Bertuah mereka yang berpeluang menjadi tetamu Allah musim haji kali ini. Seharusnya jemaah haji yang telah berpeluang menjadi tetamu Allah pada tahun ini menginsafi dan bermuhasabah diri terhadap peluang dan anugerah yang telah diberikan oleh Allah SWT.
Betapa ramai yang masih menunggu giliran dan menanti dengan penuh sabar untuk dimenjejakkan kaki ke Tanah Suci Makkah. Gunakanlah peluang ini sebaik mungkin untuk melakukan sebanyak-banyak amal ibadah.
Berikut perkongsian Najmi Farisham tentang amalan-amalan yang boleh dilakukan ketika menjadi tetamu Allah.
Kawan-kawan yang sedang berada di Tanah Haram Mekah, manfaatkanlah peluang ketika di sana sebaiknya. Sesungguhnya, kalian berada disebaik-baik tempat atas muka bumi ini.
Pulunlah berbuat ibadat di sana. Perbanyakkanlah solat sunat terutamanya di Masjidilharam. Punyalah besar rahmat Tuhan, sehingga memberikan gandaan 100 ribu kali tiap satu solat yang kita kerjakan.
Solat fardu, sudah semestinya berjemaah di masjid. Solat-solat sunat yang lainnya pula, buat banyak-banyak.
Tiap kali masuk masjid, buat solat sunat tahiyatul masjid.
Tiap kali selesai berwuduk, buat solat sunat wuduk.
Tiap kali selepas azan, buat solat sunat qabliyyah.
Tiap kali siap solat fardu, buat solat sunat ba’diyyah.
Terjaga di tengah malam, buat solat sunat tahajud dan witir.
Sambil-sambil tunggu hendak keluar ziarah, buat solat sunat duha.
Kautlah pahala berlipat ganda ini semaksima mungkin. Anggaplah ini kali terakhir kita berada di sana. Persiapkanlah bekal yang utuh untuk dibawa bertemu Sang Pencipta.
Jika Ramadan lepas, kita sibuk meneka malam yang manakah Lailatul Qadar. Namun bagi kelebihan Tanah Haram Mekah ini, lain. Sudah jelas sejelasnya, bahawa di situlah tempat Tuhan melipat gandakan pahala kebaikan. Manfaatkanlah.
Sesungguhnya, tiap jiwa orang Mukmin sangat mengimpikan untuk beribadat di sana. Moga kita semua sempat merasai nikmat ini, insya-Allah.
HIJABISTA: Amalan ibadah haji yang telah dilaksanakan ketika di Tanah Suci biarlah terus berkesinambungan dan berkekalan dilaksanakan setelah kembali ke tanah air.
Sumber kredit: Najmi Farisham Top image: Photo by konevi from Pexels.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
https://youtu.be/oNhFqV_vqVs
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Teguran Caranya Didik ANAK Buat Hanis Zalikha Tersentuh & BEREMOSI. Ini Pesannya Buat IBU Muda!
Isi Kandungan
ToggleRamai yang kagum dengan cara selebriti Hanis Zalikha mendidik anaknya, Yusuf Iskandar yang baru berusia setahun lebih. Malah selebriti ini sanggup meninggalkan seketika dunia seni untuk memberi tumpuan pada anak sulungnya ini. Apatah lagi Yusuf semakin membesar dan agak aktif sifatnya. Sudah pasti menjadi satu tugas mencabar buat Hanis Zalikha. Malah cara beliau mendidik dan menjaga anaknya memang jadi inspirasi buat ibu muda lain.
Semalam Hanis ini turut meluahkan rasa terharu dengan satu teguran yang diterima berhubung caranya mendidik Yusuf. Pada Hanis, walaupun hanya sepatah ayat tetapi bagi ibu sepertinya dia berasa begitu tersentuh dan cukup beremosi.
A post shared by Hanis Zalikha (@haniszalikha) on
Menurut Hanis di laman instagramnya, semalam merupakan hari menyeronokkan buat Yusuf. Malah Hanis begitu gembira apabila dia sudahpun mencapai satu tahap tertentu sebagai seorang ibu. Dalam usia begitu, Yusuf boleh diberi arahan dan menerima arahan.
Semalam merupakan hari yang sangat menyeronokkan buat Yusuf. Dan hari ini saya bawa dia keluar lagi tapi dia bangun seawal 730 pagi. Saya kena pastikan dia tidur sekejap pada jam 1 tengah hari. Saya risau kalau nak keluar tapi dia belum tidur. Jadi jam 1240 tengah hari tadi saya siapkan dia untuk tidur, bagi dia susu dan dia terus tidur seperti yang dirancang. Kenapa saya tulis semua ni? Sebab ini milestone saya sebagai ibu. Saya dah capai satu stage tertentu sebagai ibu. Stage di mana saya boleh bagi arahan dan dia ikut.
Artikel Berkaitan: Kongsi Tutorial Tudung Hanis Zalikha Buat Yang Ada Anak Kecil
Hanis juga berkata anak merupakan anugerah Allah. Jadi sebagai ibu kita yang harus membimbingnya yang baru datang ke duna dan agar terkejut dengan suasana yang berlaku.
Saya tahu macam mana cara nak bercakap dengan dia, nak layan dia. Dan saya selalu beritahu ibu muda yang ada kesukaran (lagi-lagi dalam pantang) anak kita ni anugerah Allah, dia datang ke dunia kita, jadi dia sangat terkejut dan nak adjust diri dia, dia perlukan masa. Waktu dalam pantang memang tunggang terbalik hidup kita sebab kita nak faham dia. Tapi satu hari nanti kita akan sampai satu tahap yang kita dah faham dia. Dan semuanya jadi lancar bila Allah izin.
Sebelum itu menurut Hanis dia yang keluar dan seorang teman yang menghantarnya ke rumah. Anak temannya itu memuji cara dia mendidikan Yusuf. Walaupun hanta satu patah perkataan tetapi Hanis begitu terharu dan tersentuh. Memang Anis akui agak mencabar untuk mendidik Yusuf tetapi dia berjaya mengharunginya.
Last night, when Kak Nina was sending us home, Yusuf dah cranky sangat and I had him on my lap. After awhile, her teen daughter (Kakak J) turned to me and said “Kak Hanis, I have so much respect for you” and I was like “why?” to which she answered “because of the way you take care of Yusuf”. At that moment, I felt so touched and so calm despite Yusuf yang serba tak kena. Padahal satu ayat tu je dia cakap. Tapi ia sangat bermakna buat seorang ibu muda. And I am so emotional because it’s true, it was a struggle and I’ve reached here.
Pesannya kepada ibu muda di luar sana agar sentiasa enjoy dalam masa meniti fasa kehidupan dalam hidup. Banyak lagi fasa menarik yang akan dilalui sepanjang membesarkan anak-anak.
So young mommies if you are struggling with your baby, just say this to yourself ok “ni semua fasa ni, fasa!”. Dan banyak lagi fasa seronok (dan mencabar) nak tempuhi. Semoga semua usaha kita diberkatiNya.
KREDIT FOTO: HANIS ZALIKHA
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Kena Kanser Kemungkinan Besar, Dosa Tak Jaga Makan-” Ustaz Hanafi Kongsi Formula Lima ‘S’ & Dua ‘Z’
“Maaf…anda disahkan menghidap kanser tahap empat.” Apakah perkataan pertama yang diungkapkan tatkala mendapat perkhabaran sedih ini? Terkesima, diam atau mungkin menangis. Itulah biasanya reaksi pesakit kanser apabila disahkan menghidap penyakit yang diibaratkan seperti bom jangka.
Berbeza pula dengan tokoh ulamak dan juga pendakwah bebas, Ustaz Hanafi atau nama asalnya, Mohamad Hanafiah Abdul Malek. Apabila doktor memberi tahu bahawa beliau menghidap hidap kanser limfoma tahap 4, perkataan pertama yang keluar dari mulut beliau adalah alhamdulillah.
ALHAMDULILLAH YA ALLAH, ALHAMDULILLAH YA RAHMAN
“Alhamdulillah Ya Allah..Alhamdulillah Ya Rahman..Alhamdulillah Ya Rahim. Terima kasih Ya Allah….dalam jutaan orang, Engkau pilih aku untuk menerima hadiah yang sebesar ini. Doktor pun terkejut kenapa saya sebut alhamdulillah.
“Doktor bertanya kepada saya, tidakkah saya panik, risau dan sebagainya? Saya jawab, tidak. Saya terima ketentuan ini dengan hati yang lapang, tenang dan terbuka. Alhamdulillah pagi keesokan harinya, kami terpaksa melakukan pembedahan secepat mungkin.
“31 Januari 2017 saya dapat tahu saya hidap kanser, 1 Februari 2017 terus lakukan pembedahan. Alhamdulillah pembedahan yang mengambil masa lima jam itu berjaya mengeluarkan kanser saya yang lebih kurang berat 1 kg. Usus saya terpaksa dipotong 1.4 meter dan ia antara yang terpanjang pernah dipotong dalam sejarah,”ungkap Ustaz Hanafi yang merupakan penasihat Majlis Agama Dakwah Malaysia.
KENA JUGA KANSER WALAUPUN AKTIF & LASAK
Ustaz Hanafi telah pun melalui pembedahan dan kemoterapi. Sebelum menghidap kanser, Ustaz Hanafi merupakan seorang jurulatih Silat Gerak Pusaka Malaysia dan jurulatih Chi Kung. Seleberiti Tanyalah Ustaz Dan Halaqah TV3 dan TV9 ini juga pernah memenangi perlawanan tenis di Melaka.
“Saya pernah memenangi pertandingan ke-3 pertandingan Free Fight Martial Art DuniaPernah menunggang motosikal berkuasa tinggi dengan kelajuan 310 km/h, saya ada punching bag, hari-hari saya buat lebih kurang 100 tumbukan dan tendangan. Saya mampu berkayuh basikal sejauh 20 km satu hari. Pendek kata saya terlalu banyak dan aktif melakukan aktiviti lasak yang saya ceburi.
“Saya sangat berminat dengan aktiviti mengangkat berat di gimnasium. Walaupun saya makan banyak, badan saya tetap kurus tapi perut saya membesar sedikit. Saya selalu kena demam, buang air besar keluar darah dan juga batuk keluar darah.
“Saya ingat saya batuk keluar darah sebab saya motivator, saya bagi semangat pada orang agaknya, menjerit lebih sikit keluar darah, Buang air besar keluar darah kemungkinan besar saya sangka saya salah makan. Jadi itulah sangkaan saya sebelum saya disahkan menghidap kanser,”cerita Pengarah Al Iman Motivation/Rumah Sahabat Sidim Malaysia ini.
Ketika berada di Tanah Suci, Makkah, semasa membawa jemaah umrah, Ustaz Hanafi merasakan keadaan tubuhnya semakin lama semakin lemah.
“Saya minum air zam zam, saya doa depan Kaabah, Ya Allah, kalau ada penyakit dalam badan aku ini, Engkau keluarkanlah. Sampai di hotel, perut saya memulas dan saya buang air besar tetapi yang keluar bukan najis tapi darah lebih kurang dalam dua gayung kalau tidak silap saya. Terlalu banyak darah yang keluar. Saya amalkan diet tetapi diet saya salah. Saya hendak turunkan berat badan saya yang beratnya 130 kg.
“Saya pergi ke gimnasium tapi dalam masa yang sama saya suka makan yong tau foo, fishball, fishcake, crabstick. Macam-macam saya makan dan terlalu banyak makanan segera yang saya makan, banyak benda-benda yang segera, akhirnya menyebabkan saya diagnos kanser,” jelas tokoh pendakwah bermotosikal dari kerajaan Malaysia 2018/19.
LARI DARI HOSPITAL
Meskipun diuji dengan penyakit tersebut namun langsung tiada terdetik perasaan kenapa Allah menguji diri beliau seperti itu. Ustaz Hanafi menghidap kanser limfoma ketika usianya masih muda namun dia tetap tenang.
“Apa yang saya lakukan ialah saya berdoa kepada Allah. Ya Allah, Engkau hendak ambil nikmat yang lain, silakan Ya Allah tapi Engkau jangan ambil nikmat daripada aku iaitu berdakwah dan solat berjemaah. In Shaa Allah tiada lagi undangan ceramah yang saya tidak penuhi. Saya tetap pergi ceramah walaupun dengan keadaan yang lemah.
“Semasa sesi kemoterapi, ada satu kisah menarik. Ketika itu sesi kemoterapi yang ke empat. Saya lari dari hospital sebab malam itu saya telah berjanji untuk menyampaikan ceramah di Angkatan Tentera Udara Malaysia di Sungai Besi. Saya terpaksa minta tolong PA ambil saya, larikan saya sekejap, selepas itu balik semula ke hospital.
“Balik dari ceramah, sampai sahaja di hospital, saya kena marah. Tapi saya sudah berjanji. Janji kena tunaikan. Adalah pembohong besar, mereka yang kena kanser mereka kata tak sakit. Sakitnya sampai hari ini masih terasa. Badan kita berasa sangat lemah. Cuma yang boleh menyebabkan saya kuat mungkin berkat doa orang ramai.
KOMA LIMA HARI
Ustaz Hanfi pernah koma selama lima hari, langsung tidak sedar. Namun ketika beliau sedar orang datang walaupun sedang sakit, beliau akan senyum dan akan buat tangan (tanda bagus). Akui Ustaz Hanafi, beliau sendiri tidak tahu kekuatan itu datang dari mana.
“Saya ada sebuah motosikal yang saya sayang. Motosikal Kawasaki GTR 1400. Saya memang minat dengan motorsikal itu. Motosikal itu saya kumpul duit dengan susah payah untuk membelinya. Tiba-tiba bila dapat tahu kena kanser, saya ada masalah kewangan.
“Apabila berita tersebar melalui media massa dan juga surat khabar, jadi apa yang berlaku, ramai orang tidak panggil saya ceramah sebab orang kata Ustaz Hanafi sakit jadi hilanglah sumber pendapatan. Ia merupakan satu cabang yang besar dan akhirnya apa yang berlaku ialah saya terpaksa jual motosikal kesayangan saya itu.
“Itu memang agak sedih. Kemudiannya keluarga saya terpaksa kurangkan kos perbelanjaan, banyaklah beberapa aset saya yang terpaksa di jual untuk menampung rawatan kos kemoterapi. Saya bila berhadapan dengan isteri dan anak-anak, saya takut mereka rasa lemah. Jadi saya sentiasa tersenyum, positif dan bagi mereka semangat. Saya tak boleh bayangkan kalau mereka hidup tanpa saya,” ujar Presiden Sifu Bikerz Malaysia ini.
MINTA IZIN KEPADA ALLAH LAKSANAKAN MISI
Misi Ustaz Hanafi ialah untuk menyiapkan sekolah tahfiz anak yatim. Misi itu akhirnya berjaya direalisasikan. Turut dibina madrasah dan surau untuk arwah ibu beliau, juga sebuah rumah pemulihan akhlak di Bendang Limbong, Taiping Perak.
“Saya ada misi. Saya minta izin kepada Allah. Ya Allah, siapkanlah ini dahulu. Alhamdulillah sekarang semuanya sudah siap. Bagi mereka yang belum kena kanser, jangan berlagaklah. Jangan angkuh. Jangan sombong. Allah tak suka orang sombong.
“Jangan cabar Allah. “Aku hisap rokok banyak mana pun aku tak kena kanser. Aku makan apa sahaja pun tak kena kanser. Aku tak ikut diet, aku ni darah tinggi tak kena kanser pun. Jadi jangan cabar Allah.
“Saya kena kanser ini kemungkinan besar, dosa saya tak jaga makan. Saya memang suka makan. Saya ‘ride’ ke utara ke mana pun saya suka makan dan saya makan. Saya tak ikut Sunnah Nabi Muhammad SAW berhenti sebelum kenyang. Saya nak makan apa, saya makan sahaja sehingga Allah bagi balasan macam ini, teguran kepada saya,” jelas Ustaz Hanafi panjang lebar.
FORMULA LIMA ‘S’ DAN DUA Z
Kesan daripada usus yang 1.4 meter ketika pembedahan itu masih dirasai oleh Ustaz Hanafi hingga ke hari ini. Akui Ustaz Hanafi, rasa tidak selesa itu tetap ada malah rasa sakit itu juga masih ada.
“Bagi pesakit kanser yang sedang melawan sakit kanser, saya bagi formula lima S dan dua Z. S yang pertama ialah syukur atau SABAR. The Power when you say alhamdulillah, jiwamu akan jadi lapang, hatimu akan jadi tenang. Kita akan tenang berhadapan dengan ujian. Tenang ketika menerima rawatan. Tenang ketika berhadapan dengan kanser itu sendiri. Tenang ini hanya datang daripada jiwa yang sentiasa bersyukur.
“S yang kedua ialah SANGKA BAIK. Orang cakap saya sangat positif sehingga doktor-doktor pernah cakap yang mereka tak pernah jumpa pesakit kanser macam saya. The king of positive thinking adalah bersangka baik kepada Allah. Apa yang Allah hendak bagi selepas ini. Apa sebab Allah bagi sakit kanser. Untuk apa. Mesti ada sesuatu yang lebih besar Allah akan beri sama ada syurga ataupun ada nikmat-nikmat dunia yang lain. Macam saya, mungkin sebagai sumber inspirasi kepada pesakit kanser yang lain.
“S yang ketiga ialah SOLAT. Sakit macam mana pun, jangan tinggal solat. Alhamdulillah saya koma lima hari, mengikut cerita isteri saya, setiap kali azan, saya tersedar dan saya tayammum, saya solat. Lepas solat, saya koma semula. Wallahualam.
“S yang empat ialah SEDEKAH. Saya tak ada banyak duit. Ketika itu saya menghadapi masalah kewangan yang besar. Perniagaan saya, jemputan ceramah berkurangan, apa yang boleh saya katakan ialah duit itu hamper tiada. Tapi saya cuba setiap kali solat Subuh di masjid, saya akan bersedekah atas nama arwah ibu saya. Sebab sedekah ini boleh memadamkan dosa. Bersedekah ini menyebabkan mungkin dosa itu Allah padam, kemurkaan Allah itu Allah padam, jadi Allah sembuhkan saya sedikit demi sedikit.
“S yang ke lima ialah SUPLEMEN. Saya bertaubat ubah gaya pemakanan dan tinggalkan cara pemakanan yang dulu. Saya amalkan pemakanan yang sihat, makan makanan seimbang dan saya rajin membaca buku dalam dan luar negara bagaimana untuk merawat kanser melalui pemakanan.
“Akhir sekali selepas lima S tadi, dua Z itu ialah ZIKIR Allah. Pesakit kanser yang berhadapan dengan sakit ini, banyakkanlah berzikir. Kita tidak tahu bila kita akan dijemput pergi jadi biarlah kita pergi dengan mampu menyebut raja segala zikir, laillahaillah.
“Dan Z yag terakhir ialah banyakkan ZIARAH. Barang siapa yang bertawakal, Allah akan menunjukkan jalan keluar dan memberi bantuan. Wallahualam.”
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Buat Solat Tahajud, Waktu The Best Sekitar 4.30 Pagi Hinggalah Sebelum Subuh
Solat Tahajud atau solat malam merupakan satu peluang bagi umat Islam untuk mengeratkan hubungan dengan Allah. Gunakan peluang usia yang ada sekarang ini untuk melakukan solat Tahajud. Usah tunggu usia tua kerana mati itu tidak mengenal usia. Apabila sudah sampai ajal, tidak akan lewat walau sesaat, kita akan dijemput pergi.
Secara zahirnya, tidak ramai individu yang mampu bangun malam dan menunaikan solat Tahajud. Mungkin ia satu kesulitan bagi individu yang jarang melakukannya tetapi satu kenikmatan bagi mereka yang selalu menunaikan solat Tahajud.
Berikut perkongsian Ustaz Muhamad Rizal
MACAM MANA NAK BUAT SOLAT TAHAJUD
Waktu yang the best sekitar 4.30 pagi hinggalah sebelum subuh.
Niat di dalam hati “aku melakukan solat sunat tahjud kerana ALLAH,” tak perlu lafaz niat.
.
Caranya, buat 2 rakaat salam, 2 rakaat salam…berterusan semampunya. Tidak ada limit rakaat , terpulang kpd kemampuan masing-masing samada nak buat 2 atau 4, atau 6 atau 8 atau lebih ikut semampunya.
Tidak terkhusus dgn mana-mana surah, ikut kemampuan hafalan masing2 dan tidak menjadi masalah jika solat tahjud itu sambil pegang quran kecil atau phone dan membacanya. Kalau tak mampu baca quran dan surah yg hanya mampu di hafal itu cuma surah Al-Ikhlas , “Qulhuallah hu ahad…” maka silakan baca surah yg sama pada setiap rakaat. Solat tetap sah dan terbaik.
Jadi lamakan sujud dan mintak doa pada Allah apa saja yg kita hajatkan. Kata para ulamak kita boleh berdoa dgn bahasa apa yg kita faham. Sah tahajud walaupun kita baca doa dalam bahasa melayu. Berdoa dalam hati saja tau!.
.
Jangan solat laju-laju, slow and steady. Yang penting buat setenang-tenangnya. Selangilah setiap 2 rakaat itu dgn istighfar dan mana-mana zikir yg kita hafal.
Jika dah buat tahajud maka tutupilah tahajud itu dengan 1 rakaat witir sekiranya witir belom dibuat selepas isyak. Kalau dah witir selepas isyak maka tak perlu lagi buat witir selepas tahajud.
Senang bukan? Jom kita jadikan amalan setiap hari nescaya kita akan rasa tidak lengkap hidup kita jika tidak melakukannya.
Sumber kredit: Ustaz Muhamad Rizal
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI