Biasanya dalam masakan kita akan guna cili kisar. Untuk memudahkan kerja, kita kisar sekali banyak dan simpan untuk beberapa kali kegunaan untuk memasak.
Cili kisar bukan sahaja mempercepatkan proses memasak tetapi dalam masa yang sama boleh digunakan untuk pelbagai jenis masakan. Maka sebab itulah amat penting ibu-ibu membuat stok cili kisar untuk memudahkan urusan di dapur di samping mempercepatkan proses memasak di dapur terutama buat ibu-ibu yang bekerja.
Ikuti perkongsian berikut:
Hari ini saya nak share cara membuat cili kisar. Ini cara mak saya yang memang saya praktikan. Sesuai untuk orang yang kurang masa campur ‘kurang rajin’.
Bila buat cili sendiri lagi sedap masakan kita. Cuma nak buat cili ini ramai yang guna macam-macam cara. Boleh share cara mudah ini supaya ramai orang tahu. Okay jom tengok cara mak saya di bawah.
Pilih cili kering. Ambil banyak mana yang nak guna atau disimpan jadikan stok. Ambil yang cili kerinting untuk kurang pedas. Kemudian basuh dan mesin. Tak perlu gunting. Tak perlu rebus. Masuk semua, letak air dan mesin.
Gambar mesin cili tak sempat tangkap. Dah mesin ambil tapis macam gambar di bawah. Tapis biji dari cili.
Taadaa..Haa dah ada cili sahaja .Tak ada biji. Mudahkan. Sesuai sangat untuk orang yang tak rajin tapi bijak.
Selepas ini tiada alasan lagi untuk malas 'turun' ke dapur. Dengan adanya cili kisar ini, kerja-kerja memasak menjadi mudah dan cepat.
Sumber kredit: Nor Atiqah Othman via Masa Apa Hari Ini