Ramai yang suka makan roti namun sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bekalan roti agak sukar untuk didapati. Roti amat sedap dinikmati sama dengan marjerin, lepa kacang atau coklat dan sebagainya. Roti juga boleh dijadikan makanan tak kira waktu sebagai sarapan, makan tengahari mahupun malam.
Pada musim PKP ini jika anda sukar untuk mendapatkan bekalan roti, anda boleh cuba resipi ini. Bahan pun tidak banyak dan senang sahaja membuatnya.
Berikut perkongsian Azizi Rais
Anda ingat saya ada masa nak pikiaq pasai roti Gardenia
ROTI BENGGALI homemade is done..
#konpomjadik
BAHAN-BAHAN:
500 gm tepung high protin
275 ml air
1 paket yis kering
50 gm gula
Secubit garam
40 gm shortening
1.Campak semua sekali dlm mixer, uli sampai elastik dan kenyal.
2.Biarkan kembang sekali ganda.. tumbuk2 buang angin dia.
3.Bahagikan doh kpd bbrp bhgn ( sy agak2 utk 3 loyang )
4.Kemudian biarkan dia naik mengembang 3x ganda..
5.Kemudian baru bakar sampai golden brown.
Sumber kredit: Azizi Rais via Masak Apa Hari Ni (MAHN)