‘Bukan Cantik Yang Dicari, Hanya…’- Nana Mahazan Bersyukur Niat Untuk Berhijab Terlaksana

Share

Pengacara dan juga bekas peserta Akademi Fantasia musim pertama, Nana Mahazan mencuri perhatian ramai apabila dia tampil berhijab sewaktu melakukan siaran langsung di laman instagramnya bagi mempromosikan produk Sambal Sardin Selauk Nana semalam.

Ditanya mengenai penampilannya yang terkini, Nana, 38, atau nama sebenarnya Nurul Hana Che Mahazan menganggap apa yang berlaku sebagai sesuatu yang mengujakan buat dirinya.

“Saya tidak mahu untuk bercakap mengenai perkara ini terlalu banyak kerana ia sesuatu yang selalu ada di dalam fikiran sejak sekian lama.

“Ia bukan suatu yang diraikanlah. Tetapi sesuatu yang mengembirakan. Saya tahu kalian turut sama tumpang gembira kerana saya selalu minta mendoakan,” jelasnya.

Isteri kepada Raqeem Brian Abdullah ini juga turut bersyukur apabila hajatnya itu dimakbulkan Tuhan.

“Hari ini, sebelum Asar dan hujan telah pun turun dengan lebatnya. Ia sangat-sangat apa orang cakap, makbul doanya.

“InsyaAllah kita doakan yang baik-baik untuk semua,” tambahnya lagi.

Ibu kepada Althea dan Aaqib ini juga turut mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga buat semua yang tidak jemu memberikan sokongan mengenai penampilannya yang terbaharu.

Selain itu, Nana juga turut meminta maaf kepada semua jika ada khilaf yang dilakukannya tanpa sedari.

Published by
QIST