Ramai yang beranggapan wanita bertubuh ramping lebih mudah untuk mengenakan pelbagai fesyen. Namun, terdapat segelintir hijabi yang terlalu kurus menghadapi kesulitan untuk berfesyen. Misalnya pakaian yang perlu dihindari adalah baju yang terlalu longgar seperti kemeja dan blaus. Ia akan menampakkan penampilan anda hodoh dan tidak kemas.
Selain itu, pakaian yang terlalu ketat juga tidak sesuai bagi tubuh yang ramping kerana ia akan membuatkan tubuh kamu lebih kurus. Elakkan pakaian berkolar berpotongan ‘V’.
Sebaik-sebaiknya, kenakan pakaian yang menutup tulang selangka (bagi yang tidak berhijab).Selain itu, warna pakaian sangat penting untuk efek sempurna. Elakkan pakaian berwarna hitam perlu dielakkan kerana ia akan memberi efek langsing pada bentuk tubuh badan. Anda digalakkan untuk memilih warna-warna yang cerah berbanding dengan warna gelap.
Begitu juga dengan pakaian yang bercorak juga sesuai untuk dipakai tetapi tidak terlalu banyak. Corak jalur ke bawah atau dikenali sebagai vertikal juga harus dielakkan kerana menampakkan anda kelihatan lebih kurus. Baju volume atau beralun-alun sesuai dipakai agar kelihatan lebih berisi.
Terdapat juga beberapa tip tambahan fesyen untuk anda yang mempunyai tubuh badan terlalu ramping. Perlu diingatkan pemilihan pakaian hendaklah tidak terlalu longgar dan tidak terlalu ketat.
2. Perhiasan yang terdapat pada baju di bahagian hadapan juga sesuai untuk dipakai.
3. Kepada penggemar seluar, pilih seluar yang lebar di bahagian bawah.
3. Seluar pendek atau ketat perlu dielakkan sama sekali kerana ia akan membuatkan kaki anda lebih kecil.
4. Pemilihan fesyen skirt pensel juga boleh membuatkan kaki dan punggung kelihatan lebih kecil.
5. Bagi aksesori, elakkan kuantiti yang terlalu banyak. Nampak sarat penampilan
anda.6. Pilih anak tudung ninja untuk menampakkan wajah lebih berisi dan tidak terlalu kurus.
Kesimpulannya, perempuan yang terlalu kurus atau gemuk tidak semestinya perlu mengikut peraturan fesyen. Malah boleh berfesyen dengan pelbagai idea sendiri asalkan menampakkan diri anda kelihatan menarik!
Artikel Berkaitan: Pereka Fesyen Muslimah Paling Trending Di Asia