Anda baru putus cinta dan merasakan dunia ini kosong serta tidak adil kepada diri anda?
Realitinya putus cinta sesuatu yang menyakitkan. Selain dirundung kesedihan, seseorang yang putus cinta juga pasti kecewa dan amarah hingga mengalami tekanan perasaan.
Ketika mana cinta di tolak dan juga putus cinta, adakalanya, kita merasakan terlalu sakit, down, sedih dan banyak lagi perasaan yang negatif. Walaupun perasaan putus cinta ini diibaratkan sebagai luka yang dalam, namun ia dapat diiubati dengan masa, penjagaan diri sendiri dan melihatnya dari sudut positif.
Namun, adalah penting bagi seseorang itu untuk menerima kenyataan dan pelajari apa yang silap seterusnya perbaikinya dalam hubungan yang akan datang.
Berikut amalan doa yang dikongsikan oleh Prof Madya Dato’ Dr Mohd Izhar Ariff buat mereka yang sedang putus cinta.
1.Letakkan tapak tangan pada dahi atau dada.
2.Bacalah ayat (seperti yang di atas).
3.Setelah selesai membaca ayat ini, genggam tapak tangan kemudian buat isyarat seperti membuang.
Sumber kredit: Prof Madya Dato’ Dr Mohd Izhar Ariff
DAPATKAN HIJABISTA E-MAGAZINE DENGAN MEMUAT TURUN APLIKASI EMALL DI GOOGLE PLAY DAN APP STORE.
http://emall.karangkraf.com/Shop/Magazine/HIJABISTA
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Solekan Mata Terlampau Tetapi Berniqab, Ustazah Asma’ Harun Nasihati Supaya Berhati-hati
Iman bukanlah suatu benda yang mudah diwarisi oleh seseorang. Meski pun ia boleh meningkatkan, ada kalanga ia juga boleh menurun tanpa kita sedar.
Artikel berkaitan: Demi Menjaga Aurat Wanita, Kedai Kasut Ini Gunakan Kaki Lelaki Sebagai Model Mereka
Tampil memberikan pandangan mengenai solekan mata bagi wanita berniqab, Ustazah Asma’ Harun ambik pendekatan ini untuk kongsi pendapatnya di laman media sosial. Bukan sahaja bagi mereka yang berniqab malah untuk semua wanita.
Niqab untuk elak tabarruj dan juga fitnah
Ramai yang tampil berniqab pada masa kini dan mereka kelihatan manis dan cantik. Namun, ada juga yang memakai niqab tetapi kelihatan sedikit ‘menonjol’ pada bahagian yang jelas terbuka.
Berkongsi di laman media sosial, Ustazah Asma’ Harun memberi pandangan bagi mereka yang membuat solekan mata walaupun berniqab. Ia terlalu tampak menonjolkan serta menarik untuk khalayak ramai.
Jelasnya lagi melalui video pautan yang dimuatnaik itu, bahagian mata serta mulut adalah antara ciri muka yang paling menarik. Bahkan, orang mudah tertarik untuk melihat kedua bahagian itu.
@f4tin4yu90 #niqab #subahanallah #ustazahasmaharun ♬ bunyi asal – 4yuKamil90
Katanya lagi, pemakaian niqab itu pada dasarnya untuk mengelakkan dari tabarruj mahupun perhatian kepada individu yang mengenakan pemakaian niqab. Maka niat di situ patut di nilai terlebih dahulu.
“Pakai niqab tetapi mata sangat cantik. Tujuan pakai niqab untuk tidak menarik perhatian. Mata dengan mulut tarikan yang kuat bagi wajah, sama ada lelaki ataupun perempuan,
“Saya bukan tujukan kepada wanita pakai niqab saja.. semua wanita lah. Cuma bila pakai niqab, keinginan lelaki untuk melihat kecantikan wanita itu kadang-kadang lebih.’ katanya.
Pendakwah bebas itu juga menegaskan bahawa kaum lelaki ini akan mudah tertarik pada mata wanita sehingga membuatkan mereka terbayangkan sesuatu yang berlebih-lebih. Oleh dengan itu, Ustazah Asma’ nasihati untuk para wanita berniqab supaya mengurangkan sedikit penggunaan solekan mata.
“Sama ada pakai niqab atau tidak, maksudnya biarlah wajah kita natural. Kecuali mungkin pakai bedak sikit, sunblock ke krim untuk menutup cela,
“Itu kalau kita baca yang ditulis oleh jabatan mufti iaitu dibenarkan syarak supaya ada keyakinan diri, diri itu lebih bersih dan kemas dengan tujuan tersebut. Jangan sampai bertabbaruj,”ujarnya lagi.
Sebagai kefahaman kita, nasihat Ustazah Asma’ adalah supaya kaum wanita yang ingin menutup aurat dengan sempurna haruslah elakkan dari solekan yang berlebihan. Khuatir kita akan terlebih-lebih sehingga menjadi tabarruj. Alangkah manis kalau kita masih menutup aurat tetapi kenalan solekan natural!
Sumber: Ustazah Asma’ Harun dan Ohmymedia!
Artikel berkaitan: Dikritik Kerana Persoal Wanita Tak Jaga Aurat, Gadis Berniqab Ini Tampil Mohon Maaf
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tak Happy Langsung Dengan Hadiah Yang Anda Dapat? Janganlah Sampai Bagi Orang Lain…
Pernah tak anda terima satu hadiah dari orang, tetapi apakan daya, hadiah itu bukanlah benda yang anda suka. Jadi anda pulak rasa sayang untuk simpan, apa kata jual? Dapat jugak duit betul tak?
Artikel berkaitan: Wajah Berubah Sewaktu Hamil, Wanita Bersyukur Suami Tak Jemu Beri Sokongan & Pujian
Ha…tahu tak sebenarnya itu satu perbuatan yang salah. Kenapa perlu anda tidak rasa bersyukur dengan pemberian yang diberikan oleh seseorang itu. Bukan ke lebih baik ada dari tiada?
Tak rasa bersyukur dengan ‘nikmat’ yang ada
Bagaimana nak rasa bersyukur jika ada perasaan kecewa saat terima pemberian hadiah yang diberikan. Tidakkah anda rasa ia merupakan satu sifat yang tidak disukai oleh Allah SWT dan juga Rasulullah SAW.
Perbuatan ini dipanggil hibah atau dalam pengertian yang lebih jelas adalah pemberian hadiah kepada seseorang. Dalam agama Islam, perbuatan ini sangat digalakkan sebagai satu tanda kasih sayang dan kita juga sepatutnya tidak mengharapkan apa pun jenis balasan.
Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud:
“Hendaklah kalian saling memberi hadiah, nescaya kalian akan saling mencintai”
(Hadis Riwayat Bukhari)
Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa kita tidak boleh sama sekali untuk kita menjual hadiah yang diterima. Bukan sahaja tidak boleh dijual, namun, kita juga tidak boleh memberikan hadiah yang diterima kepada orang lain.
Akan tetapi, tiada pula dalil yang menunjukkan samada boleh atau tidak boleh menjual hadiah mahupun menghadiahkan semula barangan tersebut kepada orang lain. Apabila kita menerima hadiah itu, terpulang kepada kita untuk menguruskannya mengikut kehendak sendiri.
Artikel berkaitan: Zizi Kirana Tak Menyesal Dengan Penghijrahan- ”Saya Bersyukur Dengan Transisi Ini”
Kenapa? Kerana hadiah itu telah pun menjadi hak milik mutlak. Jadi si pemberi tidak boleh katakan tidak tetapi bukankah ia kelihatan tidak manis jika mereka lihat kita seolah-olah tidak bersyukur menerimanya?
Ianya sekarang berpaling semula kepada adab serta nilai moral yang tersemat dalam diri masing masing. Adakah kita sanggup melihat pula rakan kita sedih apabila pemberian hadiah mereka kepada kita itu tidak dihargai. Jagalah adab serta akhlak anda kerana itu cerminan diri anda yang sebenar.
Sumber info: Gegar
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Lepas Ibu Mertua Meninggal, Ekin Dedah Rahsia Kebolehan Arwah Ajar Mengaji Tanpa Lihat Kitab
Dalam kita seronok meraikan cahaya Aidilfitri kali ini, ada juga di kalangan selebriti yang bersedih kerana kehilangan insan tersayang. Terbaru penyanyi dan juga penyampai radio di Zayan FM, Mawi yang pernah mencetus fenomena suatu ketika dulu, telah kehilangan ibu tersayang, pada Syawal mulia.
Ibunya, Ramlah Sarlan yang meninggal dunia pada usia 73 tahun pada waktu Maghrib bersamaan 15 Syawal di rumah di Felda Taib Andak, Kulai, Johor. Sebelum itu, arwah yang berdepan masalah kesihatan kerana komplikasi beberapa penyakit dimasukkan ke hospital sejak Syawal kelima.
Walaupun Mawi bersedih dengan kehilangan ibunya ini, tetapi dalam masa sama berasa tenang dan bersyukur kerana dapat menjaga arwah dari awal hingga ke akhir hayatnya.
Bukan sahaja Mawi atau nama penuhnya Asmawi Ani, malah isterinya Nora’Asikin Rahmat atau Ekin juga turut terkesan dengan kehilangan ibu mertua yang disayangi ini.
Ketika dihubungi Hijabista baru-baru ini dia menyatakan kesedihannya dengan berita pemergian insan tersayang berkenaan.
“Memang Ekin rasa sedih dengan kehilangan mak. Hubungan kami memang sangat rapat dan baik. Kali terakhir bertemu dengan Mak dua hari sebelum arwah meninggal dunia. Masa itulah kali terakhir kami menjaga Mak di Hospital.
“Mak meninggal ketika kami berdua tiada di sisinya. Dua hari lepas menjaganya di Hospital Kulai, mak menghembuskan nafas terakhirnya,” ujar Ekin terkenang momen manis semasa hayatnya arwah
Menurut Ekin, dia cukup kagum melihat kelebihan arwah ibu mertuanya itu walaupun sudah berusia tetapi boleh mengajar anak-anak orang kampung mengaji hanya dengan mendengar sahaja.
“Ekin memang respek dengan arwak Mak. Dia boleh ajar anak-anak orang kampung mengaji hanya dengan mendengar sahaja tanpa melihat kitab atau muqaddam.
“Itu pencapaian yang sangat hebat dan momen paling manis untuk Ekin kenang sampai bila-bila. Mak memang jenis kurang bercakap, tetapi suka tengok gelagat anak-anak dan cucunya.
“Lagi satu apa yang Ekin sedari, arwah juga ketika hayatnya seorang ibu yang sangat-sangat kuat dan tinggi tahap redanya. Biarpun pelbagai dugaan hebat yang datang, Mak tetap tenang menghadapi segalanya,” tambahnya lagi ketika ditanya ajaran arwah yang akan diingati sampai bila-bila.
Untuk pengetahuan, Ekin dan Mawi berkahwin pada tahun 2008 dan diraikan dalam satu majlis penuh gemilang. Pasangan yang sudah 10 tahun mendirikan rumah tangga ini dikurniakan seorang anak, Cahaya Malaika kini berusia 6 tahun.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI