Buat Muslimah Yang Rasa Sukar Untuk Kekal Istiqomah, Bacalah Perkongsian Ilmu Dari Diana Amir Ini

Share

Sejak kebelakangan ini, ramai muslimah yang lebih selesa untuk mengenakan hijab dan lebih senang untuk mendekatkan diri dengan Islam sekaligus mengubah hidup ke arah kebaikan.

Walaupun begitu, iman kita ini ada naik dan turunnya. Tidak kiralah berapa lama masa yang kita ambil untuk berhijrah, kadang kala kita pasti akan cabarannya yang tersendiri yang terpaksa dihadapi untuk kekal istiqomah.

Bagi mendorong hati agar sentiasa tetap dengan pendirian, Hijabista kongsikan pandangan artis popular, Diana Amir mengenai usaha yang boleh dilakukan oleh seseorang muslimah itu akan kekal berada di landasan yang benar. InsyaAllah.

Apa pandangan Diana mengenai hijab dan caranya untuk kekal istiqomah?

Hijab bukan hanya tudung tapi menjaga kehormatan Diana,seorang wanita itu dengan menutup auratnya kepala sampailah ke kaki.

Sebenarnya itu istiqomah itu memang sukar, kecuali beriman kepada Allah swt. So, cara untuk istiqomah first sekali berniat kerana Allah. Nak berhijab atau nak melakukan apa-apa itu kerana Allah.

Kemudian berkawan dengan orang yang baik. Seterusnya, dekatkan diri dengan ustaz atau ustazah dan juga selalu mendengar ceramah-ceramah agama ke ataupun baca buku-buku agama ke supaya hati kita sentiasa dalam keadaan nak menjadi lebih baik lagi.

And then, yang ketiga kena cari ilmu. Kalau kita tiada ilmu bagaimana kita hendak perbaiki hidup kita. Kalau kita niat dah betul tapi ilmu tiada , kita akan tersasar juga.

Yang keempat, kita kena mujahadah melawan nafsu-nafsu kita. Kita kena sentiasa berperang dengan nafsu yang ada dalam diri. Nafsu itu sebenarnya boleh dipandukan ke arah yang lebih baik.

Yang kelima, mungkin kita boleh sentiasa bersyukur dengan apa yang Allah beri pada kita di dunia ini supaya rasa bersyukur itu kita tidaklah akan menyalahkan keadaan ataupun sebagainya sebaliknya kita akan sentiasa rasa happy bila bersyukur dan dengan bersyukur barulah kita akan berhijab dan mengikut apa sahaja perintah Allah itu dengan lebih ikhlas. InsyaAllah.

Published by
Qistina