Instastory yang dimuat naik oleh penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza atau lebih mesra disapa Tok Ti baru-baru ini mengujakan ramai apabila peminat mengandaikan beliau sedang hamil anak kedua kerana terlihat seperti baby bump dalam videonya itu.
Menerusi twitter @IniAlannn, niat asal penyanyi tersebut adalah membuat video review mengenai nasi ayam yang diterimanya namun lain pula yang menjadi apabila perutnya pula menjadi tumpuan.
Cari perkara tersembunyi dalam ig story Tokti ni 🤰 pic.twitter.com/wS2Ycu3nAN
— Alan Al Padat (@IniAlannn) November 22, 2020
Ramai netizen yang membuat andaian tersendiri lepas melihat video tersebut. Mereka teruja dan berharap spekulasi tersebut adalah benar. Pasti Aafiyah juga seronok bukan!
Sama-samalah kita doakan yang terbaik untuk Tok Ti dan semoga beliau sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat. Amin.
sumber: twitter @IniAlannn
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘I Married My Bestfriend!’- Yonnyboii, Nik Nazira Selamat Bergelar Suami Isteri Sabtu Lepas
Penyanyi yang popular dengan lagu Salahku, Yonnyboii telah selamat bergelar suami kepada suri hatinya, Nik Nazira yang juga seorang pempengaruh laman sosial.
Baru sahaja bertunang pada bulan lalu, pasangan ini mengejutkan ramai apabila mereka memuat naik foto pernikahan mereka di Instagram pada malam semalam.
Jelas Nazira, mereka sebenarnya telah bernikah pada hari Sabtu yang lepas dan mahu merahsiakannya sehingga Januari akan datang namun terpaksa diumumkan lebih awal memandangkan video majlis pernikahan mereka sudah tersebar di laman TikTok.
Walaupun terpaksa melakukan persiapan dalam keadaan segera, namun mereka bersyukur kerana segala urusan dipermudahkan olehNya.
Heres a story,
We got married last saturday 20/11,
Wanted to keep it a secret until January but there was a video going around tiktok about our little wedding ceremony, we tried to control that but somehow word got out so we decided to just announce our marriage. It was very last minute, got my dress done in a day, venue done in a day & even the tok kadi had to clear up his schedule in a day 😂🤍
But Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan
Saya nikahi teman baik saya!
Dear bestie, lover, wife, thank you for making me the most happiest man in the world.
Tahniah diucapakan kepada pasangan ini! Sama cantik sama padan. Didoakan moga bahtera perkahwinan ini akan kekal selamanya hingga ke syurga.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hilangkan Kebosanan Buat ‘Kek Tornado Viral’ Semudah ABC. Sedap Tak Boleh Bawak Bincang
Pelbagai kek viral terdapat di media sosial, tapi yang ni paling mudah. Kek tornado viral ni paling menggiurkan min, idea tersedia dalam pek eco memudahkan anda lepas makan terus buang.
Kek viral yang bertopping cheese atau bertopping coklat yang menggiurkan. Namun, kali ini bukan sekadar kek coklat yang biasa. Kek coklat ‘viral’ ini sangat moist dan gebu ditambah pula dengan topping coklat yang meleleh dan bersusu.
Nikmatnya! Batalkan sahaja niat nak berdiet apabila anda menikmati kek ini. Tengok saja pun dah kecur air liur. Jom cuba resepi ni, buatlah banyak sedikit boleh agihkan untuk keluarga yang pulang ke kampung nanati. Ini resepinya!
BAHAN UNTUK KEK:
Bahan A:
- 5 biji telur
- 1 cawan gula halus
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 1/2 cawan susu pekat
- 1 cawan minyak atau marjerin cair
Bahan B
- 1 1/2 cawan tepung gandum
- 1 cawan serbuk koko
- 1 sudu kecil baking powder
- 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
- Sedikit garam halus
Bahan C
- 1/2 cawan air panas
Cara-cara:
- Satukan telur, gula dan esen vanilla. Kacau rata gunakan senduk atau whisk.
- Kemudian masukkan susu pekat dan marjerin.
- Di dalam bekas yang lain ayakkan bahan B. Kemudian masukkan bahan B ke dalam bahan A. Kacau dengan sebati.
- Masukkan air panas dan kacau sekali lagi sehingga tiada ketulan tepung.
- Masukkan adunan ke dalam bekas kecil dan kukus selama 30 minit atau sehingga masak.
Bahan untuk coklat ganache:
- 500g milk chocolate
- 1 cawan dairy whipping cream
- 1 sudu besar marjerin
Cara-cara untuk coklat ganache:
- Satukan semua bahan dan cairkan dengan kaedah double-boil.
- Kacau sehingga likat dan smooth
- Kemudian, sejukkan sebentar di dalam peti bahagian biasa.
Bahan untuk topping cheese:
- 250g cheese tatura
- 3 sudu besar susu pekat
- 1/2 cawan non-dairy whiping cream
- 1/4 cawan susu segar
Cara-cara untuk topping cheese:
- Masukkan cheese dan susu pekat dalam mixer dan whisk sampai sebati.
- Kemudian masukkan whiping cream sejuk-sejuk dan whisk sehingga kembang.
- Selepas dah gebu, masukkan susu segar dan whisk sekali lagi.
- Ambil kek yang sudah siap dikukus dan sapu topping cheese diatas kek dengan rata.
- Selepas itu, keluarkan coklat ganache di dalam peti sejuk dan tuangkan diatas layer cheese. Taburkan topping mengikut citarasa masing-masing.
RESEPI: Azlina Ina Summer: Dailymakan.com
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
10 Gaya Terkini MIRA FILZAH Setelah Berstatus Ibu, Sederhana Namun Kekal Anggun!
Mira Filza antara selebriti berhijab yang sering menjadi perhatian kerana bakat lakonan dan pengacaraannya yang hebat.
Antara lakonan Mira Filzah yang paling trending ialah drama bersiri Eksperimen Cinta dan Cinta Si Wedding Planner.
Menyingkap penglibatan awalnya dalam bidang seni, Mira Filzah atau nama penuhnya Nur Amirah Filzah Badioezaman merupakan seorang model sambilan.
Ketika itu wajah manisnya sering menghiasi media-media cetak dan elektronik.
Drama televisyen pertama Mira Filzah ialah Dunia Lola, sebuah program kolaborasi antara Hijabista dengan salah satu jenama syampu terkenal.
Sememangnya, graduan Universiti Teknologi MARA (UiTM) jurusan Perniagaan Antarabangsa berusia 30 tahun ini memiliki pesonanya yang tersendiri.
Melihat kepada penampilannya, ibu kepada seorang cahaya mata lelaki bernama
Wan Khair Amir ini seorang yang pandai bergaya.
Apa jua gaya yang dikongsikan di platform media sosialnya sering meraih pujian ramai serta menjadi ikutan terutama stail tudungnya.
Mempunyai 7.3 juta pengikut di Instagram, tidak hairanlah jika setiap kali Mira Filzah memuat naik gambarnya pasti akan mendapat tanda ‘Like’ yang tinggi.
Setiap OOTD yang ditampilkan menyerlahkan sisi dirinya yang riang, aktif dan ceria! Malah, semakin cantik dan berseri-seri isteri kepada Wan Emir Astar ini.
Berikut 10 gaya ‘OOTD’ terkini Mira Filzah yang menjadi pilihan Hijabista.
Kredit Foto: Instagram Mira Filzah
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI