Bagi wanita, keadaan kulit wajah yang kusam dan berminyak boleh menjadi punca hilangnya keyakinan diri. Krisis yang boleh menjejaskan keyakinan diri ini boleh mencacatkan penampilan.
Ada juga yang bersikap acuh tidak acuh dengan mencuba satu persatu produk kecantikan wajah di pasaran tanpa mengenali sendiri jenis masalah wajah dan struktur kulit.
Bagi mengetahui panduan mengenai penjagaan kulit supaya kekal cantik dan sihat dengan lebih tepat, setiap individu itu perlu mengetahui serba sedikit mengenai struktur kulit serta membuat sedikit kajian tentang sesuatu produk sebelum menggunakannya.
Bagi mereka yang memiliki kulit berminyak, perlu lebih selektif dalam memilih produk perawatan wajah. Jika tersalah pilih, kulit wajah akan mengalami alahan dan mungkin juga boleh menyebabkan masalah timbulnya jerawat.
Berikut dikongsikan beberapa pilihan produk untuk mereka yang memiliki kulit jenis berminyak.
Cadangan Produk Perawatan Wajah Untuk Kulit Berminyak
Cadangan produk perawatan wajah ini adalah langkah penjagaan asas kult wajah untuk langkah perawatan bagi mereka yang memiliki jenis kulit berminyak.
Dengan ekstrak kebaikan abu gunung berapi daripada kepulauan Jeju, serbuk arang, biji kacang soya, biji kacang bijan, buah beri hitam dan daun buah blackcurrant, pencuci ini mampu menyedut dan menarik keluar semua kotoran dan lebihan sebum. Ia tidak mengeringkan kulit wajah menjadikan kulit wajah sentiasa terhidrat dan lembap.
Krim ini akan melindungi wajah daripada pembentukan jeragat, bintik hitam, kesan sunburn, tona tidak sekata, tanda penuaan awal dan kulit kusam. Sunscreen adalah produk penting di dalam rutin penjagaan wajah bagi anda yang aktif menyertai sukan atau aktiviti luar dan kerap terdedah kepada sinaran UV. Sunscreen ini memberikan kesan matte dan tidak melekit pada kulit. Ianya juga bebas minyak dan tidak menyumbat pori-pori supaya kulit sentiasa dapat bernafas.
Freeman mask sememangnya sangat mudah untuk digunakan dan tidak comot.Mask ini dapat membantu menyerap minyak pada kulit wajah dan memberikan kesegaran pada kulit yang letih. Dengan bahan yang terkandung di dalam mask ini seperti buah teh dan buah lemon, ia semestinya bagus untuk kulit anda. Ia kaya dengan antioksidan bagi memberikan wajah anda kekal segar dan pastinya menenangkan.
Diperkaya dengan khasiat minyak Tea Tree, AHA, BHA dan PHA, serum ini amat sesuai untuk kulit berminyak dan berjeragat. Serum ini dapat membantu mengawal pengeluaran minyak dan membersih pori tersumbat kerana ianya akan membantu dalam proses pengelupasan sel kulit mati serta akan menghilangkan kesan jeragat dengan cepat.
HIJABISTA: Kulit berminyak juga agak sensitif. Oleh itu berhati-hatilah ketika memilih produk perawatan wajah yang sesuai. Jika boleh, dapatkan cadangan daripada doktor kulit jenis produk perawatan wajah yang sesuai digunakan.
Sumber kredit: Productnation Top image: Canva