Buat Sendiri Masker ‘Organik’ Ini Di Rumah Sis, Dapat Atasi Pelbagai Masalah Kulit!

Share

Mempunyai kulit wajah yang selihat dan sememangnya merupakan impian setiap insan, khususnya kaum wanita. Malah, terdapat banyak cara untuk mendapatkan kulit wajah idaman hijabi ini, salah satunya dengan menggunakan masker secara konsisten pada wajah.

Di pasaran dah ada pelbagai macam masker wajah dengan khasiat dan kegunaanya masing-masing. Tapi kenapa perlu membazir wang? Lebih baik kita buat masker wajah organik sendiri dirumah je!

Masker Santan Tomato, Cerahkan Kulit Wajah

Tomato memiliki kandungan Lycopene yang tinggi untuk mencerahkan kulit wajah. Manakala, santan mampu memperbaiki tona kulit wajah yang tidak sekata, serta memelihara kesihatan kulit.

Untuk membuatnya mudah sahaja, sediakan 2 biji tomato yang telah potong halus dan kecil bersama 2 sudu santan.

Seterusnya, masukkan tomato ke dalam santan dan lenyek hingga tercampur sebati. Kemudian anda boleh mula menyapu lapisan pertama ke seluruh wajah.

Setelah lapisan pertama mengering, buat lagi 2 hingga 3 lapisan dan biarkan kering semalaman.

Masker Kunyit & Lidah Buaya Atasi Kulit Berminyak

Kunyit akan membantu membuat warna kulit lebih cerah dan menjadi lebih sekata sekaligus merawat masalah jerawat. Gel Aloe Vera pula akan menyejukkan kulit dan kelembapan kulit wajah akan dapat dikunci. Aloe Vera mengandungi antibakteria yang mampu mengusir kulit dari terkena jangkitan kuman.

Oleh itu, campuran dua bahan ini sangat sempurna untuk mengatasi masalah kulit. Salah satunya adalah masalah kulit berminyak.

Caranya, campurkan satu sudu makan kunyit bersama 2 sudu makan gel aloe vera. Sapukan secara merata ke wajah dan biarkan kering selama 15 minit, setelah itu bila menggunakan air suam hingga bersih.

Kulit Bebas Jerawat Dengan Masker Serbuk Kayu Manis & Madu

Jerawat muncul di wajah disebabkan oleh pengumpulan bakteria. Jadi kayu manis dan madu adalah dua bahan yang mempunyai sifat anti bakteria yang tinggi sehingga keduanya sering dijadikan bahan asas yang digunakan didalam setiap ubat anti-jerawat yang terdapat di pasaran.

Artikel berkaitan: Selain Enak Dimakan, 5 Masker Avocado Ini Bantu Hijabi Tangani Masalah Jerawat!

Cara untuk membuatnya di rumah, campurkan 2 sudu makan madu dan 1 sudu teh serbuk kayu manis. Sapukan secara merata pada seluruh wajah. Biarkan selama 30 minit, kemudian bilas menggunakan air bersih.

Madu Dan Putih Telur, Hilangkan Bintik Pada Wajah

Putih telur akan memberi nutrisi pada kulit dan juga membuat kulit wajah lebih tegang. Tetapi apabila putih telur dicampur dengan madu, ia mampu mengecilkan liang pori dan mengatasi masalah bintik hitam pada wajah.

Caranya, sapukan campuran putih telur dan madu di wajah. Biarkan selama 20 hingga 30 minit, kemudian bilas dengan air suam hingga bersih.

Kombinasi Putih Telur & Lidah Buaya Agar Kulit Kekal Awet Muda

Telur mengandung protein dan juga kolagen yang tinggi. Jadi campuran dua bahan ini iaigu putih telur dan Aloevera membantu mengatasi masalah radang, garis penuaan, dan kedutan serta meningkatkan keanjalan kulit agar kekal awet muda.

Campurkan satu sudu lidah buaya dan 2 sudu gel Aloevera. Biarkan sehingga kulit terasa tertarik dan tegang selama 10 hingga 15 minit. Seterusnya bilas menggunakan air bersih.

Artikel berkaitan: Tak Perlu Bazirkan Wang! Cantikkan Kulit Secara Semulajadi Dengan Air ‘Ajaib’ Ini, Buat Di Rumah Je

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Haifa Nasir