Sejak tampil dengan imej menutup aurat sepenuhnya, pelakon jelita Nora Danish kelihatan semakin berseri-seri dan ‘muda’ persis seorang remaja pada usia 42 tahun.

Sering berkongsi doa, kata-kata hikmah, ootd serta rutin menghadiri majlis ilmu di media sosial membuatkan ramai yang kagum dengan cara Nora untuk kekal istiqamah.

“Bukan Acah-Acah Baik, Terpaling Bagus” NORA DANISH Akui Banyak Kekurangan, Hadiri Majlis Ilmu Demi Perbaiki Diri
Kredit Foto: noradanish
“Bukan Acah-Acah Baik, Terpaling Bagus” NORA DANISH Akui Banyak Kekurangan, Hadiri Majlis Ilmu Demi Perbaiki Diri
Kredit Foto: noradanish

Malah, ramai yang memuji dan memberi sokongan buat ibu tunggal kepada dua anak ini agar segala kebaikan yang ditunjukkan menjadi asbab pahala untuk dirinya mudah ke syurga.

“Bukan Acah-Acah Baik”

Baru-baru ini, Nora memuat naik satu hantaran di platform Instagramnya di mana dia berkongsi tentang kebaikan menghadiri majlis ilmu.

“Sekarang Nora faham dan mengerti kenapa ada yang bersungguh sungguh ke majlis ilmu tanpa henti. Bukan untuk acah acah baik, tetapi kerana kita tahu yang hati ini sentiasa berbolak balik.

Ads

“Jadi setiap kali hadir niat untuk isi kembali ruang ruang kosong akibat terlupa, jahil, leka dan sebagainya.”

“Bukan Acah-Acah Baik, Terpaling Bagus” NORA DANISH Akui Banyak Kekurangan, Hadiri Majlis Ilmu Demi Perbaiki Diri
Kredit Foto: noradanish

Tulis Nora, ia bukan untuk merasa dirinya terpaling bagus sebaliknya demi memperbaiki diri yang serba serbi kekurangan.

Tidak Pernah Jemu Gali Ilmu

Sahabat baik kepada Betty Rahmad ini turut meluahkan kesyukuran apabila sering diberi peluang menghadiri majlis-majlis ilmu.

Ads

“Kalau nak bercerita tentang perasaan Nora ketika ini, betapa bersyukurnya didekatkan dengan majlis-majlis sebegini, memang tidak cukup 10 pages.

“Bukan Acah-Acah Baik, Terpaling Bagus” NORA DANISH Akui Banyak Kekurangan, Hadiri Majlis Ilmu Demi Perbaiki Diri
Kredit Foto: noradanish

“Sukar hendak digambarkan atau diungkapkan. Rasa tidak cukup, rasa ingin belajar 24/7. Jadi gian ingin tawu. Ingin belajar, lagi dan lagi. Tidak pernah jemu. MasyaAllah. Semua kerana Allah mampukan.

“Nikmat ini ingin ku simpan buat selamanya.”

Ads

Nora turut menitipkan pesanan buat para pengikut dan peminatnya agar tidak menolak untuk hadir ke majlis ilmu jika diberi peluang.

“Bukan Acah-Acah Baik, Terpaling Bagus” NORA DANISH Akui Banyak Kekurangan, Hadiri Majlis Ilmu Demi Perbaiki Diri
Kredit Foto: noradanish

“Nanti kalau anda semua dijemput ke mana mana majlis ilmu,hadir tau. Dan sebelum start majlis berdoa agar kita dapat memahami, mengingati, menginsafi, dan dapat dipraktikkan dalam kehidupan kita supaya kita terus istiqomah.

“Doa dengan penuh harapan dan yakin,” pesan Nora sambil berterima kasih kepada sahabat baiknya Betty dan Umie Aida yang tidak pernah jemu menjemputnya ke majlis-majlis ilmu yang dianjurkan.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata mendoakan agar Nora kekal istiqamah, dikurniakan nikmat kesihatan yang baik seterusnya sentiasa berkongsi kebaikan buat semua.

BACA JUGA: Nampak Semakin Remaja Sejak Berhijab NORA DANISH Selesa Pilih Outfit Ringkas & Longgar

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI