Rahsia hijabi terkenal dari Afrika Selatan – Nabilah Kariem – terbongkar, antaranya buat kening mesti ‘on-point’, selain beberapa lagi amalan kecantikan yang membuatkan dirinya sentiasa tampil elegan, moden dan stylo.
Merupakan seorang influencer fesyen dan kecantikan yang terkenal di media sosial, khususnya Instagram, Nabilah Kariem sering menjadi sumber inspirasi di kalangan komuniti hijabi seluruh dunia.
Beliau turut membina nama sebagai seorang entrepreneur digital dan menjadi ikon fesyen sopan di Afrika Selatan. Figura ini juga sering diangkat sebagai cover girl
serta diundang ke pelbagai acara terkemuka di seluruh dunia.
Hijabista tertarik dengan perkongsian Nabilah ketika ditemu bual seorang editor kecantikan. Beliau sempat mendedahkan beberapa rahsia kecantikan terbesarnya yang mungkin boleh dipraktikkan oleh hijabi Malaysia. Check this out!
(1) Kening tebal
Bertuahnya Nabilah ada sepasang kening tebal dan hitam pekat. Enggan susah payah mencabutnya, wanita ini selalu memastikan ia dirapi kemas.
Kata Nabilah, kening tebal membentuk wajah. Agar ia sentiasa ‘on-point’,
dia menggunakan wax kening dan menyikatnya dengan spoolie. Nak pastikan kening fluffy sepanjang hari, tambahkan sedikit kelembapan dengan semburan Fix+ pada wax tersebut. Oh, itu rahsianya ya!
(2) Kulit lembut
Rahsia kulit bersinar Nabilah sebenarnya terletak pada penjagaan kulit. Bila kulit sihat, barulah solekan pun melekap cantik. Nak buat apa-apa ‘look’ pun senang kalau bebas masalah kulit.
(3) Pilih mekap jenis krim
Antara produk mekap jenis ‘powder’ dan krim, Nabilah memilih jenis krim untuk blusher dan bronzer untuk kesan lebih natural. Dia juga menggemari produk Benetint dari Benefit, yang digunakan pada pipi dan bibir untuk memberikan ‘look’
segar sepanjang hari.
(4) Solekan minimal
Nabilah percaya solekan seharusnya menyerlahkan kecantikan semula jadi dan bukan menutupi kekurangan wajah seseorang. Dia menggunakan bedak asas dan penyamar cela hanya pada tempat yang perlu seperti bintik-bintik hitam, dan membiarkan ciri-ciri semula jadi seperti freckles tetap kelihatan.
Artikel berkaitan: https://www.hijabista.com.my/kulit-seakan-remaja-dan-awet-muda-ini-amalan-azizah-ariffin-jelita-di-usia-54-tahun/
Sumber: Edgars