Rahsia hijabi terkenal dari Afrika Selatan – Nabilah Kariem – terbongkar, antaranya buat kening mesti ‘on-point’, selain beberapa lagi amalan kecantikan yang membuatkan dirinya sentiasa tampil elegan, moden dan stylo.

Merupakan seorang influencer fesyen dan kecantikan yang terkenal di media sosial, khususnya Instagram, Nabilah Kariem sering menjadi sumber inspirasi di kalangan komuniti hijabi seluruh dunia.

Beliau turut membina nama sebagai seorang entrepreneur digital dan menjadi ikon fesyen sopan di Afrika Selatan. Figura ini juga sering diangkat sebagai cover girl serta diundang ke pelbagai acara terkemuka di seluruh dunia.

Buat Kening Mesti ‘On-Point’, Nabilah Kariem Dedah Rahsia Kecantikan Terbesarnya
Nabilah Kariem

 

Buat Kening Mesti ‘On-Point’, Nabilah Kariem Dedah Rahsia Kecantikan Terbesarnya
Nabilah Kariem

 

Buat Kening Mesti ‘On-Point’, Nabilah Kariem Dedah Rahsia Kecantikan Terbesarnya
Nabilah Kariem

 

Hijabista tertarik dengan perkongsian Nabilah ketika ditemu bual seorang editor kecantikan. Beliau sempat mendedahkan beberapa rahsia kecantikan terbesarnya yang mungkin boleh dipraktikkan oleh hijabi Malaysia. Check this out!

(1) Kening tebal

Ads

Bertuahnya Nabilah ada sepasang kening tebal dan hitam pekat. Enggan susah payah mencabutnya, wanita ini selalu memastikan ia dirapi kemas.

Buat Kening Mesti ‘On-Point’, Nabilah Kariem Dedah Rahsia Kecantikan Terbesarnya
Nabilah Kariem

 

Kata Nabilah, kening tebal membentuk wajah. Agar ia sentiasa ‘on-point’, dia menggunakan wax kening dan menyikatnya dengan spoolie. Nak pastikan kening fluffy sepanjang hari, tambahkan sedikit kelembapan dengan semburan Fix+ pada wax tersebut. Oh, itu rahsianya ya!

 

Ads

(2) Kulit lembut

Rahsia kulit bersinar Nabilah sebenarnya terletak pada penjagaan kulit. Bila kulit sihat, barulah solekan pun melekap cantik. Nak buat apa-apa ‘look’ pun senang kalau bebas masalah kulit.

Buat Kening Mesti ‘On-Point’, Nabilah Kariem Dedah Rahsia Kecantikan Terbesarnya
Nabilah Kariem

 

(3) Pilih mekap jenis krim

Ads

Antara produk mekap jenis ‘powder’ dan krim, Nabilah memilih jenis krim untuk blusher dan bronzer untuk kesan lebih natural. Dia juga menggemari produk Benetint dari Benefit, yang digunakan pada pipi dan bibir untuk memberikan ‘look’ segar sepanjang hari.

Buat Kening Mesti ‘On-Point’, Nabilah Kariem Dedah Rahsia Kecantikan Terbesarnya
Benetint

 

(4) Solekan minimal

Nabilah percaya solekan seharusnya menyerlahkan kecantikan semula jadi dan bukan menutupi kekurangan wajah seseorang. Dia menggunakan bedak asas dan penyamar cela hanya pada tempat yang perlu seperti bintik-bintik hitam, dan membiarkan ciri-ciri semula jadi seperti freckles tetap kelihatan.

Buat Kening Mesti ‘On-Point’, Nabilah Kariem Dedah Rahsia Kecantikan Terbesarnya
Nabilah Kariem

 

Artikel berkaitan: https://www.hijabista.com.my/kulit-seakan-remaja-dan-awet-muda-ini-amalan-azizah-ariffin-jelita-di-usia-54-tahun/

Sumber: Edgars

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI