Kebelakangan ini, dapat kita lihat bahawa pemakaian tudung yang pada asalnya untuk memenuhi tuntutan agama Islam. Kini hanya sedakar ‘trend’ dan fesyen dalam kalangan segelintir wanita termasuk golongan selebriti.
Lebih buruk lagi, ia seakan satu perkara yang boleh dibuat main. Apabila mahu memakainya, mereka pakai. Kemudian apabila merasa tidak dapat istiqamah, maka mereka bertindak membuka hijab hanya bersandarkan alasan konyol seperti ‘hanya mahu menjadi diri sendiri’.
Ini Kata Agamawan Tentang Fenomena ‘Tudung Terbang’ Dikalangan Selebriti.
Menutup aurat bagi wanita adalah antara perkara yang dituntut kerana ia merupakan perkara WAJIB. Ini adalah hukum yang digariskan oleh Allah SWT dab bukanya dicipta oleh manusia. Dan perkara ini turut dijelaskan oleh pendakwah bebas juga juara Imam Muda musim kedua (IM2), Hassan Adli.
“Tutup aurat ini perkara wajib. Dalam apa keadaan pun, tiada alasan untuk nak kata tak wajib, sebab ia wajib. Jadi, siapa yang tidak menutup aurat itu, haram,” katanya lapor Harian Metro.
Ads
Tegasnya lagi, wanita yang bertindak mendedahkan semula aurat mereka dengan membuka hijab dengan alasan kononya tidak mahu menjadi munafik atau hipokrit, sekaligus mahu menjadi ‘diri sendiri’ tetap terpalit dengan dosa kerana melakukan kemungkaran diatas perintah Allah.
“Memakai tudung dan menutup aurat itu wajib. Tak ada alasan untuk tidak memakainya bagi wantta Islam. Sebagai contoh juga, solat lima waktu yang hukumnya wajib dilakukan.
“Jadi, kita tidak bolehlah kata, saya tak nak solat sebab tak ikhlas, tak nak solat sebab suka berjudi, tak nak solat sebab saya riak, pelbagai alasan itu tidak boleh diterima sebab hukumnya wajib. Tetap kena solat dalam apa jua keadaan dan tak alasan untuk kita tak nak buat,” jelasnya lagi.
Ads
Matlamat Tak Halalkan Cara, Jika Mahu Berhijrah, Hijrahlah Dengan Bersungguh-Sungguh!
Hassan menegaskan bahawa, matlamat, niat atau apa pun jua alasan seseorang untuk tidak menutup aurat tetap tidak mengubah hukum. Benda yang wajib itu perlu dilakukan dan berdosa jika ingkar.
“Di sini, apa-apa situasi pun tak boleh kita kata hipokrit, tak hipokrit, riak, tak riak ke sebabnya, hukum tetap hukum, wajib tetap wajib,” katanya.
Hassan, turut menasihatkan agar kaum wanita diluar sana. Jika sudah menerima hidayah dan mahu berhijrah dengan menutup aurat dengan lebih sempurna, lakukanlah penghijrahan dengan penuh iltizam dan kesungguhan.
Ads
Jangan sesekali melakukan penghijrahan separuh jalan, ini demikian kerana khuatir dilihat sebagai seseorang yang hanya mahu mempermainkan agama sahaja.
Kulit tubuh yang lembut dan berseri tentunya memerlukan perawatan yang rutin. Ketahuilah bahawa kecantikan itu tidak datang dengan sendirinya melainkan adanya usaha untuk memelihara dan mempercantikkan anugerah yang telah diberikan oleh Allah ini. Kulit badan pun kena jaga juga, ini cara nak buat skrub badan guna beras, madu & lemon.
Salah satu cara untuk memelihara kecantikan dan kelembutan kulit tubuh ialah dengan menggunakan skrub. Selain menggunakan produk yang sudah tersedia di pasaran, kita juga boleh mencuba produk kecantikan DIY menggunakan bahan-bahan semula jadi. Berikut perkongsian Azila Muhamad.
Cara mudah untuk hilangkan parut-parut jerawat, jeragat dan juga sel-sel kulit mati di badan dengan 3 bahan sahaja. Kesannya kulit pun jadi lembab sebab antara bahan asasnya adalah madu.
BAHAN-BAHAN:
5 sudu beras dikisar kering
3 sudu madu asli
2 hiris lemon
CARA-CARA MEMBUAT:
1. Campur semua bahan dalam 1balang dan kacau rata.
2. Gosok diwajah @ badan sambil buat urutan mesra.
3. Bilas dengan air sejuk.. insyaallah wajah semakin lembab dan bersih.
Mudah sahaja bukan hendak membuatnya. Yang penting, skrub ini tentunya selamat digunakan tanpa perlu risau kulit alah.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Sumber kredit: Azila Muhamad.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Keguguran rambut adalah masalah normal bagi semua wanita especially untuk individu yang bertudung. Ramai sanggup melabur wang dengan jumlah besar semata-mata untuk membeli produk-produk syampu mahal, tonik rambut, pergi membuat rawatan di salon tetapi masih tidak dapat menyelesaikan masalah keguguran.
Jom kita lihat cara terbaik bagaimana untuk mengurangkan dan menghalang masalah ini daripada terus menghantui anda.
#1. Jangan Kerap Sikat Rambut
Please! Kalau dah tau rambut senang gugur, jangan sikat rambut. Kalau nak sikat rambut pastikan jangan merentap rambut terlalu kuat.
Cara sikat: Genggam sebahagian rambut lalu pegang di bahagian tengahnya dan sikat penghujungnya dulu, barulah kemudian sikat dari bahagian kulit kepala ke bahagian tengah.
2. Guna Sikat Bergigi Jarang
Cuba cari sikat yang bergigi jarang. Dengan cara itu, ia tidak akan menarik rambut sepenuhnya seperti mana sikat normal.
3. Hilangkan Kusut Rambut Sebelum Syampu
Sebelum membasuh rambut, pastikan ia disikat terlebih dulu supaya kekusutan pada rambut menjadi rapi. Jika anda menyampu rambut semasa ia kusut, risiko untuk lebih banyak rambut gugur adalah tinggi.
4. Tocang Rambut Sebelum Tidur
Sebelum tidur, tocangkan rambut dan tarik penghujungnya ke tepi leher. Cara ini dapat mengelak rambut gugur banyak dan rambut tak kusut langsung lepas bangun tidur.
5. Makan Makanan Tinggi Protein
Ikan, kekacang seperti soya dan daging adalah sumber makanan yang tinggi protein. Ini kerana kebanyakan makanan yang mengandungi protein turut ditemani faedah B-12 yang baik untuk kekuatan dan pertumbuhan rambut!
6. Berhenti Gunakan Haba Pada Rambut
Elak keringkan rambut guna mesin pengering rambut. Haba panas akan buat akar rambut lemah dan boleh mematahkan rambut. Biar sahaja rambut kering dengan udara.
7. Berhenti Warnakan Rambut
Pewarna rambut tentunya mengandungi bahan kimia di mana ia kemudian menyerap ke dalam helaian rambut sehingga ke akar. Lebih-lebih lagi kalau anda mahu menukar warna rambut, ketika itu tukang rambut akan menggunakan sejenis kimia penanggal untuk proses ‘bleaching’.
8. Minum Banyak Air Putih
Minum 4 hingga 8 gelas sehari akan menyalur kelembapan pada rambut malah menggalakkan rambut supaya lekas tumbuh!
9. Pakai Minyak Kuatkan Rambut
Gunakan minyak natural seperti minyak argan atau kelapa untuk disapu pada kulit kepala mahupun keseluruhan helaian rambut. Tak perlu banyak, cukup sekadar lima hingga tujuh titik minyak untuk disapu rata ke seluruh bahagian kepala.
10. Jangan Ikat Terlalu Ketat
Gunakan getah lembut seperti getah yang diperbuat dari fabrik baldu. Harus diingatkan juga, sanggul tersebut jangan diikat terlalu kuat, jarakan sedikit ikatan getah dengan kulit kepala supaya ikatan tersebut tidak akan menarik bahagian akar rambut sehingga membuatkannya lemah.
11. Basuh Rambut Selang 4-7 Hari
Basuh rambut 4 hingga 7 hari sekali kerana mencuci dengan kerap akan buat keadaan kepala dan rambut jadi terjejas di mana syampu akan menarik keluar minyak semula jadi yang dihasilkan kulit kepala. Ingat! Syampu pada bahagian kulit kepala sahaja tahu? Elak menggosok syampu pada helaian rambut.
Boleh juga rawat rambut kembali lebat dengan tonik yang dicadangkan:
1. Naturals by WATSONS Aloe Vera Hair & Scalp Tonic
Tonic ini mengandungi Aloe Vera dan diformulasikan dari Salicylic Acid yang dapat menghalang kelemumur serta mengawal penghasilan sebum untuk kulit kepala yang kering dan berminyak. Produk tonik rambut ini bebas paraben dan pewarna tiruan serta mengandungi bahan yang tidak membahayakan kulit kepala anda. Gunakan tonik rambut ini selepas membasuh rambut dengan syampu dan conditioner untuk membuatkan rambut anda lebih bermaya.
2. Dove Nutritive Solutions Hair Fall Rescue Tonic
Rambut gugur akan menyebabkan kepala menjadi botak. Diuji secara saintifik, tonik rambut dari Dove ini mampu untuk mengurangkan masalah rambut gugur dalam tempoh 2 minggu sahaja. Diperkaya dengan bahan aktif trichazole, ginseng dan protein soya, tonik ini akan menguatkan akar rambut supaya anda tampil dengan rambut yang lebih bersinar dan bermaya. Spray sahaja tonik rambut, anda sudah bersedia untuk keluar bersantai!
3. Hao Hair Tonic
Ekstrak kandungan tonik rambut ini mampu untuk menguatkan akar umbi rambut, meningkatkan peredaran darah dan merangsang pertumbuhan rambut yang lebih sihat serta kekal bersinar. Usah ragu untuk menggunakannya kerana tonik ini mendapat sijil pengiktirafan Halal dari Jakim. Tonik rambut dari Hao ini dirumus daripada bahan herba traditional seperti Thuja Occidentalis (white cedar), Angelica Sinensis (sejenis ginseng), Tuber fleeceflower dan White Mulberry untuk merawat rambut gugur, menyuburkan serta menghalang rambut beruban.
Tonik ini dirumus khas dengan bahan semulajadi untuk membantu anda mengurangkan masalah keguguran rambut dan mempercepatkan proses pertumbuhannya.
Diekstrak daripada ginseng, apple stemcell, minyak kelapa dara, minyak buah pala dan minyak avocado, ia mampu untuk menyelesaikan masalah rambut dalam hanya 2 minggu sahaja. Tonik rambut ini menyerap sehingga ke akar rambut bagi merawat punca botak serta menghitam dan melebatkan rambut.
5. Tonik Rambut ANA EDAR
Tonik ini berbau wangian ekstrak minyak zaitun dan juga sesuai untuk digunakan pada bayi dan anak kecil kerana teksturnya yang tidak melekit, terbaik untuk anda yang memakai tudung. Diformulasikan khas daripada minyak zaitun, tonik ini dapat melebatkan rambut serta menyihatkan kulit kepala supaya bebas daripada kelemumur yang akan menyebabkan kegatalan. Ianya juga dapat mengekalkan kehitaman rambut anda serta mengelakkan keguguran yang banyak.
6. SARIAYU Tonik Rambut Mayang Sari
Mengandungi Allantoin, Chilly Tinktur, daun Urang Aring dan Aloe Vera, ia mampu untuk menyuburkan rambut anda yang keguguran dan menguatkan semula akar umbi rambut. Tonik rambut ini juga memberikan nutrisi kepada kulit kepala anda agar rambut sentiasa kekal bermaya dan bersinar sepanjang masa.
7. Schwarzkopf Seborin Anti-Dandruff Tonic
Jenama Schwarzkopf sangat terkenal dalam kalangan pendandan rambut professional. Tonik rambut ini mampu untuk menyuburkan semula rambut dari akar umbi yang rosak dan diformula khas dari Pro-Vitamin B5. Kandungan ekstrak akar ginseng pula dapat membersihkan kulit kepala daripada kelemumur.
Berdasarkan pengalaman yang dimilikinya sebagai anak seni asal Malaysia yang berpeluang untuk mengembangkan karier seni di Amerika Syarikat, penyanyi dan komposer, Yuna, 38, menyifatkan perjalanan seninya selama hampir dua dekad telah membuka mata dan persepsi dirinya dengan lebih meluas!
Tambah Yuna, ini bukan sahaja pada ruang lingkup dunia muzik, tetapi juga terhadap perkembangan fesyen semasa dunia dan antarabangsa.
Yuna Pernah Berdepan Fasa, Apa Sahaja Dilakukan Berdepan Kritikan Hebat!
“Dulu apa sahaja yang saya pakai ketika menghadiri majlis anugerah misalnya, pasti akan kena kritik. Malah kalau pakai ‘biasa-biasa’ pun kena. Namun saya faham sebab kebanyakan warganet ada sahaja yang mahu dikomen.
“Bagaimanapun sekarang, situasi tersebut lebih terbuka. Ada sesetengahnya yang mahu mencuba fesyen terbaru dan melihat apa kesannya.
“Ambil contoh seperti penyanyi Aina Abdul. Setiap kali dia muncul membuat persembahan kita sudah boleh jangka apa yang dia bakal tampilkan. Sesuatu yang baru dan ‘crazy’.
“Bagi saya, kita perlukan perkara sedemikian dalam industri. Sebelum ini siapa yang berani buat begitu, tiada siapa. Jadi pada saya, ia sesuatu yang bagus bila Aina buat begitu sekaligus buat peminat maklum itu dia punya identiti,” katanya.
Mengulas sikap warganet yang sering menyerang fesyen pelik dan di luar kotak yang sering digayakan penyanyi lagu Sepi itu, Yuna berharap, Aina tidak patah semangat.
Melihat Aina Abdul, Dia Mencipta ‘Art’ Dalam Kerjayanya – Yuna
“Dia mencipta ‘art’ dalam kerjayanya dan dia seorang yang berani. Saya juga ada dengar orang bercakap dan beri komen negatif terhadap penampilannya yang lain daripada lain.
“Bagi saya, Aina perlu teruskan sahaja dan jadi diri sendiri. Just have fun, itu sahaja. Kita seorang yang sukakan seni dan fesyen,” katanya lagi.
Untuk recap, Yuna berkata demikian ketika ditemui pada sesi fotografi Kempen Yuna For Abu KLFW24 di Glenmarie, Shah Alam, yang lalu.
Dalam pada itu, Yuna juga memilih untuk menolak untuk bekerjasama dengan mana-mana jenama pro-Israel dan percaya kepada rezeki dalam seni.
“Alhamdulillah, setakat ini, rezeki saya masih ada dan semakin sibuk dengan pelbagai aktiviti seni. Saya dan suami percaya rezekiNya. Hanya mereka yang terkesan dengan apa yang berlaku di Palestin sahaja akan lebih memahami.
“Saya sendiri setiap hari melihat video kekejaman yang berlaku di Palestin. Saya perlu bertegas kerana memiliki ramai peminat dan semestinya perlu menunjukkan teladan yang baik.
“Itu cara saya dan kalau ada selebriti lain yang masih ingin bekerjasama, itu terpulang kepada mereka. Setiap orang ada jalan hidup mereka sendiri.
“Malah sebelum ini, saya ada menolak bekerjasama dengan jenama yang saya rasakan tak selari dengan imej seperti syarikat rokok dan alkohol,” katanya.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Media Hiburan.
Serlahkan aura penampilan anda dengan stail yang lebih moden, ranggi dan sopan! Hijabista akan kongsikan idea dan juga tip untuk ‘upgrade’kan stail fesyen yang...