Setiap anak Adam pasti pernah melakukan dosa. Sebaik-baiknya menyesali dosa yang dilakukan dengan cara taubat nasuha.
Allah SWT sangat menyukai kepada hambaNya yang bertaubat. Satu-satunya pintu yang tidak akan tertutup ialah pintu taubat kepada Allah SWT.
Pelaku taubat itu akan rasa malu, sentiasa mengalirkan air mata dan menyesal akibat dosa yang dilakukan pada masa lalu.
Solat taubat mesti dilakukan selalu. Sampai hati terasa lapang, rasa bersih, barulah rajin nak beribadat. Bila dengar nasihat, hati macam seronok. Tidak mahu lagi buat dosa-dosa lama. In Shaa Allah itu tandanya taubat Allah sudah terima.
Solat taubat elok dilakukan pada waktu malam. Sebelum tidur atau sebelum Subuh. Waktu sunyi malam. Bersihkan diri. Ambil wuduk. Pakai wangi-wangi (bagi lelaki).
Bila sudah siap berdiri, Istighfar dulu.. Isitghfar pendek sahaja.. Baca seberapa banyak kita hendak sampai hati betul-betul tenang.. Kemudian barulah berniat..
أصَلِّي سُنَّةَ التَوبَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
“Ussoli sunnatan taubati rok ‘ataini liLLaHi Ta’ala”
(Sahaja aku solat sunat taubat 2 rakaat kerana ALLaH Taala)
1.Baca doa Iftitah dan al-Fatihah macam biasa.
2. Rakaat pertama, baca Sural al-Kafirun 1x
(Kalau ada yang tak hafal Surah ini, boleh baca Surah al-Ikhlas)
3.Rakaat kedua, baca Surah al-Ikhlas 1x.
Bila sampai waktu Sujud terakhir sebelum salam, selepas baca bacaan biasa waktu sujud, kita sambung baca doa Nabi Yunus a.s.
“La ilaha illa anta subhaanaka inniy kuntu minaz dzhoo limiin”
Bacalah 10x atau 20x atau 30x.. Ikut suka.
Waktu ini dahi kita sujud menyentuh bumi. Kita berada dalam keadaan hina sehina-hinanya sebagai hamba memohon keampunan daripada Pencipta kita.
Sujudlah lama-lama.. Lepas itu baru duduk tahiyat akhir, baca tahiyat akhir dan terus bagi salam.
Lepas bagi salam, Istighfar lagi.. boleh baca Istighfar pendek atau yang panjang.
“AstaghfiruLLaHhal’adziim /
️AstaghfiruLLaHhal‘adziim, alladzi laa ilaha illaa huwal haiyul qoiyuum wa-atubu ilaih.”
*Baca seberapa banyak yang kita mahu. Baca sampai hati rasa lemah.
*Bila rasa sudah cukup kita Istighfar, baru doa. Bila berdoa, kita mestilah betul-betul menyesal dengan dosa-dosa kita.. Mohon Allah ampunkan dan terima taubat kita.
Sebagai permulaan, baca doa sendiri dalam bahasa melayu. Luahkan apa yang terbuku dihati. Menangislah. Merayulah. Mohon Allah ampunkan dosa.
*Bayangkan kita cuma ada satu sahaja peluang ini untuk meminta ampun dengan Allah.
*Bayangkan Malaikat Izrail sudah ada di belakang kita hendak hendak mencabut nyawa. Sekejap lagi kita akan mati. Agak-agaknya apa kita akan mohon pada Allah?
*Istigfar dan baca doa. Dalam bahasa Melayu pun tidak mengapa. Selepas selesai berdoa, tutuplah doa kita itu dengan;
“Robbana aatina fid dun-ya hasanah wa fil aakhiroti hasanah waqinaa adza bannar”
Selepas itu duduk diam atas sejadah. Ambil masa 10 minit. Muhasabah diri kita. Tengok apa yang boleh kita perbaiki selepas ni.
Imam al-Ghazali ada berkata,
Tanda hati kita sudah mula hitam:
*Bila kita buat dosa, kita tidak rasa bersalah.
*Hilang kemanisan beribadah.
*Hati tidak makan nasihat.
HIJABISTA: Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini kita ada banyak masa di rumah. Cubalah lakukan solat taubat ini. Kita sucikan diri sebelum menyambut kedatangan bulan Ramadan.
Sumber kredit: Einie Noraini