Instastory yang dimuat naik oleh penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza atau lebih mesra disapa Tok Ti baru-baru ini mengujakan ramai apabila peminat mengandaikan beliau sedang hamil anak kedua kerana terlihat seperti baby bump dalam videonya itu.
Menerusi twitter @IniAlannn, niat asal penyanyi tersebut adalah membuat video review mengenai nasi ayam yang diterimanya namun lain pula yang menjadi apabila perutnya pula menjadi tumpuan.
Cari perkara tersembunyi dalam ig story Tokti ni 🤰 pic.twitter.com/wS2Ycu3nAN
— Alan Al Padat (@IniAlannn) November 22, 2020
Ramai netizen yang membuat andaian tersendiri lepas melihat video tersebut. Mereka teruja dan berharap spekulasi tersebut adalah benar. Pasti Aafiyah juga seronok bukan!
Sama-samalah kita doakan yang terbaik untuk Tok Ti dan semoga beliau sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat. Amin.
sumber: twitter @IniAlannn
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Vadai Kentang, Lembut Dan Rangup, Asyiknya Kunyah Krup Krap, Sesuai Untuk Minum Petang
Pernah makan kuih Vadai? Kebanyakan orang Malaysia pasti pernah makan kuih ini bukan?Rasanya yang sedap dan rangup membuatkan sajian ini begitu asyik sekali dinikmati. Jika biasanya Vadai menggunakan kacang dhall, kali ini Hijabista kongsikan resipi vadai dari bahan asas utama ubi kentang.
Jom kita cuba resipi vadai perkongsian dari Zira Eera
Potato vadai…
Soft & crispy…
Cara-cara👇step by step
BAHAN-BAHAN:
500 gm ubi kentang
50 gm tepung beras
2 biji bawang besar – dicincang
Daun ketumbar dicincang
Cili padi dicincang (ikut kepedasan masing-masing)
¼ tsp serbuk cili
Garam ikut taste masing-masing
Menu ini memang sesuai sangat untuk minum petang. Sesuai juga dinikmati seisi keluarga. Selamat mencuba!
Sumber kredit: Zira Eera
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Saya Pandai Senyum Pun, Bukan Jeling Je’- Gaya Spontan Puteri Afzan Curi Tumpuan Semua
Kecantikan puteri-puteri Raja Permaisuri Agong sememangnya tidak dapat dipertikaikan lagi. Sama cantik persis bondanya iaitu Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah baru-baru ini mencuri tumpuan ramai apabila gelagat spontannya ‘menjeling’ sempat dirakam kamera.
Gambar itu dirakam sewaktu Puteri Afzan bersama adindanya iaitu Tengku Puteri Jihan Azizah Athiyatullah menghadiri majlis sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan yang diadakan baru-baru ini.
Seorang pelayar twitter iaitu @journaljeeb mengusik Puteri Afzan berkenaan gambarnya itu.
Membalas usikan itu sambil berseloroh, Puteri Afzan mengatakan dirinya dan jelingan tidak dapat dipisahkan. Tweetnya itu hingga kini telah mendapat lebih 7 ribu ulang kicau di laman Twitter.
Memuat naik gambarnya sewaktu kecil, Puteri Afzan berjenaka mengatakan dirinya sejak kecil lagi sudah suka menjeling.
Selain itu, ada juga yang mengatakan gaya jelingan itu saling tidak tumpah seperti ayahandanya sendiri.
Sering dikatakan memiliki wajah mirip aktres Izara Aishah, Puteri Afzan juga telah memuat naik gambarnya ketika sedang senyum dengan caption yang sungguh bersahaja.
Bukan hanya cantik dan pandai membawa diri, malah kedua-dua puteri ini juga bijak berkomunikasi bersama rakyat di laman sosial. Patutlah disayangi ramai.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Poligami’ Tak Salah Ianya Satu Keberkatan, Namun Jika Silap Langkah Bertukar Jadi Musibah! – PU Syed
Sejak semalam, negara digemparkan dengan pengakuan seorang pengarah filem tersohor, yang akhirnya berterus terang sudah berkahwin dua, sekaligus meleraikan kemelut rumahtangganya yang menjadi perdebatan hangat dan tanda tanya dikalngan warga maya.
Pendedahan tergempar itu, telah mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan peminat rakan-rakan selebriti tempatan dan juga seluruh rakyat Malaysia.
Ada yang bersetuju dan tidak kurang juga yang menyangkal. Justeru, ini pandangan yang dikongsikan Pencetus Ummah (PU) Syed berhubung isu poligami.
Jika Berpoligami, Lelaki ‘Wajib’ Berlaku Adil Dan Saksama!
Menurut, PU Syed atau nama lengkapnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak ketika ditemubual sebuah portal infortaiment, beliau menjelaskan bahawa poligami bukanlah satu kesalahan samada disisi agama, apatah lagi dimata hamba.
Bagaimanapun, tegasnya jika seorang suami mahu berpoligami atau mempunyai keinginan berkahwin lebih dari satu, suami itu perlulah menepati syarat-syarat ketat berpoligami seperti yang dianjurkan dalam Islam.
Syarat yang pelu dititikberatkan adalah kemampuan si suami untuk berpoligami dan berlaku adil, serta memberikan layanan saksama terhadap keperluan zahir dan batin kepada setiap isteri-isterinya.
“Islam membenarkan lelaki bernikah lebih daripada seorang namun kebenaran ini datang dengan syarat yang ketat dimana mereka (suami) mestilah berkemampuan dari sudut zahir dan batin.
“Mereka juga perlu adil mengurus masa untuk para isteri dan anak-anak, menghargai mereka dan bukan hanya terpesona dengan yang ‘baharu’ sahaja,” katanya lapor Mstar.
Poligami Satu Keberkatan, Tersalah Langkah Jadi Musibah!
Tegasnya lagi, tujuan poligami dalam Islam adalah sebagai satu indikator menambah keberkatan, tetapi kebanyakan lelaki memandang ‘enteng’ syarat-syarat yang ditetapkan untuk berpoligami sehingga ia bertukar menjadi musibah.
“Ada dalam kalangan lelaki yang anggap perkara ini hanya sekadar syarat, tanpa memberi kesan jika mereka mahu berpoligami.
“Maka akan timbullah krisis rumah tangga yang akhirnya bukan menambah berkat, sebaliknya mencipta musibah,” ujarnya.
Mengulas lanjut berhubung isu ini, Syed turut menasihatkan para isteri solehah di luar sana agar tidak mudah melatah sekiranya mengetahui suami sudah berpoligami dengan mendedahkan kemelut rumah tangga, kepada khalayak umum sehingga boleh mengaibkan si suami.
Artikel berkaitan: Jangan Biarkan Diri Tidak Berilmu, Para Wanita Harus Fahami Tentang Konsep Poligami!
“Tatkala mendapat khabar suami berpoligami janganlah terkejut, menangis, mengamuk serta buat perkara-perkara yang boleh menimbulkan keaiban.
“Habis semua cerita suami didedahkan semata-mata untuk memuaskan hati sendiri. Apa lagi sekarang ini menjadi tempat luahan hati, dari orang tidak tahu, jadi tahu tentang isu rumah tangga,” ujarnya.
Justeru, katanya lagi poligami bukanlah titik noktah kepada perhubungan diantara suami dan isteri sekiranya tidak berlaku penceraian, jadi segala permasalahn yang timbul berhubung poligami perlulah dibincangkan dengan seseorang yang boleh membantu memperbaiki keadaan menjadi lebih baik.
“Bagi yang dimadukan, jangan rasa ini pengakhiran hubungan anda. Carilah rakan yang boleh menasihati dengan baik dan bukan ingin melihat rumah tangga anda hancur berkecai,” jelasnya.
Sumber: MSTAR
Artikel berkaitan: ‘Cemburu Seorang Perempuan’ Drama Kisah Poligami Yang ‘Luar Biasa,’ Deep Perkongsian Peguam Syarie Ini
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI