membancuh hot chocolate itu sendiri menggunakan serbuk coklat tanpa gula atau mempunyai kandungan 85 peratus dark chocolate.
Untuk versi hot chocolate yang rendah lemak, gunakan susu non-dairy. Bagi yang sukakan rasa manis, anda digalakkan untuk menggunakan pemanis semulajadi seperti madu, Maple Syrup atau Stevia. Tetapi jangan pula guna secara berlebihan ya!
Artikel berkaitan: Tak Payah Pergi Cameron Highland! Buat Sendiri Je ‘Fruit Ice Lollies’ Yang Menyegarkan Di Rumah Untuk Berbuka Nanti!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI