Buka ‘Lembaran’ Baharu, Puteri Sarah Cadang Tunai Umrah Dan Fokus Ibadah Usai Edah!

Share

Umum sedia maklum bahawa pelakon jelita, Puteri Sarah Liyana atau lebih mesra disapa sebagai Sarah kinj sedang berada dalam tempoh edah setelah mahkamah mengesahkan penceraiannya bersama pengarah, Syamsul Yusof pada 14 Jun lalu sekaligus terlerainya ikatan perkhwinan yang telah dibina selama 9 tahun.

Enggan terus dibawa emosi dan memikirkan perkara yang menyedihkan, Sarah bercadang untuk membuka lembaran hidup yang baharu sebaik sahaja berakhirnya tempoh edah beliau.

Mahu Tunai Umrah, Fokus Ibadah

Menurut Sarah, meskipun dia selalu dijemput menjadi tetamu Allah di tanah suci Mekah. Namun, dia tidak pernah merasa jemu untuk ke sana. Memandangkan di tanah suci adalah tempat terbaik untuk Sarah melakukan refleksi diri serta mendekatkan diri kepada Allah SWT.

“Insya-Allah, selepas selesai edah, saya nak mulakan hidup baharu dan menunaikan umrah. Ya, mungkin ada orang yang akan bercakap, saya dah selalu tunaikan umrah.

“Tetapi, bagi saya, Tanah Suci adalah tempat terbaik untuk saya berdoa, bermuhasabah diri dan memulakan permulaan baharu,” katanya lapor sebuah akhbar terkemuka tempatan.

Artikel Berkaitan: “Masa Inilah Ada Rumahtangga Yang Gagal”- Diuji Dengan Pelbagai Dugaan, Puteri Sarah Titip Rasa Syukur Tanda Allah Masih Sayang!

Tambahnya lagi, pemergian pada kali ini Sarah akan meninggalkan kedua cahaya matanya, Syaikhul Islam dan Sumayyah. Malah, hanya ditemani sahabat kerana Sarah mahu menfokuskan kepada ibadah sepenuhnya.

“Saya akan ke sana bersama sahabat saya yang juga ejen umrah dan ziarah. Kali ini, anak-anak tak ikut dan saya nak fokus kepada beribadah,” ujarnya lagi.

Sekadar info, pada 8 Mac 2014 Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin dan Syamsul Yusof telah diijabkabulkan di Masjid Al-Mukarramah, Bandar Sri Damansara.

Hasil perkahwinan selama lapan tahun itu, mereka telah dikurniakan sepasang cahaya mata lelaki dan perempuan, Syaikhul Islam Mohd Syamsul dan Sumayyah Mohd Syamsul.

Artikel Berkaitan: ‘Anak Soleh Mama Nanti Jaga Mama Ok’- Ramai Sayu Baca Ucapan Puteri Sarah Buat Anak Tersayang

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista.

Klik di sini.

Published by
Haifa Nasir