Buat Rawatan Putihkan Gigi Di Siang Hari Ramadan, Ketahui Hukumnya

Share

Ada rawatan perubatan yang boleh membatalkan puasa. Antara rawatan yang membatalkan puasa ialah memasukkan tiub ‘catherer,’ iaitu alat pemeriksaan ke dalam saluran kencing dan barium atau ubat pencuci ke dalam saluran kencing pesakit lelaki atau wanita (contohnya memasukkan urinary catherer untuk rawatan sumbatan salur kencing).

Namun timbul persoalan di sini tentang rawatan yang melibatkan gigi. Adakah rawatan gigi boleh membatalkan puasa antaranya ialah rawatan untuk memutihkan gigi. Rawatan pemutihan gigi atau bleaching adalah rawatan mengilatkan gigi yang telah kuning atau pudar warnanya sama ada vital bleaching atau non vital bleaching.

Hukum bagi rawatan memutihkan gigi adalah harus dan dibolehkan selama mana tidak menelan air semasa proses rawatan.

Photo by cottonbro from Pexels

Ini adalah berdasarkan pandangan Keputusan Majma’ al-Fiqhi al-Islami [No. 93 (1/10) pada 23-28 Safar tahun 1418H bersamaan 28 Jun – 3 Julai 1997] yang menjelaskan bahawa perkara berikut tidak membatalkan puasa:

“Menampal, mencabut, mengorek dan mencuci gigi atau menggunakan alatan dan berus gigi, dengan syarat tiada apa-apa bahan yang memasuki perut dari prosedur tersebut.”

Photo by Tima Miroshnichenko from Pexels

Hal ini juga bertepatan dengan keputusan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam buku Garis Panduan Berpuasa Bagi Pesakit yang menyebut:

“Perkara-perkara yang berkaitan rawatan perubatan yang tidak membatalkan puasa ialah…Melakukan prosedur tampalan gigi, cabutan atau pembersihan gigi dan memberus gigi menggunakan siwak (tooth cleanser) dengan syarat individu tersebut tidak menelan apa-apa bahan semasa prosedur rawatan tersebut.”

(Garis Panduan Berpuasa Bagi Pesakit, hlm. 6)

Semoga Allah mengurniakan kepada kita kefahaman dalam agama dan dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna.

Sumber kredit: Laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Top image: Photo by Cedric Fauntleroy from Pexels

Published by
Norhasliza