Bukan Hanya Bagus Untuk Kulit Wajah, Malah Vitamin C Dan E Beri Banyak Manfaat Kepada Tubuh Badan!

Pernahkah anda terfikir, mengapakah setiap rangkaian produk penjagaan kulit wajah mengandungi sumber Vitamin C dan E? Terutamanya produk serum dan juga krim muka. Malah, ramai juga yang mengatakan jika selalu mengamalkan pengambilan Vitamin C dan E, ia memberi kulit yang berseri!

Bukan Hanya Bagus Untuk Kulit Wajah, Malah Vitamin C Dan E Beri Banyak Manfaat Kepada Tubuh Badan!
Sumber gambar: 100percentpure

Sebenarnya, sumber Vitamin C dan E sememangnya memberi banyak kelebihan kepada wajah kerana ia bukan sahaja dapat memperbaiki struktur kulit wajah, malah lebih daripada itu! Sekiranya vitamin C dan vitamin E diambil secara konsisten setiap hari, ia sangat membantu anda untuk mendapat kulit muka yang kelihatan muda dan menawan serta mendapat tekstur kulit yg cantik.

Ini kerana vitamin E membantu dalam melambatkan proses penuaan. Manakala vitamin C pula meransang pengeluaran kolagen di samping mengurangkan garis-garis halus yang tidak diingini..

Ads

Kedua-dua vitamin ini adalah antioksidan yang membantu melindungi badan dan kulit dari radikal bebas.

Ads

Team Hijabista akan kongsikan kepada anda perbezaan dan kelebihan Vitamin C dan E yang sememangnya memberi manfaat kepada kulit!

Ads
Bukan Hanya Bagus Untuk Kulit Wajah, Malah Vitamin C Dan E Beri Banyak Manfaat Kepada Tubuh Badan!
Sumber gambar: Oprah Daily

Fungsi Vitamin C : 

  • Memberi kesan kepada tona kulit menjadi sekata, cerah dan lembap.
  • Sesuai untuk ibu mengandung.
  • Sesuai untuk merawat jerawat di wajah dan badan.
  • Bagi yang menghadapi masalah resdung amat sesuai diamalkan.
  • Diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu, fungsi kelenjar adrenal dan juga mendapatkan gusi dan gigi yang sihat.
  • Melindungi sel tubuh daripada kesan-kesan pencemaran serta melindungi daripada jangkitan dan selesema dan membantu untuk meningkatkan imuniti.
  • Membantu untuk mengurangkan tahap kolesterol, tekanan darah tinggi, dan mencegah aterosklerosis
  • Melindungi daripada pembekuan darah, lebam, menggalakkan penyembuhan luka, dan pengeluaran hormon antistres.
  • Penting untuk penyuburan sel darah putih dan juga bertindak sebagai antihistamin semulajadi yang amat berguna untuk mengurangkan hidung bengkak semasa selesema, dan mengurangkan gejala-gejala lain alergi
  • Memainkan peranan penting dalam pengeluaran kolagen, yang membantu mencegah penuaan pra- matang
  • Membunuh bakteria patogenik, yang bertindak sebagai antibiotik yang tidak berbahaya.
  • Melindungi sel-sel otak dan saraf tunjang, yang sering dirosakkan oleh radikal bebas.
  • Membantu tubuh menyerap zat besi yang lebih berguna dalam rawatan anemia.
  • Ia memainkan peranan penting dalam penghasilan hemoglobin dan sel darah mera.
  • Merawat jangkitan saluran kencing.
  • Diperlukan untuk metabolisme asid folik dan vitamin lain.
  • Untuk kanak-kanak, ia memadai dengan mengambil separuh sahaja Vitamin C kerana jumlah Vitamin C yang diperlukan oleh kanak-kanak hanya 250mg sehari.
  • Vitamin C adalah jenis ‘sustained released’ atau pelepasan perlahan-lahan, dalam masa 12 jam. Oleh itu, ia memastikan tubuh kita mendapat bekalan vitamin C yang berterusan.
Bukan Hanya Bagus Untuk Kulit Wajah, Malah Vitamin C Dan E Beri Banyak Manfaat Kepada Tubuh Badan!
Sumber gambar: Harper’s Bazaar

Fungsi Vitamin E :

  • Vitamin E adalah antioksidan bioaktif yang paling berkuasa di kalangan semua vitamin.
  • Vitamin E adalah antioksidan yang melindungi dan membaiki kulit anda – (Antioksidan adalah ejen yang meneutralkan kesan oksida radikal bebas, yang merupakan molekul yang merosakkan kolagen dan menyebabkan kekeringan kulit, mewujudkan garis-garis halus dan kedutan).
  • Vitamin E boleh melindungi kulit daripada sinaran UV dan radikal bebas yang lain daripada pencemaran, tekanan, dan merokok.
  • Vitamin E boleh melegakan keradangan, mengurangkan kesan selaran matahari dan memudahkan penyembuhan.
  • Anti penuaan yang terbaik.
  • Memperbaiki parut – Boleh digunakan terus pada luka untuk mengurangkan kesan parut.
  • Kajian telah mendapati bahawa vitamin E, serta selenium membantu melindungi kulit daripada sinaran matahari
  • Ia adalah vitamin larut lemak, jadi ia memberikan anda perlindungan lebih tahan lama daripada vitamin C
  • Membekalkan kulit anda dengan vitamin E yang cukup secara drastik serta boleh mengurangkan kemunculan kecacatan kulit seperti jerawat dan ‘age spot’.
  • Jika anda mengamalkan pengambilan vitamin C untuk kulit cantik dan kombinasikan dengan pengambilan vitamin E, hasilnya akan lebih ‘flawless’ dan ‘glowing’!!

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download sekarang di

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads