Kebelakangan ini, dapat kita lihat bahawa pemakaian tudung yang pada asalnya untuk memenuhi tuntutan agama Islam. Kini hanya sedakar ‘trend’ dan fesyen dalam kalangan segelintir wanita termasuk golongan selebriti.
Lebih buruk lagi, ia seakan satu perkara yang boleh dibuat main. Apabila mahu memakainya, mereka pakai. Kemudian apabila merasa tidak dapat istiqamah, maka mereka bertindak membuka hijab hanya bersandarkan alasan konyol seperti ‘hanya mahu menjadi diri sendiri’.
Menutup aurat bagi wanita adalah antara perkara yang dituntut kerana ia merupakan perkara WAJIB. Ini adalah hukum yang digariskan oleh Allah SWT dab bukanya dicipta oleh manusia. Dan perkara ini turut dijelaskan oleh pendakwah bebas juga juara Imam Muda musim kedua (IM2), Hassan Adli.
“Tutup aurat ini perkara wajib. Dalam apa keadaan pun, tiada alasan untuk nak kata tak wajib, sebab ia wajib. Jadi, siapa yang tidak menutup aurat itu, haram,” katanya lapor Harian Metro.
Tegasnya lagi, wanita yang bertindak mendedahkan semula aurat mereka dengan membuka hijab dengan alasan kononya tidak mahu menjadi munafik atau hipokrit, sekaligus mahu menjadi ‘diri sendiri’ tetap terpalit dengan dosa kerana melakukan kemungkaran diatas perintah Allah.
Artikel berkaitan: David Teo Titip Nasihat Buat Golongan ‘Tudung Terbang’ – “Walau Iman Bolak Balik, Manusia Perlu Kembali Pada Tuhan!
“Memakai tudung dan menutup aurat itu wajib. Tak ada alasan untuk tidak memakainya bagi wantta Islam. Sebagai contoh juga, solat lima waktu yang hukumnya wajib dilakukan.
“Jadi, kita tidak bolehlah kata, saya tak nak solat sebab tak ikhlas, tak nak solat sebab suka berjudi, tak nak solat sebab saya riak, pelbagai alasan itu tidak boleh diterima sebab hukumnya wajib. Tetap kena solat dalam apa jua keadaan dan tak alasan untuk kita tak nak buat,” jelasnya lagi.
Hassan menegaskan bahawa, matlamat, niat atau apa pun jua alasan seseorang untuk tidak menutup aurat tetap tidak mengubah hukum. Benda yang wajib itu perlu dilakukan dan berdosa jika ingkar.
“Di sini, apa-apa situasi pun tak boleh kita kata hipokrit, tak hipokrit, riak, tak riak ke sebabnya, hukum tetap hukum, wajib tetap wajib,” katanya.
Hassan, turut menasihatkan agar kaum wanita diluar sana. Jika sudah menerima hidayah dan mahu berhijrah dengan menutup aurat dengan lebih sempurna, lakukanlah penghijrahan dengan penuh iltizam dan kesungguhan.
Jangan sesekali melakukan penghijrahan separuh jalan, ini demikian kerana khuatir dilihat sebagai seseorang yang hanya mahu mempermainkan agama sahaja.
Sumber: Harian Metro
Artikel berkaitan: Fenomena ‘Tudung Terbang’ Di Kalangan Selebriti Buat Noorkhiriah Hiba! Titip 3 Pesan Ini..
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.