Toner merupakan antara produk yang wajib kita pakai setiap hari untuk miliki kulit yang sihat lagi bersih. Jika stok toner di rumah anda sudah habis, bolehlah guna kaedah alami ini yang mudah lagi selamat!
Caranya mudah saja. Yang paling penting, jangan buah air basuhan beras yang sudah anda gunakan sebaliknya simpan ia di dalam sebuah bekas. Kemudian, rendam kapas di dalamnya lalu lapkan ke seluruh muka.
Kaedah ini bagus untuk kulit wajah anda dan ternyata dapat menghilangkan lebihan kotoran serta minyak di wajah.
Jika diamalkan selalu, kulit muka akan kelihatan lebih berseri dan jerawat juga akan segan untuk muncul lagi.
Jadi, lepas ini anda boleh berjimat dengan hanya pakai toner buatan sendiri je. Pasti wajah akan jadi cantik menawan! Tak cuba tak tahukan?
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI